Menteri Besar Kelatan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bawah, pertama dari kanan) bercadang menyumbangkan satu pertiga daripada wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam usaha memperjuangkan Islam, lapor Harakahdaily.
"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya di Kota Bharu, hari ini.
Mursyidul Am Pas itu berkata, tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.
Nik Aziz berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.
"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.
Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu.
Nik Aziz sumbang satu pertiga simpanan untuk PAS
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:53 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
December
(273)
-
▼
Dec 16
(16)
- Pendedahan Wikileaks hanya pandangan peribadi - PKR
- Bukti DAP semakin memahami Islam
- Ketua Menteri makan nasi bungkus je ke?
- Kenali propaganda Blogger UMNO
- Kenapa rakyat perlu ragu kepada hakim mahkamah?
- Pengasas Facebook dinobat 'Person of the year 2010'
- Rakyat Singapore suka berbogel di khalayak ramai?
- Pakatan mahu saman Speaker cabar hukuman gantung e...
- Demokrasi Hitam 2.0: Dua ditahan polis
- Nik Aziz sumbang satu pertiga simpanan untuk PAS
- Tidak wajar Sin-Chan dijadikan ikon
- Perkara 44: 'Gantung' semua MP Pakatan
- Karpal Singh, Sivarasa, Azmin Ali juga digantung
- Kurang Belajar @ Biadap @ Pikir Sendirilah... (PAR...
- Dewan Rakyat: Kecoh di dalam, tegang di luar...
- Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 3)
-
▼
Dec 16
(16)
-
▼
December
(273)
0 comments:
Post a Comment