Semasa Saya telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada bulan Jun 2008 mengenai DSAI dan Saiful. Akuan bersumpah yang telah saya tandatangan itu adalah tidak benar dan tidak dikarang oleh saya sendiri. Saya terpaksa menurunkan tandatangan kepada akuan tersebut kerana risaukan keselamatan diri saya, memandangkan pada ketika itu terdapat ratusan penyokong dan orang kana Dato Seri Anwar berada dikeliling Quality Hotel, tempat saya diminta untuk menurunkan tandatangan. Setelah Saiful Bukhari membuat repot Polis mengenai dia diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, orang orang Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga peguamnya bernama Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli telah memaksa saya untuk tinggal di Quality Hotel Shah Alam untuk beberapa hari. Saya ditahan disitu bersama seorang lagi rakan. Mereka kemudiannya telah meminta saya menurunkan tandatangan kepada akuan bersumpah, yang saya tidak langsung bersetuju dengan kandunhannya.
Akuan bersumpah pertama ditandatangani pada malam 28 Jun 2008, dan akuan bersumpah kedua yang telah dipinda kandungannya untuk memalit nama dan menfitnah Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor bahawa mereka terlibat merancang konspirasi terhadap DS Anwar Ibrahim dalam kes liwat ini. Akuan bersumpah kedua ini ditandatangani selepas bebrapa hari saya ditahan di Quality Hotel Shah Alam dihadapan satu pesuruhjaya sumpah yan say tidak kenali di Old Town, Petaling Jaya.
Kandungan kedua dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberi sebarang salinan kepada kedua-dua akuan bersumpah tersebut. Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu lagi akuan bersumpah yang baru hari ini yang mengandungi cerita benar. Saya kemukakan akaun bersumpah tersebut dengan laporan saya.
Beberapa bulan yang lalu saya telah ditelefon oleh Latheefa Koya untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah yang baru kerana dia mengatakan bahawa akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Namun saya tidak melayan mereka dan cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mereka.
Dan saya juga minta untuk perlindungan saksi kerana saya ada kemungkinan besar saya akan menjadi saksi dalam kes liwat Dato Seri Anwar. Saya juga perlu perlindungan daripada pihak Polis kerana saya fikir selepas laporan ini dibuat, kemungkinan besar saya akan diganggu dan diancam keselamatan saya dan keluarga.
Isi kandungan laporan Polis oleh Muhamad Rahimi bin Osman Terhadap Kes Liwat Anw
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:02 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
October
(291)
-
▼
Oct 07
(9)
- Nak berpolitik mesti tahan kena kutuk
- Rahimi karut, manipulasi akuan bersumpah
- Campur tangan politik punca PDRM terjejas
- Muhyiddin 'berubah' kerana kerusi no 1
- PKR: Ada 'tangan' di belakang Rahimi
- Padah buruk jika BN terus memerintah
- Anwar arahkan AMK Ganggu Sidang Media Mangsa Liwat...
- Isi kandungan laporan Polis oleh Muhamad Rahimi bi...
- Laporan Rahimi: Saya 'dipaksa' libatkan Najib, Rosmah
-
▼
Oct 07
(9)
-
▼
October
(291)
0 comments:
Post a Comment