Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid menyatakan kekesalannya terhadap larangan terhadap media tertentu membuat liputan di sidang DUN negeri itu hari ini.
Katanya, ini kerana rakyat sedang menanti untuk mendengar Sultan bertitah dalam pembukaan sidang DUN yang berakhir pada jam 11 pagi tadi.
"Saya kecewa dan terkilan dengan tindakan kerajaan PAS, ia tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya kepada pemberita di luar bangunan DUN.
"Ini demokrasi berparlimen. Pihak media patut dibenarkan membuat liputan ketika Sultan bertitah."
"Ia juga menjadi hak untuk Sultan supaya titahnya didengar," tegasnya yang juga ketua pembangkang negeri.
Mahadzir juga berkata, Umno juga telah membantah larangan itu tetapi ia tidak diendahkan.
"Kami akan berbincang sesama rakan-rakan dalam Umno dan kita tengoklah macam mana hendak menyuarakan lagi bantahan terhadap perkara ini," tambahnya.
Dalam sesi perbahasan belanjawan selama tiga hari mulai pagi ini, hanya pemberita daripada The Star, Harakah, Sinar Harian, Makkal Osai, Malaysian Namban, Sin Chew, Kwong Wah, China Press, Nanyang Siang Pau, Guang Ming dan agensi berita Bernamadibenarkan membuat liputan di DUN negeri.
"Mereka tidak sepatunya terlalu agresif menutup kritikan yang diterima.
"Di masa hadapan, jika kerajaan Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya, mereka akan larang pemberita buat diputan di sana juga?" soalnya.
Pada satu ketika Azizan mengangkat telefon dan hanya berkata: "Saya sangat sibuk, saya dalam mesyuarat."
Sementara itu, akhbar web PAS Harakahdaily pula melaporkan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempertahankan tindakan kerajaan Kedah itu.
"Media arus
"Kebebasan media tidak mengizinkan pembohongan, kebebasan media juga tidak mengizinkan fitnah, adalah wajar kerajaan negeri mengambil tindakan sedemikian terhadap media yang tidak faham apa erti kebebasan media dan media menyalahgunakan kebebasan itu," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
0 comments:
Post a Comment