SOAL RASUAH
1. Gred petunjuk rasuah di Malaysia semakin meningkat mengikut laporan PERC (Political and Economic Risk Consultancy) (mata 0 – 10 dimana kosong adalah gred paling positif). Mengikut laporan itu April 1998, Malaysia memperolehi 4.60 (tahun 1995), 5.00 (1996), 5.80 (1997), 5.38 (1998) dan 7.50 (1999). Malaysia menduduki tangga ke 32 senarai Indeks Persepsi Korupsi (CPI) 1999 yang dikeluarkan oleh gabungan anti korupsi antarabangsa Transparency International (TI) (Harakah 1 Nov 99).
2. Salah guna wang Petronas RM1.8 billion di mana PM sendiri yang meluluskan sendiri (bail-out) untuk syarikat Mirzan Mahathir, Konsortium Perkapalan Berhad/Diperdana. Membelanjakan RM836 juta untuk membeli 11 kapal tangki dari KPB. Pengambil-alihan syarikat perkapalan MISC (Malaysia International Shipping Corp.) pada Nov 1998 (62% ekuiti). Untuk menyelamatkan DRB-Hicom (Proton) melibatkan perbelanjaan RM999.4 juta (27% ekuiti). Berkali-kali digunakan (RM4 bilion) untuk menyelamatkan BBMB yang hampir bangkrap kerana hutang lapuk tak berbayar tokoh-tokoh korporat yang keparat. (pertengahan tahun 80-an). Membeli Boeing 747 dari Pratt & Whitney pada Julai 1985, untuk disewakan kepada MAS dan menyelamatkan MAS daripada berhutang dengan Rolls-Royce. Dipaksa membeli Menara Dayabumi pada Mac 1988 dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan dijadikan ibu pejabatnya sebelum berpindah ke Menara Berkembar Petronas. 40% ekuiti Putrajaya Holdings untuk bina bandar Putrajaya dan projek MSC bernilai RM19 bilion. Kenaikan gaji kakitangan eksekutif Petronas dibekukan pada tahun 1998 dan bonus sebulan gaji, walhal Petronas buat untung tahun 1997 sebanyak RM9 bilion. Mana pergi semua tu?.
3. Menteri Umno melakukan rasuah, disiasat BPR, cukup bukti tapi pendakwaan disisihkan. Rafidah Aziz melakukan 5 kesalahan mengagihkan saham-saham kepada menantunya Fazrin Anwar. Mahathir telah menghalang pendakwaan ke atas Rafidah di mahkamah, Menurut laporan Jabatan Peguam Negara 14 Mac 1995, terdapat kes prima facie Rafidah telah melakukan rasuah. Perbuatan Mahathir menghalang proses undang-undang dijalankan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah. Pak Lah Beduwi (persoalan siapa disebalik Mahmud Ambak SB yang diberikan projek membeli kelengkapan perang sewaktu Pak Lah jadi Menteri Pertahanan, siapa yang dapat tender untuk makanan angkatan tentera dan tender makanan di IPTA).
4. Kerana rasuah dan penyelewengan dalam pimpinan kerajaanlah menyebabkan DSAI disingkirkan. DSAI membentangkan pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Pindaan ini membolehkan seseorang menteri yang telah berhenti dari jawatannya diheret ke mahkamah jika ada bukti kukuh melakukan rasuah ketika menjadi menteri.
