Naib presiden PKR yang baru dilantik N Surendran berkata, melalui pengalamannya, beliau percaya masalah rakyat akan hanya dapat diselesaikan melalui proses politik untuk mengubah kaedah negara ini ditadbir.
"Dan tiada keraguan pada saya bahawa PKR dan Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan proses untuk mewujudkan keadaan yang lebih adil dan makmur di Malaysia," katanya.
Pada 18 Disember lalu, Surendran antara yang dilantiksebagai naib presiden PKR, menyertai bekas menteri kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng dan ketua PKR Sarawak Baru Bian.
Selain mereka, empat lagi naib presiden yang dipilih dalam pemilihan langsugn PKR adalah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, ahli parlimen Batu Tian Chua, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.
Dalam kenyataan sulungnya selepas dilantik ke jawatan itu, peguam hak asasi manusia itu juga menegaskan menolak politik berpuak-puak dalam parti.
"Saya percaya, matlamat politik bukan untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya untuk kebaikan rakyat terbanyak dan mengangkat martabat negara.
"Apa saja yang baik di hati rakyat, itulah haluan perjuangan saya," katanya.
Menurutnya, prinsip itu dipegangnya sejak daripada dahulu lagi apabila beliau sebagai pengamal undang-undang terlibat membantu kes melibatkan pelbagai bangsa seperti kematian A Kugan serta kes tembakan pada arwah Aminulrasyid Amzah dan Norizan Salleh.
"Sebagai naib presiden PKR, saya akan terus membantu rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan fahaman," katanya.
'Masalah hanya selesai dengan proses politik'
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:36 AM Kategori:
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
December
(273)
-
▼
Dec 25
(12)
- Polis Bantuan Felda Bergaya Bersama Senjata??? Apa...
- Pengerusi MAS & Champagne Dom Perignon????
- Dokumen yang cuba disembunyikan oleh kerajaan Naji...
- Agenda Pakatan, Buku Jingga : Ubah Sekarang, Selam...
- RUMAH YB YAHYA HUSIN: OOOO CANTIK SEKALI
- DUN Tenang: PAS halusi empat nama, Umno pula tujuh
- Anwar: Apco adalah isu belanja 'sembrono' k'jaan
- 1Malaysia: Pakatan bukan takut tapi muak...
- PAS DAN KHAWARIJ, DI MANA PERSAMAAN, DI MANA KELAI...
- PAS gesa Majlis Fatwa semak kenyataan Harussani
- Kajiselidik: 2/3 rakyat bantah menara 100 tingkat
- 'Masalah hanya selesai dengan proses politik'
-
▼
Dec 25
(12)
-
▼
December
(273)