Bilangan laman web digodam meningkat

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan peningkatan ketara dalam jumlah laman web dalam negara yang digodam bulan ini, dan sedang bekerjasama dengan pemilik laman web berkenaan untuk memulihkannya.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Zeti Marziana Muhamed, berkata bilangan laman web yang digodam meningkat kepada 262 kes minggu pertama bulan ini berbanding 168 kes bulan lalu.

"SKMM ingin mengingatkan semua pemilik laman web untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengemaskini pelayan serta aplikasi-aplikasi yang berkaitan pada laman web itu.

"Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko penggodaman sekiranya terdapat kelemahan pada ciri-ciri keselmatan laman web," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasutan: SKMM dalami forensik di luar negara

Beberapa pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin dihantar ke luar negara bagi mendalami kepakaran bidang forensik komputer dalam usaha kerajaan menangani jenayah siber, terutama dalam kes menghina Sultan, menghasut dan pornografi kanak-kanak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, berkata pegawai-pegawai itu akan dilatih untuk menjadi pakar "penyusul dan merungkai" segala keterangan yang diperlukan bagi mendakwa mereka yang terlibat dengan jenayah siber di mahkamah.

"Bagaimanapun tidak dinafikan kos untuk menjalani kursus ini agak tinggi," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menghadiri hari keempat Persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di Pusat Ekspo Guadalajara di Mexico hari ini. 

Rais berkata dengan adanaya kepakaran forensik mengenai komputer, segala maklumat yang dihapuskan masih boleh dapat dikesan daripada cakera keras.

Rais: SKMM, polis selesai siasat 15 kes babitkan blog

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta polis sudah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes yang membabitkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau berkata, laporan siasatan kesemua kes itu juga sudah dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Jadi kita nak menekankan bahawa kerja-kerja siasatan dan susulan, beres di peringkat polis dan SKMM," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini.

Rais berkata, kini terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada hendak memulakan pendakwaan terhadap blog dan portal berkenaan.

Ucapan Najib: SKMM sasar penulis blog pula

Penulis blog Malaysian Chronicle, Wong Choon Mei hari ini diarahkan oleh Suruhajaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan berhubung sebuah artikel berkaitan ucapan perasmian Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu.
Dalam ucapannya itu, Najib mengajak ahli Umno mempertahankan Putrajaya - ia dilaporkan dalam bahasa Inggeris oleh blog berkenaan pada Khamis - hari yang sama ucapan itu disampaikan.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Wong disoal siasat di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya pada jam 11 pagi tadi, mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

Latheefa yang juga ketua penerangan PKR berkata pada mulanya, beliau menemani Wong sewaktu mereka bersama-sama memasuki pejabat SKMM pada jam 11 pagi.

Bagaimanapun, kata Latheefa, kira-kira lima minit selepas berada di pejabat tersebut, dua pegawai atasan SKMM menemui beliau dan menjelaskan sekiranya beliau ingin duduk bersama Wong, SKMM akan mengambil keterangannya pula sebagai saksi.

Sekolah beli pokok 880% lebih mahal

Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Laporan tersebut yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawa kementerian telah membeli pokok dan tanaman senitaman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus.

Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat dengan pembekal tempatan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, laporan itu berkata, didapati kementerian tersebut boleh membeli pokok yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

Sebagai contohnya, pokok kemboja dan pinang merah - bagi jumlah yang sama - masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

Oleh itu, kata laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membelanjakan antara 470 peratus hingga 880 peratus atau empat hingga lapan kali lebih mahal daripada harga pasaran.

Berdasarkan laporan tersebut, kementerian tersebut telah membayar RM37,450 bagi pokok-pokok tersebut, sedang ia sepatutnya dalam menjimatkan sekurang-kurangya RM31,000.

Borang bertimbun, PTPTN hadapi defisit RM46bilion

Hampir 82 peratus permohonan yang diterima oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2008 dan 2009 masih belum diproses.

