Pendedahan Wikileaks hanya pandangan peribadi - PKR

PKR menyifatkan, pendedahan Wikileaks tentang maklumat diplomatik dari Singapura tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pandangan peribadi tanpa sokongan bukti yang sah, oleh itu tidak perlu diambil berat.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dalam kenyataannya bagaimanapun berkata, pihaknya memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bukti DAP semakin memahami Islam




Nampaknya Kerjasama antara PAS dan DAP sudah menunjukkan tanda-tanda positif. Niat PAS sperti kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk mendekatkan diri kepada orang bukan Islam bagi memberikan kefahaman tentang Islam semakin jelas apabila Parti yang dikatakan anti Islam itu semakin terbuka penerimaannya terhadap Islam.

Ketua Menteri makan nasi bungkus je ke?




Itu dia gambar Ketua Menteri Pulau Pinang sedang makan nasi bungkus semasa konvensyen DAP baru-baru ini. Inilah dia wajah Ketua Menteri yang digembar-gemburkan sebagai anti-Islam oleh penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Inilah dia wajah pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan telah menyelewengkan jutaan ringgit duit rakyat. Inilah juga pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan anti-Melayu.

Kenali propaganda Blogger UMNO

Di dalam entry kali ini ReJaM© nak dedahkan kepada semua pembaca bagaimanakah taktik blogger-blogger upahan UMNGOK memainkan peranan mereka menyebarkan propaganda. Satu perbezaan ketara antara blogger-blogger Mesra-Barisan Nasional dan Blogger-blogger Mesra-Pakatan Rakyat ialah, mereka ini lebih kurang sama kisahnya dengan kempen Pilihanraya kedua-dua parti. Blogger Barisan Nasional diberi upah oleh 'tuan' mereka, manakala Blogger Pakatan Rakyat terdiri daripada blogger-blogger sukarela.

Kenapa rakyat perlu ragu kepada hakim mahkamah?



Siapa kata hakim tak ada yang makan rasuah? Ada cuma belum didedahkan. Pihak yang menjadi pengamal undang-undang seperti hakim, peguam, Polis, dan lain-lain adalah profesion yang sangat terdedah kepada rasuah.

Dengan kehendak dan nafsu manusia yang tiada had, mampukah pengamal undang-undang seperti mereka ini menolak apabila diberi rasuah? Kalau betul lah Polis dan Hakim tak makan rasuah, nescaya anda tak akan jumpa penagih dadah di dalam Malaysia ni kerana tiada penjual dadah habis ditangkap Polis.

Pengasas Facebook dinobat 'Person of the year 2010'


Majalah popular eropah Time magazine telah menobatkan pengasas merangkap CEO laman sosial terkenal dunia Facebook, Mark Zuckerberg sebagai "Person of the year 2010". Majalah itu percaya bahawa Mark Zuckerberg merupakan individu yang paling banyak mempengaruhi peristiwa-peristiwa yang berlaku sekitar tahun 2010.

Hartawan nombor 35 paling kaya di Amerika Syarikat itu juga telah menjadi subject di dalam sebuah filem 2010, The Social Network memperkukuhkan lagi populariti Facebook.

Namun begitu, undian yang dijalankan oleh Majalah Time menunjukkan bahawa undian pembaca terhadap manusia paling berpengaruh dunia dimenangi oleh pengasa Wikileaks, Julian Assange.

Rakyat Singapore suka berbogel di khalayak ramai?


Bogel kini sudah menjadi isu negara yang hangat diperkatakan di Singapura

The Straits Times melaporkan bahawa pihak polis tempatan sudah menerima 105 aduan tentang lelaki-lelaki yang berlari beramai-ramai di dalam keadaan bogel di jalanan pada 6 bulan pertama tahun ini.

Kejadian terbaru melibatkan seorang lelaki yang dikatakan berjalan memasuki restoran makanan segera McDonald di Queensway dan cuba untuk memesan sarapan pada pukul 4 pagi dalam keadaan bogel.

