Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Zuraidi Rahim berkata tindakan Naib Pengerusi GPMS Kedah Lukman Moidin meletak jawatan semalam tidak memberi kesan kepada pertubuhan itu.
Beliau sebaliknya mengalu-alukan keputusan itu kerana Lukman dikatakan tidak pernah memberi komitmen dalam program-program yang dijalankan GPMS Kedah.
"Dia tidak pernah datang program, tidak pernah datang mesyuarat. Peletakan jawatannya adalah kerana sentimen peribadi. Sedangkan kerja dalam GPMS ini adalah kerja sukarela," katanya.
PAS tak akan bawa isu royalti minyak di Galas
PAS tidak akan membawa isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas dalam kempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Galas 4 November ini, kata Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
“Kita akan menggunakan isu bagaimana parti ini dapat meneruskan dasar perjuangannya berteruskan prinsip Islam selain mengekalkan rekod perkhidmatan Che Hashim Che Sulaima, sepanjang perrkhidmatan sebagai wakil rakyat kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Che Hashim meninggal dunia pada 27 September lepas akibat kanser.
Menurut Mohd Amar, walaupun mengikut peguam, isu royalti itu boleh dibangkitkan dalam kempen dan ia tidak subjudis walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah, PAS tidak akan membawa isu berkenaan.

Ibrahim Ali: ‘Panggil saya Saudara Ibrahim, tiada masalah’
Seolah-olah menggambarkan yang beliau tidak ‘kecil hati’ dengan keputusan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V melucutkan gelaran “Datuk”, Datuk Ibrahim Ali berkata, “anda masih boleh memanggil saya Datuk.”
Kata beliau lagi, jika tidak mahu panggil sebagai “Datuk”, orang ramai boleh memanggilnya “saudara.”
Presiden Perkasa ini berkata, beliau mempunyai dua lagi gelaran “Datuk” yang dikurniakan oleh Melaka dan Selangor.

Isu hak bertanding timbalan presiden Nurul Izzah jadi panas
Isu hak bertanding Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden PKR menjadi panas dalam pemilihan parti itu sekarang apabila pelbagai pihak membuat kenyataan media mengenainya. Harakahdaily menerima empat kenyataan berasingan mengenainya dan meminta pihak pimpinan tertinggi parti itu atau Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menyelesaikan segera isu ini. Dua kenyataan diterima dari dua ketua cabang PKR Sabah manakala dua lagi kenyataan dari dua calon naib presiden parti itu yang sedang dalam peringkat kempen sekarang ini. |
Projek pangkalan udara Sg Besi dimeterai tanpa LOI
Jawapan bertulis daripada Kementerian Pertahanan berhubung pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan berhubung projek kontroversial itu.
Menurut kementerian pertahanan, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menterti kewangan.
Bagaimanapun, tidak ada surat tawaran atau letter of intent (LOI) dikeluarkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).
Bagaimanapun, tidak ada surat tawaran atau letter of intent (LOI) dikeluarkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).
PKR batal keputusan pemilihan pimpinannya di Subang
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat pada 5 Oktober 2010 telah membatalkan pemilihan Cabang Subang, Selangor berikutan ancaman dan ugutan yang diterima pengawas pemilihan itu. Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti laporan oleh pengawas pemilihan darihal Pemilihan Cabang Subang yang telah diadakan pada 26 September 2010. |
Taib tiada beri bayangan pilihan raya Sarawak lagi
Walaupun tarikh sebenar pilihan raya negeri Sarawak masih menjadi perhatian, namun ucapan perasmian majlis 'Lan Berambeh' anak negeri Sarawak 2010 oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kuala Lumpur, malam semalam tidak sedikit pun menyentuh isu tersebut.
Beliau yang dijangka akan membangkitkan isu tersebut di hadapan hampir 3,000 anak negeri Sarawak yang hadir pada majlis itu, sebaliknya lebih banyak menyentuh tentang soal pembangunan dan transformasi untuk negeri Sarawak seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

PAS mahu negara terus jadi pasukan pengaman
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi digesa menjelaskan impak berantai di sebalik partisipasi pasukan tentera dalam operasi pengaman dunia. Menurut Datuk Dr. Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seakan tidak menghiraukan pandangan Kuala Lumpur dalam isu puak Serb menyembelih puak Islam di Bosnia Herzegovina. Walhal katanya, Malaysia pada era hujung 1990-an merupakan antara negara anggota yang komited menyertai misi pengaman PBB sejak tahun 1960-an lagi. |
Sedia prasarana sukan untuk wanita Islam
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mendesak Kementerian Belia dan Sukan supaya menyediakan prasarana sukan kepada wanita Islam.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbadanan Stadium Malaysia 2010 petang semalam, beliau berkara prasarana yang sedia ada tidak menggalakkan wanita muslimah bersukap dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
"Dalam baju tangan panjang, seluar tangan panjang dan bertudung untuk senam arobik di tempat awam, kita tidak selesa sebab berpeluh dan kita panas.
"Sebab itu, antara sebab mengapa ramai wanita Islam yang menutup aurat enggan bersukan di khalayak ramai, kerana mereka berasa tidak secucuk dengan pembawaan imej Islam oleh mereka," ujarnya di Dewan Rakyat.

