Pembatalan persembahan sahaja tidak cukup, Namewe seharusnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya mengeluarkan video kontroversi 'Nah!', kata Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Jika tidak, tambahnya, anggota PERKASA akan terus membantah Namewee di mana-mana persembahannya di seluruh negara dilangsnung.
"(Malah) seluruh umat Melayu patut bangkit nyatakan bantahan di konsert-konsert Namewee," katanya ketika diminta mengulas pembatalan mengejut persembahan Namewee di Kajang malam ini.
Kolej milik NGO pendidikan Cina terbesar Dong Zong itu hari ini membatalkan persembahan Namewee di Kolej New Era di Kajang ekoran hasrat PERKASA untuk 'mengekori' ke mana saja penyanyi rap kontroversi itu mengadakan siri jelajahnya.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Arman Azha berkata, pihaknya turut menyeru orang ramai mengambil bahagian dalam kempen yang dinamakan "Ludah Namewee" itu.
Kelmarin, perkarangan KLSCAH kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang anggota PERKASA bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya.
Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk PERKASA, bendera Malaysia dan membakar gambar Namewee.
0 comments:
Post a Comment