Pakatan mahu saman Speaker cabar hukuman gantung enam bulan

Ahli-ahli Parlimen Pakatan menayangkan plakat protes semasa usul menggantung Anwar daripada Dewan Rakyat dibahaskan. — Gambar oleh Jack Ooi
Ahli-ahli Pakatan Rakyat bercadang untuk mengambil tindakan terhadap Speaker Dewan Rakyat ekoran hukuman gantung enam bulan dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga wakil mereka yang lain.
Tiga daripada empat wakil itu merupakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selain Anwar tiga yang lain ialah Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak).
Karpal berkata, pihaknya akan memohon mendapatkan semakan penghakiman berhubung perkembangan hari ini, yang menurutnya satu bentuk salah guna kuasa oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pengerusi DAP Kebangsaan itu juga menggesa Speaker agar meletakkan jawatan kerana sudah tidak ada autoriti moral menerajui Dewan Rakyat.

Demokrasi Hitam 2.0: Dua ditahan polis

NONEKira-kira 15 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai Demokrasi Hitam 2.0 berhimpun di hadapan bangunan parlimen sejak pagi tadi sebagai tanda bantahan terhadap penggantungan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Mereka yang sepatutnya berarak bagi menghantar memorandum aduan kepada Suhakam dari bangunan Parlimen ke pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut sejurus tengahari ini, bagaimanapun dihalang oleh polis.
Akibatnya, berlaku kejadian tolak-menolak antara mereka dengan kira-kira 50 anggota polis yang sejak pagi tadi mengawal kawasan sekitar parlimen itu.

Akibatnya dua orang penyokong Demokrasi Hitam 2.0 ditahan polis dan Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) sedang berbincang dengan polis.

Nik Aziz sumbang satu pertiga simpanan untuk PAS

NONE
Menteri Besar Kelatan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bawah, pertama dari kanan) bercadang menyumbangkan satu pertiga daripada wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam usaha memperjuangkan Islam, lapor Harakahdaily.

"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya di Kota Bharu, hari ini.

Tidak wajar Sin-Chan dijadikan ikon

Jangan terkejut andai tiba-tiba anak anda berumur kurang tujuh tahun melondehkan seluar serta menunjukkan punggungnya sambil menggoyangkannya dan berkata, “Punggung....” Timbul persoalan, dari mana mereka belajar perkara sebegitu?

Ini secara jelas adalah pengaruh yang tidak sihat daripada rancangan kartun kegemaran kebanyakan kanak-kanak termasuk sesetengah ibu bapa sendiri iaitu Sin-Chan. Sedarkah kita bahawa, bukan semua kartun adalah selamat bagi ditontonkan kepada anak-anak mutakhir ini.

Perkara 44: 'Gantung' semua MP Pakatan

Semua ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini keluar dari Dewan Rakyat selepas Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia didakwa menggunakan perkara 44 Peraturan Mesyuarat.

Perkara 44 (4) antara lain memberi kuasa kepada Speaker 'menggantung' ahli parlimen yang ada dalam dewan dengan menyebut nama ahli parlimen tersebut.

Karpal Singh, Sivarasa, Azmin Ali juga digantung

NONEDewan Rakyat hari ini meluluskan usul penggantungan selama enam bulan ke atas Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR- Gombak)

Sewaktu usul yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu dibahaskan, semua ahli parlimen bertindak memulaukannya dengan dengan keluar dewan.
Sebelum itu, usul penggantungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diundi tanpa dibahaskan. Tindakan itu menimbulkan rasa tidak senang di kalangan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Dewan Rakyat: Kecoh di dalam, tegang di luar...

NONEDewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

Anwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya.

Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan.

Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen.

Sekatan polis juga dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.

Senarai Dakwaan Keatas Khir Toyo (bhg 3)

21. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk menyelesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.