5. Mengamalkan kronisme dan nepotisme secara berleluasa dan berterusan dalam pemerintahan BN. Siapa kroni Mahathir : Ananda Krishnan (Binariang), William Chin (Lion Group), Hanif Omar (Genting), Francis Yeoh (YTL), Jefrey Chia (Sunway Group), Lim Kim Yew (Mines Resort), Vincent Tan (Berjaya, Sport Toto, Raleigh Bhd), Halim Saad (Renong, Faber Group, Park May, CAHB, UEM, Ho Hup), Tajuddin Ramli (MAS, TRI, Celcom), Wan Azmi Wan Hamzah (Land & General Bhd, Amway, RJ Reynolds), Mohamad Anwar Senawi (Landmarks Bhd), Abu Zahid (Perwaja, Maju), AP Arumugam, Lim Kok Wing, Hj Basir Ismail, Nordin Sopiee, Tengku Adnan, Shamsudin Abu Hassan, Ting Pek Khing (Ekran – Bakun), Eric Chia (Perwaja), Tan Sri Tiong (MEC), Dato’ Soh Chee Wen, Kadir Jasin (NSTP, MRCB, TV3, Malakof) dengan saham bernilai RM1.5 bilion. Ahmad Razali (Pengerusi Tabung Haji) ipar Mahathir. Anak-anak Mahathir mempunyai 218 buah syarikat sendirian berhad: Mokhzani (Pantai Holding Bhd, KL City Corp, THB, Tongkah Holding)(Tongkah Medivest Bhd dianugerahkan projek penswastaan ‘hospital support services’), Mirzan (KPB, Artwright Holding Bhd, Capetronic, Dataprep, Diperdana, KIG, Lion Corp, Transmile, Worldwide, Mamee-Double Decker, Sunway Building) dan Mukhriz (Ajiya Bhd, Reliance Pacific Bhd).
6. Renong Group diberi keuntungan secara mudah/percuma bila dianugerahkan tanah seluas 27,000 ekar di Gelang Patah, Johor. Harga jual tanah tersebut RM1.00/kaki persegi. Bila projek Link Kedua siap tanah itu dijual semula kepada kerajaan Umno dengan nilai RM10/kaki persegi.
7. Mengapa tiada pun siasatan terhadap Ling Liong Sik,bila diketahui umum, anaknya yang berumur 27 tahun punyai asset bernilai 1.5 bilion ringgit?
8. Kayanya Samy Vellu, kahwin anaknya S.Vell Paari saja belanja lebih 1 juta ringgit (13 Dis. 1998)
9. Mengapa tiada apa-apa tindakan terhadap Eric Chia yang menyebabkan kerugian Perwaja sebanyak RM2.985 bilion yang ada melibatkan kelulusan dan kepentingan Mahathir? Adakah pimpinan kerajaan memberi perhatian serius dengan fakta dan analisis yang dibuat juruaudit Price Waterhouse. Laporan BPR diserahkan kepada Peguam Negara pada Mac, 1998 tapi sepi hingga hari ini.
10. Daim Zainuddin menerima ratusan juta ringgit hasil agihan saham Resort World sepertimana laporan polis oleh DSAI pada Julai 99. DSAI melaporkan Daim melarikan sejumlah RM700 juta ke luar negara. Laporan polis DSAI yang mendedahkan 3 surat dari tiga tokoh korporat (Tajuddin, Wan Azmi, Halim Saad) membuktikan Daim terlibat dalam rasuah berbentuk wang dan saham. Mereka dilaporkan sebagai pemegang amanah wang bagi pihak Daim sebanyak RM120 juta dan sejumlah saham yang bernilai berjuta ringgit. Menurut DSAI, Daim merupakan satu-satunya menteri kewangan yang mempunyai bank sendiri, International Bank of Malaysia.
11. Berapa ramai bekas dan wakil rakyat BN yang ditangkap, dituduh dan diperkatakan terlibat dengan kes rasuah. Lihat saja tindakan terhadap Saidin Thamby Adun Paya Jaras menerima RM1 juta kerana pengaruhi keputusan exco meluluskan satu permohonan tanah, wakil rakyat Melaka (Sahar Arpan)dll. Mohd Taib gagal mengisytiharkan wang tunai RM2.4 juta di Brisbane Airport, Australia. Penahanan sekejap BPR ke atas Rahim Thamby Chik pada Nov. 1994 bersabit perbuatan rasuah beliau pada tahun 1989 dan 1991 dengan Syarikat Dayamik dan akhirnya disenyapkan begitu saja. Sehingga 31.5.1993, harta Rahim milikki berjumlah RM39.78 juta termasuk kereta-kereta mewahnya. Dato” Harun Idris (bekas MB Selangor) dipenjara kerana terlibat dengan rasuah. Aziz Shamsuddin (bekas s/u sulit PM) dapat kontrak besar di Angkasapuri.