NONEMenurut Lapran Ketua Audit Negara, 61 peratus daripada 103,525 borang yang diterima pada 2008 dan semua 124,070 borang yang diterima pada 2009 masih belum diproses.

Pasukan audit juga mendapati borang yang tidak lengkap disusun dalam keadaan yang tidak teratur di pejabat Unit Perjanjian di ibu pejabat PTPTN.

Malah, laporan itu juga menyiarkan gambar bagi membuktikan dokumen berkenaan hanya ditutup dengan kanvas dengan penerangan ngambarnya menjelaskan ia bertujuan melindung dokumen itu daripada siling yang bocor.

NONE"Pada pendapat kami, PTPTN sepatutnya melengkapkan perjanjian pinjaman pelajar dengan menandatanganinya pada kadar segera.

"Sebagai tambaha, (borang) perjanjian mesti disimpan dalam cara yang teratur bagi memudahkannya dicari,” petik Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan kepada ahli parlimen hari ini.

Menurut laporan itu, PTPTN akan menghadapi aliran tunai defisit RM45.89 bilion menjelang tahun 2016.

Ketua Audit: Hutang negara pada paras tertinggi

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Pengimbas jutaan ringgit tersadai, kurang diguna

Jutaan ringgit dana rakyat dibazirkan oleh agensi kerajaan kerana sejumlah mesin pengimbas yang dibeli tidak digunakan sepenuhnya, demikian didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Ini termasuk empat mesin pengimbas jenis Mobile Rapidscan MAX 3345 dan sebuah jenis Portal THSCAN HS 3000 yang dimiliki oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan ditempatkan di pejabat jabatan berkenaan di seluruh negara yang menelan belanja sebanyak RM 31.96 juta.

Semua mesin ini yang dibeli pada 2003 itu didapati langsung tidak digunakan atau tidak digunakan secara optimum oleh agensi kerajaan berkenaan sejak beberapa tahun lalu kerana kekurangan pegawai yang berpengalaman mengendalikannya atau disebabkan masalah teknikal.
Tiada justifikasi, beli tanpa kelulusan

'Sandwich kosong' untuk pelajar, sardin lesap

Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Selain sardin,sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

PAS cadang badan selaras selesai isu Islam

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan kerajaan menubuhkan satu badan khas yang berfungsi untuk menyelaraskan segala bentuk penyelesaian terhadap isu-isu yang timbul berkaitan agama Islam.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, terdapat banyak isu kontroversi yang memerlukan satu bentuk penyelarasan dan tindakan-tindakan yang proaktif oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terutamanya dari segi pengurusan dan pengundangan syariah.

100, 000 anak muda tolak bangunan warisan 100 tingkat

Penentangan terhadap cadangan Perdana Menteri mahu membina bangunan Warisan 100 tingkat nampaknya merata di kalangan Pakatan Rakyat.

Kalau sebelum ini anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mencadangkan wang RM5 bilion itu digunakan untuk membangunkan Kampung Baru, pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang berkata, lebih 100,000 anak muda membantah cadangan itu.

Apabila DAP membuat kajian dalam laman sosial Facebook mendapati sokongan penuh golongan muda agar Pakatan Rakyat membahas isu di parlimen sehingga Kerajaan Barisan Nasional (BN) akur, kata Lim.

Bank Milik KWSP Beri Pinjaman RM880 Juta Kepada Adik KM Sarawak

raziah Tidak sampai seminggu rakyat dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan membenarkan pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ditingkatkan daripada 7 peratus kepada 20 peratus membabitkan dana awam hampir RM75 bilion, kini RHB Bank yang dimiliki KWSP dilaporkan telah memberi pinjaman USD285 juta atau RM880 juta kepada adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud dan suami ketiga beliau, Robert Geneid.

Menurut laman web sarawakreport.com yang terkenal dengan pendedahan kekayaan dan aset serata dunia yang dimiliki Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarganya, daripada maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pinjaman besar tersebut diperolehi pada Jun sebuah syarikat persendirian yang dipunyai oleh pasangan tersebut, Kumpulan Construction Sdn Bhd.