Skandal Selangor (1): Yayasan Selangor Dirompak (III)

Skandal Yayasan Selangor kian menarik perhatian apabila ia ditimbulkan oleh Mykmu pada minggu lalu. Liputan Utusan Malaysia dan ulasan Ketua Pembangkang Selangor merupakan percikan awal kekecohan ini apabila ia dijadikan topik perbahasan oleh 

ADUN Jeram, Dato Amiruddin Sutero. Namun apa yang didedahkan dalam dua siri sebelum ini hanyalah tulisan tanpa bukti untuk melihat rentak tari Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat Selangor.Isu jamuan sambutan yang berjumlah hampir RM 300 ribu hanyalah merupakan sedikit berbanding banyak lagi cerita yang berlegar dalam Yayasan Selangor. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Dato Seri Noh Omar mendakwa kos majlis sambutan ulang tahun Yayasan Selangor yang dijadualkan Isnin lalu berjumlah RM 800 ribu. Yang itu kita serahkan kepada Dato Seri Noh untuk menjawab kerana kami tiada bukti menyatakan kos sebanyak itu.

Mykmu hanya menyatakan, “Yayasan Selangor telah memberi RM 300 ribu kepada syarikat DRIFT Z Enterprise sebagai belanja menganjurkan Majlis Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor pada bulan November 2010. Anehnya, syarikat ini telah dua kali dibayar oleh Yayasan biar pun Sambutan tersebut belum bermula. Menurut sumber syarikat tersebut telah menerima bayaran sebanyak RM 142, 500 dan RM 128, 250. Kenapa bayaran dibuat sebelum majlis? Sebanyak 270, 750 telah dibayar sebelum majlis dijalankan iaitu kira-kira 70% daripada kos keseluruhan projek [Sumber: http://www.mykmu.net/?p=4114].
Ini berdasarkan dokumen yang ada pada kami dan akan didedahkan sedikit masa lagi jika perlu.
Bagi menyelamatkan diri, Ilham dan Khalid mencadangkan agar Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Mohd Shaifulruddin Sulaiman digantung jawatan dengan bergaji sehingga siasatan selesai. Mohd Shaifulruddin merupakan pemimpin Pemuda PKR Shah Alam hanya perlu mendiamkan diri dan mendapat gaji bulanan tanpa perlu bekerja sehingga siasatan diselesaikan.
Tiada syak dan simpati, Shaifulruddin sememangnya salah seorang “culprit” dalam Yayasan Selangor. Banyak dokumen yang kami dapat menunjukkan Shaifulruddin turut bersengkongkol dengan Ilham dan Khalid.
Namun dua jerung besar dalam Yayasan Selangor masih bebas dan bersuka ria walaupun mereka melakukan kesalahan lebih serius dan jelas kesalahannya dalam urusan pentadbiran Yayasan. Kos sebanyak RM 300 ribu tersebut mungkin pembaziran namun ia bukan kesalahan serius berbanding keputusan Lembaga Pengarah Yayasan Selangor untuk membayar bonus kepada Pemegang Amanah Yayasan Selangor.
Menurut memorandum penubuhan Yayasan Selangor dan semua Yayasan di negara ini, Ahli Lembaga Pemegang Amanah tidak boleh menerima apa-apa imbuhan samada ada dalam bentuk bonus mahu pun dividen.
“6. The income and property of the Yayasan whencesoever derived shall be applied solely towards the promotion of the objects of the Yayasan as set forth in this Memorandum of Association and no portion thereof shall be paid or transferred directly or indirectly, by way of dividend, bonus, or otherwise howsoever by way of profit, to the members of the Yayasan. PROVIDED that nothing herein shall prevent the payment, in good faith, of remuneration to any officer or servant of the Yayasan or to any member of the Yayasan, in return for any professional services rendered to the Yayasan, nor prevent the payment of interest at the current bank rate on any loan advanced by members of the Yayasan to promote the objects thereof or reasonable and proper rent for premises demised or let by any member to the Yayasan; but that no member of the Yayasan or any office of the Yayasan paid by fees, and that no remuneration or other benefit in money or money’s worth shall be given by the Yayasan to any member of the Board except repayment of out-of-pocket expenses and interest at the rate aforesaid on money lent, or in respect of professional services or reasonable and proper rent for premises demised or let to the Yayasan as foresaid.
Bersama ini disertakan dua dokumen yang jelas menunjukkan Khalid mengetahui mengenai pembayaran bonus kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor sebanyak RM 5000 seorang termasuk dirinya. Isunya bukan jumlah tetapi pelanggaran peraturan Yayasan.




ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:44 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III