PERKASA: Batal persembahan saja tak cukup

Pembatalan persembahan sahaja tidak cukup, Namewe seharusnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya mengeluarkan video kontroversi 'Nah!', kata Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).


Arman Azha Abu Hanifah berkata NGO itu tidak berganjak daripada gesaan awal sebelum ini supaya penyanyi rap dan pengarah filem daripada Johor itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika tidak, tambahnya, anggota PERKASA akan terus membantah Namewee di mana-mana persembahannya di seluruh negara dilangsnung.
"(Malah) seluruh umat Melayu patut bangkit nyatakan bantahan di konsert-konsert Namewee," katanya ketika diminta mengulas pembatalan mengejut persembahan Namewee di Kajang malam ini.

Kolej milik NGO pendidikan Cina terbesar Dong Zong itu hari ini membatalkan persembahan Namewee di Kolej New Era di Kajang ekoran hasrat PERKASA untuk 'mengekori' ke mana saja penyanyi rap kontroversi itu mengadakan siri jelajahnya.

Dalam satu kenyataan, kolej itu menjelaskan tindakan itu diambil kerana mereka tidak gembira dengan insiden yang berlaku di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sebelum ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Arman Azha berkata, pihaknya turut menyeru orang ramai mengambil bahagian dalam kempen yang dinamakan "Ludah Namewee" itu.

Kelmarin, perkarangan KLSCAH kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.

Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk PERKASA, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.

No comments:

Post a Comment