Pegawai kastam yang terima rasuah adalah pengkhianat negara,” kata Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Ismail Ibrahim, mengulas gejala rasuah di kalangan kakitangan jabatan itu.
Ismail tidak menafikan ada segelintir pegawai dan anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang terbabit dengan rasuah, namun memberitahu jumlahnya tidak membimbangkan.
Menurutnya, KDRM memandang serius masalah rasuah kes itu dan tidak melindungi mana-mana kakitangan yang disyaki bersalah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya tidak menafikan ada anggota terbabit rasuah. Tetapi buat masa ini ia tidak membimbangkan dan boleh menjejaskan integriti jabatan. Kami memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan terhadap mereka.
“Saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan rasuah di kalangan anggota saya membuat laporan kepada kami atau SPRM supaya siasatan boleh dijalankan,” katanya selepas merasmikan Kempen Mencegah Penyeludupan dan Pemusnahan Rokok Tidak Sah, di Dewan Orang Ramai Semenyih, di sini, semalam.
Ismail berkata, KDRM mencatatkan nilai rampasan barangan seludup tertinggi sepanjang tahun ini sebanyak RM500.5 juta berbanding RM338.8 juta tahun lalu dan RM169.26 juta (2008).
'Pegawai kastam terima rasuah pengkhianat negara'
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:14 AM Kategori: