Adun Umno dicabar kembalikan elaun

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar 11 Adun Umno di negeri ini mengembalikan semua gaji dan elaun wakil rakyat kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri kerana tiada satu pun yang halal dari Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang.
"Jika Umno betul-betul pembela dan menitikberatkan tentang kebersihan wang hasil pemberian kerajaan negeri, mereka patut dulu melakukan tiga perkara. Jangan hanya berlagak teliti dalam hal agama walhal merekalah yang paling membelakangkannya," ujar Setiausaha Angkatan Muda Keadilan negeri, Syed Mikael Rizal Aidid yang membacakan kenyataan sekretariat itu.

Selain beliau, kenyataan bersama itu ditandatangani Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Ng Wei Aik serta Zamadi Omar yang mewakili Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri.

Cabaran itu adalah antara desakan terhadap Umno agar melakukan tiga perkara jika parti itu terus memfitnah kononnya pemberian wang RM100 kepada warga emas oleh kerajaan negeri tahun ini dari sumber judi.

Mereka juga mendesak Umno agar mengarahkan semua staf dan kakitangan Utusan Malaysia (lidah rasmi Umno) memulangkan semua gaji kerana ada unsur dalam penghasilan gaji menerusi iklan 4 nombor ekor.

Mereka turut mencabar Umno agar mengarahkan semua GLC di bawah pengaruh mereka agar memulangkan semua pendapatan kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia kerana tidak ada satu pun gaji mereka boleh dipastikan bersih dari percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak.

Menurut Mikael, pendedahan laman web Pisau.Net semata-mata mencari publisiti manakala Umno pula menjadikannya bahan menghentam kerajaan negeri tanpa menyedari sumbangan tersebut untuk Program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) dan bukanya untuk Program Penghargaan Warga Emas.

Exco Kebajikan Negeri, Phee Boon Poh telah berulang kali mengatakan bahawa kerajaan negeri telah menyimpan sebanyak RM24 juta untuk RAK tanpa mengganggu peruntukan program Penghargaan Warga Emas.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus menjelaskan bahawa sumbangan RM2 juta dari Kelab Lumba Kuda tidak disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK.

"Umno nampak lawak bila mengadakan program bersama 40 orang penerima wang RM100 untuk mengembalikan kepada kerajaan negeri," tegas beliau.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 4:17 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III