Gerakan membatalkan hasrat untuk menghantar pasukan perunding ke Pulau Pinang bagi menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri tersebut.
Anggota perunding mengesahkan kepada Bernama, kepimpinan atasan parti mengambil keputusan tersebut lewat malam tadi, sehari sebelum pasukan itu dijadual bertemu pihak-pihak berkaitan di Pulau Pinang esok.
Pasukan ini yang diketuai naib presiden parti Datuk Mah Siew Keong dijadual bertemu pihak yang bertelagah sebelum notis mesyuarat agung luar biasa (EGM) dikeluarkan Isnin depan.
Anggota lain pasukan ialah Naib Presiden A. Kohilan Pillay, Ketua Pemuda, Lim Si Pin dan Anggota Jawatankuasa Pusat, Datuk Gooi Hoe Hin.
"Ya, kami tidak akan pergi (ke Pulau Pinang) untuk bertemu mereka. Itu saja yang dapat saya katakan," kata salah seorang daripada mereka.
Sumber parti berkata misi itu dibatalkan berikutan maklum balas daripada bahagian di sana yang percaya misi seperti itu boleh dilihat sebagai usaha pucuk pimpinan untuk `memaksa dibatalkan EGM oleh pihak yang mahukannya diadakan' dan ini dilihat akan menghalang proses demokrasi daripada diamalkan di dalam parti.
Ini lebih-lebih lagi, menurut sumber tersebut apabila pihak tersebut yang menyifatkan diri mereka sebagai mewakili suara akar umbi begitu bertegas mahu mengadakan EGM pada 10 Okt ini bagi membolehkan mereka mengemukakan usul tidak percaya terhadap Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan.
Dengan pembatalan misi berkenaan, EGM akan diadakan di pejabat parti di Pulau Pinang.
Gerakan Batal Hantar Misi Rundingan Ke Pulau Pinang
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:55 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 22
(20)
- Rakyat Terengganu perlu tolak pemimpin ‘jahat’, ‘l...
- Syed Husin nyanyuk: Zaid diingat tak sombong, angkuh
- Perjuangan NUJ bebaskan akhbar dari politik
- Laporan PERKASA: Nurul Izzah disiasat polis
- Kes Sosilawati: Waran tangkap ketua Pemuda PKR, MP...
- Demonstrasi anti-Malaysia kembali, kali ini kerana...
- Kelantan senarai hitam l’DA World
- Munajat royalti di Mekah perlu RM400 ribu
- Umno ecer jenaka gimik cek RM4 bilion
- Tanah KTMB: Malaysia mungkin berputih mata lagi
- Pemuda PAS perlu sertai Ijtima' Tarbawi
- Terima kasih Perkasa - Nurul Izzah
- Blogger pencacai Umno dayus
- Tak masuk akal pemilih baru tak layak mengundi
- MP Sabah mahu bangkit isu projek mega RM2.4b SOGT ...
- Tiada lagi tirai ajaib, Umno makin membusuk!
- Ekonomi Malaysia Akan Catat Pertumbuhan Melebihi 6...
- Awang Adek terus main politik zaman Pak Mat Trafik
- Penurunan kadar jenayah satu retorik
- Gerakan Batal Hantar Misi Rundingan Ke Pulau Pinang
-
▼
Sep 22
(20)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment