PAS cadang badan selaras selesai isu Islam

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan kerajaan menubuhkan satu badan khas yang berfungsi untuk menyelaraskan segala bentuk penyelesaian terhadap isu-isu yang timbul berkaitan agama Islam.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, terdapat banyak isu kontroversi yang memerlukan satu bentuk penyelarasan dan tindakan-tindakan yang proaktif oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terutamanya dari segi pengurusan dan pengundangan syariah.



"Adakah pihak kementerian telah mewujudkan satu badan penyelaras di antara peguam-peguam muslim dan juga peguam sivil berkaitan isu-isu seperti hak sepencarian pasangan-pasangan yang bercerai yang asalnya dulu Islam dan mereka kembali kepada agama asal.

Begitu juga dengan isu penggunaan kalimah Allah baru-baru ini yang menimbulkan satu perdebatan yang agak serius," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Tambahnya, belum ada badan di bawah Jakim atau Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mempunyai autoriti untuk menyelaras isu-isu sedemikian.

"Adakah pada masa akan datang Yang Berhormat sendiri merasakan perlu untuk kita menyelesaikan isu-isu yang serius dan memerlukan tanggungjawab lebih besar daripada pihak Jakim?" soalnya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri meminta Perdana Menteri menyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan agensi agama Islam negara ini bagi menghasilkan lebih banyak produk halal inovatif, pengurusan syariah, perundangan dan perbankan Islam yang mampu memberi impak positif kepada rakyat dan syiar Islam.

Menteri JPM, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam jawapannya memberitahu, bagi keperluan industri halal, beberapa standard halal sedang dibangunkan, misalnya standard tulang, kuku dan bulu serta standard farmeseutikal sedang di peringkat akhir.

Selain Jakim dan dan agensi-agensi yang terlibat sedang menuju ke arah mewujudkan Standard vaksin.

Dari aspek perundangan Islam pula, kerajaan sentiasa menjalankan kajian dari semasa ke semasa terhadap undang-undang yang sedia ada bagi tujuan penambahbaikan atau mewujudkan undang-undang baru yang selaras dengan kehendak semasa.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:00 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III