Sambil mempertahankan tindakannya mempertikaikan status dua akuan bersumpah yang menurutnya telah dipaksa menandatanganinya dua tahun lalu, Rahimi Osman menegaskan, dia tidak berniat mahu mengganggu kes liwat kedua dilalui Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.
Bekas pembantu Anwar itu yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini berkata, dia hanya mahu membetulkan “kesilapan” yang dia telah lakukan sebelum ini.
“Saya tiada niat untuk mengganggu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya juga tiada hak untuk menuduh Anwar atau Saiful bersalah ataupun membuat tuduhan-tuduhan palsu,” kata Rahimi.
“Saya hanya membuat laporan ini kerana saya mahu membetulkan kesilapan-kesilapan masa lalu, kata Rahimi dalam respons melalui emel yang dikirim kepada The Malaysian Insider.
Petang kelmarin, Rahimi mendakwa dia telah dipaksa mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008.
Rahimi mendakwa dia telah dipaksa oleh peguam-peguam Anwar termasuk Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya.
Rahimi berkata dia telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful.
Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.
Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa dia telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Latheefa dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008
Semalam, Latheefa menafikan kenyataan itu dan mendakwa laporan polis dibuat Rahimi dua tahun lalu membuktikan dia tidak pernah dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah mengaitkan Najib dan Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat Anwar.
“Sama ada Perdana Menteri baik atau tidak, kita tidak boleh mendakwa beliau berhubung perkara-perkara yang beliau tidak lakukan.
“Kita tidak boleh menuduh seorang yang baik seperti imam melakukan perkara-perkara buruk. Meskipun seseorang itu adalah pencuri, kita tidak boleh menuduh pencuri itu merogol,” kata Rahimi.
Rahimi juga menambah, dia tidak boleh mendedahkan kandungan akuan bersumpah baru dalam waktu terdekat ini.
“Saya tidak mahu mengganggu perbicaraan kes liwat Anwar yang sedang berlangsung,” katanya lagi.
Rahimi: Saya tiada niat mahu ganggu kes liwat kedua Anwar
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:08 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
October
(291)
-
▼
Oct 08
(23)
- Rahimi: Saya tiada niat mahu ganggu kes liwat kedu...
- Sukan Komanwel: Kami sedar Aricco guna logo Sabah ...
- Pemansuhan PMR, UPSR diumum 'bila-bila masa'
- Mokhtar Mat Saman, aktivis PAS Selayang meninggal ...
- Kita bukan gila jawatan, kata ketua Puteri Umno
- Cerita Rahimi menurut versi peguam
- Calon Galas: PAS akan solat istikharah
- Tukar sekolah - amaran bagi guru edar risalah ubat...
- Rasis: Kit Siang kemuka usul ke Speaker Dewan Rakyat
- PRU 13: Bendera kemenangan Islam diarak dari Perli...
- Himpunan generasi kedua Felda 10 Okt
- Samy Vellu didesak Tun M atau contohi Keng Yaik
- Bagaimana Transaksi Wang Haram?
- Elak spekulasi dinasti Lim, Si Pin undur 2011
- Galas: Siap sedia hadapi sebarang kemungkinan
- 'Ahli Umno tolak NEM sebab tak faham'
- Perwakilan Gerakan dakwa cubaan rasuah
- Rebut jawatan: Umno sudah habis ‘oksigen’
- 'Doktor ayam' tinggalkan MCA, sertai PKR
- Mustaffa Kamil: Saya mahu menang bermaruah
- Zunar, Malaysiakini dapat kebenaran cabar KDN
- Tolak budaya 'gay', PAS mahu konsert Lambert dibatal
- In response to the allegation of duress by Rahimi ...
-
▼
Oct 08
(23)
-
▼
October
(291)
0 comments:
Post a Comment