'Mayat Aminulrasyid dalam kedudukan aneh'
Paramedik menemui mayat Aminulrasyid Amzah dalam kedudukan yang aneh, dengan mukanya tersembam di tempat duduk pemandu, manakala sebahagian lagi badannya terkulai di luar kereta yang dipandunya.
Paramedik Muhammad Sahid Abdul Karim Shah (kanan) berkata beliau nampak pintu di sebelah tempat duduk pemandu terbuka dan tubuh mangsa terkulai di tanah, tetapi kepala mangsa tersembab di tempat duduk pemandu.
Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sahid berkata beliau memerika Aminulrasyid dan mendapati mangsa tidak bernyawa lagi.
Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sahid berkata beliau memerika Aminulrasyid dan mendapati mangsa tidak bernyawa lagi.
Zionis tangkap ibu baru bersalin
Tentera Israel menangkap tujuh orang penduduk di daerah Hebron, Isnin lalu termasuk seorang ibu yang baru melahirkan anak dua minggu lepas.
Laman web Haluan Palestin melaporkan Sajida Riziq Muhammad Al-Awawda, 20, seorang pelajar dalam jurusan Syariah ditahan oleh askar Zionis di luar Universiti Hebron pada waktu tengahari.
Palestinian Prisoners’ Society mendesak supaya pihak berkuasa Zionis Israel segera melepaskan Sajida, memandangkan beliau melahirkan anak secara cesarean dan masih lagi memerlukan pemerhatian doktor.

N Patmanabhan, 3 lain dituduh bunuh Sosilawati
Peguam, N Patmanabhan dan tiga yang lain dituduh di Mahkamah Majistret di Banting, membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30.
Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.
Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.
Tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah itu untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van manakala Patmanabhan dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.
Razaleigh tetap jadi saksi tuntutan royalti
Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Tengku Razaleigh Hamzah tetap akan menjadi saksi berhubung tuntutan royalti minyak kerajaan negeri terhadap Petronas. Katanya, kedudukan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Umno BN Dun Galas perkara yang berbeza dengan kedudukannya sebagai saksi dalam tuntutan royalti itu. “PAS tidak akan berkompromi berhubung perkara itu, lawan tetap lawan,” ujarnya ketika menjawab soalan media kemungkinan PAS akan bertolak ansur dalam pilihan raya kecil itu. Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata Umno Pusat tidak yakin dengan kemampuan sendiri menyebabkan pemimpin tertinggi parti itu bertegas meletakkan Ku Li yang anggota Parlimen Gua Musang sebagai pengarah pilihan raya kecil itu. |
Penjelasan Hukum Qisas Menurut Perspektif Islam
1. Pertamanya saya ucapkan terima kepada semua di atas komentar yang diberikan, terhadap artikel saya sebelum ini yang bertajuk [ Mencari Keadilan Melalui Syariat Islam ] semoga ianya mencambahkan lagi perbincangan secara tanpa emosi, tetapi lebih akademik dan berfakta tentang realiti Qisas yang sedang dibincangkan ini.
Secara ringkas point yang dilontarkan oleh mereka yang mempertikai artikel saya sebelum ini berkisar tentang 3 perkara penting, iaitu
Secara ringkas point yang dilontarkan oleh mereka yang mempertikai artikel saya sebelum ini berkisar tentang 3 perkara penting, iaitu
Istana Kelantan lucut ‘Datuk’ Ibrahim, Wan Hashim
Istana Kelantan menarik balik gelaran Datuk terhadap Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Wan Hashim Wan Daud.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dalam sidang media di pejabatnya, Kota Darulnaim, pagi ini.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dalam sidang media di pejabatnya, Kota Darulnaim, pagi ini.
Menurutnya, Sultan Muhammad Ke V, hari ini telah mengampuni perkenaan untuk menarik pingat yang membawa gelaran Datuk daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, bekas setiausaha kerajaan negeri, Wan Hashim Wan Daud, Tengku Mohamed Shafei Tengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.
Kesemua darjah kebesaran itu ditarik gelarannya berkuat kuasa serta merta bermula hari ini, 13 Oktober.
Aiseri berkata, antara darjah kebesaran yang telah ditarik balik daripada Wan Hashim, pelantikan Ahli Darjah Kebesaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.) (Al-Ibrahimi 1).