Pemilihan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas membuktikan UMNO tidak pernah meminggirkan Anggota Parlimen Gua Musang itu walaupun beliau seringkali mempunyai pendirian yang berbeza dengan parti.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO tetap menghormati Tengku Razaleigh sebagai seorang pejuang UMNO yang amat berpengaruh dan telah menyumbang banyak jasa kepada rakyat khususnya di Kelantan.
"Walaupun ada kalanya mempunyai pandangan berbeza antara UMNO dan Ku Li namun ia tidak menjadi punca kepada berlaku permusuhan sehingga boleh merosakkan hubungan antara Ku Li dengan UMNO.
"Kadang-kandang percanggahan pendapat berlaku dalam satu-satu isu yang membabitkan rakyat, seperti isu royalti minyak dahulu adalah perkara biasa namun UMNO tidak bertikam lidah dengan beliau malah mengambil pandangan Ku Li sebagai satu cadangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Hari Raya Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah di sini pada Selasa.
Mengenai calon BN bagi pilihan raya kecil itu, Ahmad berkata pemilihan akan dilakukan pada mesyuarat peringkat pucuk pimpinan UMNO Sabtu ini.
UMNO Tak Pernah Pinggirkan Tengku Razaleigh - Ahmad Maslan
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 6:49 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
October
(291)
-
▼
Oct 06
(24)
- Galas: Sokongan bukan Islam makin meningkat
- Galas: SPR pilih tarikh ikut kehendak Umno?
- SU PKR: Patuhi keputusan boikot Utusan
- Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas
- Ahli Umno sabotaj mesyuarat PKR dikenalpasti
- Umno tegur Utusan lebih bertanggungjawab
- Bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa buat SD
- Pilihan raya kecil Galas ditetapkan 4 November ini
- Nakhaie gesa pimpinan Najib keluar ‘ketiak’ pengar...
- Demokrasi PKR jemput jembalang
- Galas: Gua Musang adakan mesyuarat empat peringkat...
- Umno gentar usaha Pakatan bantu warga emas
- Islamofobia: Najib perlu sebar Islam sebenar
- Gerakan tolak perletakan jawatan Lim
- Antara Pemilihan PKR @ UMNO Mana Yang Lebih Ganas ...
- UMNO Tak Pernah Pinggirkan Tengku Razaleigh - Ahma...
- Jawatankuasa pusat tolak keputusan Keng Yaik letak...
- Dakwa Nik Aziz gila: Umno Besut enggan ulas, mahu ...
- Kenyataan rasis: MCA ikrar tidak berdemo
- Menteri Pengangkutan berhak batal keputusan LPK
- Orang Asli rasa dihargai kerajaan negeri
- Dilabel 'busuk' - PERKASA tetap sokong Mustaffa
- Tahan wartawan: Polis terima surat Suhakam
- PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium
-
▼
Oct 06
(24)
-
▼
October
(291)
0 comments:
Post a Comment