"Ia akan dibuat pada bila-bila masa sahaja...Sebab (perkara) ini kita tidak perlu buat secara terburu-buru.
"(Kita) perlu buat secara berhati-hati untuk memastikan keputusan yang kita buat itu, adalah keputusan yang terbaik untuk pelajar-pelajar kita."Kita belum buat keputusan yang terakhir. (Perkara) ini terserah kepada menteri untuk buat keputusan. Kita telah dimaklumkan laporan itu sudahpun disiapkan. Dan pada saya, elok kita tunggu keputusan (daripada beliau)," katanya dalam satu media di ibu negara pagi ini.
Puad berkata keputusan itu juga perlu mengambil kira objektif pendidikan negara yang mementingkan pembangunan modal insan.
Sebelum itu Puad merasmikan majlis penutupan Kerjasama Malaysia-Australia untuk projek Pendidikan Afghanistan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di Lembah Pantai.
Menurutnya, projek kerjasama itu bertujuan untuk memperbaiki kaedah pengajaran pensyarah dan guru dari Afghanistan.
Malah katanya, projek selama 14 minggu ini juga bertujuan memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris dan penguasaan maklumat dan teknologi di kalangan pendidik di negara tersebut.
No comments:
Post a Comment