Gua Musang patut lebih maju jika BN prihatin

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kota Belud, Suzie Faizah Antong berkata, sekiranya Umno Barisan Nasional (BN) betul-betul prihatin terhadap nasib rakyat di Gua Musang, sudah tentu pembangunan meningkat.
Namun pada hakikatnya sejak lebih 50 tahun lalu, kata Faizah, tidak terjadi begitu.
“Pengalaman di Gua Musang, saya melihat sepatutnya ia lebih maju sekiranya Umno BN prihatin dengan nasib rakyat di Gua Musang.
“Saya melihat Gua Musang ini lebih maju daripada Ranau, Sabah, tetapi tidak membayangkan keadaannya yang sebenar, seolah-olah sama saja.
“Keadaan sebenarnya tidak jadi begitu walau pun Parlimen Gua Musang dipegang Umno BN sudah lebih 50 tahun lalu,” katanya kepada media di sini, semalam.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               
Beliau yang berasal dari Kota Belud berada di Gua Musang mewakili Dewan Muslimat PAS Sabah sejak 25 Oktober lalu bagi membantu calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas.

Mengulas perkembangan di Sabah khususnya dalam PRK Parlimen Batu Sapi, beliau berkata apabila berada di Gua Musang, teringat daerah Ranau di Sabah di mana dikelilingi bukit-bukit.
Cuma, katanya kelebihan daerah di Ranau itu ia menjadi kawasan pelancongan oleh kerana terdapat Gunung Kinabalu di situ.
Mengenai Batu Sapi, ujar beliau sebenarnya ia berada di tepi laut dan di pinggir bandar, ramai penduduknya orang Islam, namun kawasan penempatan itu kebanyakannya telah diambil pihak berkuasa sementara nasib penduduk di situ belum tentu dipindah ke mana.
 Tambahnya, tanah di situ memang sudah digazet untuk diambil selain sudah menjadi isu hangat sejak bertahun lalu di Sabah.
“Oleh sebab itu, apabila Saudara Mazlan Aliman datang pada awal 2010, dimulai dengan isu tanah Felda sebelum menyentuh ‘tanah adat’.
“Sementara tanah bertaraf peribumi sendiri banyak yang telah diambil oleh syarikat-syarikat besar, malah tanah itu ada yang sudah pun diusahakan dan ditanam dengan getah dan rakyat sudah boleh makan hasilnya,” katanya.
Selain isu tanah, beliau turut mendedahkan bekalan elektrik yang selalu terputus, demikian juga masalah bekalan air.
Beliau mendakwa, pada sesetengah tempat di Sabah, terdapat tiang elektrik tanpa lampu dan terdapat batang paip yang tiada air termasuk di Sandakan.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:29 PM Kategori:

1 comments:

  1. xyah citer gua musang.. maju ke kelantan?? setakat kota bharu je yang maju nak buat apa.. cuba pergi johor.. pergi melaka.. pergi n9.. setiap pekan dan bandar nya maju.. berpusu² org dtg.. klau klantan.. harapkan kota bharu ngan rantau panjang je la.. hahahahaha

    ReplyDelete

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III