Polis Bantuan Felda Bergaya Bersama Senjata??? Apa Semua Ini???


Adakah senjata boleh di angkat dan ditayangkan begitu sahaja seperti senjata mainan?? Mengapa ini boleh berlaku?? Di mana pihak atasan??

Pengerusi MAS & Champagne Dom Perignon????

Ketua Pegawai Kewangan MAS, Low Chee Tiong, telah mengumumkan peletakan jawatannya pada 23 Disember, setelah lama berkhidmat dengan MAS. Sebenarnya banyak sungguh kisah menarik mengenai insan ini yang tidak diketahui umum.
Beliau mempunyai satu hubungan erat yang begitu lama dengan Citibank, gara-gara menyalurkan urusan perbankan MAS kepada bank itu. Akan tetapi si haprak ini sudah lama menyebabkan MAS terduduk juga. Ketika bertanggungjawab dengan urusan MAS di Arab Saudi, di mana MAS menjalankan urusannya selama sepuluh tahun, dia gagal menyediakan penyata cukai kepada kerajaan Arab Saudi seperti yang sepatutnya.

Dokumen yang cuba disembunyikan oleh kerajaan Najib???

Dokumen Perjanjian Antara APCO Worlwide Dengan Kerajaan Malaysia



Syaitan Jelmaan menafikan hubungan mereka dengan Israel. Bagaimana dengan dokumen ini?


Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah Pengkhianat Negara!

1. Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International

Agenda Pakatan, Buku Jingga : Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!

Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.
Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.
Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.

RUMAH YB YAHYA HUSIN: OOOO CANTIK SEKALI

RUMAH-rumah menteri di Sabah memang hebat-hebat. Kelihatannya seperti Istana. Siap dengan penjaga pintu dan yang bukan islam pasti ada anjing dan yang Islam juga kekadang ada anjing untuk menjaga keselamatan anak bini. Kalau mahu ketemu mesti ada perjanjian dan isi borang beda dengan rumah Nik Aziz tanpa pagar tanpa penjaga dan siapa bisa masuk kapanpun.

DUN Tenang: PAS halusi empat nama, Umno pula tujuh


 PAS dan Umno Labis telah mempunyai senarai calon untuk dipertimbangkan – yang bakal memikul cabaran pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor yang akan diadakan akhir bulan depan.
PAS telah menyenarai pendek empat nama untuk mewakilan Pakatan Rakyat manakala Umno seramai tujuh nama untuk mewakili Barisan Nasional (BN) yang akan diserahkan kepada kepimpinan tertinggi parti masing-masing untuk membuat keputusan.

Anwar: Apco adalah isu belanja 'sembrono' k'jaan

NONEIsu Apco bukan hanya mengenai siapa yang mengilhamkan konsep 1Malaysia tetapi kurangnya ketelusan dalam perbelanjaan sembrono kerajaan sebanya, RM77 juta untuk mengupah sebuah syarikat asing yang mempunyai rekod berkhidmat dengan sebuah regim penindas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu asasnya berlegar mengenai "kurangnya tanggungjawab seorang perdana menteri yang mengabaikan rekod Apco" dan kurangnya akauntabiliti dalam membelanjakan wang rakyat untuk membina imej partinya sendiri.

1Malaysia: Pakatan bukan takut tapi muak...

NONEKerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak mengiktiraf slogan 1Malaysia kerana mendakwa ianya memesongkan fikiran rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya di negeri itu.

Malah, setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin berkata, Pakatan bukannya takut, tetapi sebaliknya muak dengan "slogan hipokrasi" BN yang didakwa menciplak logo politik dan bukan diilhamkan oleh rakyat negara ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengarahkan supaya slogan dan logo politik tidak dibenarkan di premis kerajaan dan premis awam. 

PAS DAN KHAWARIJ, DI MANA PERSAMAAN, DI MANA KELAINANNYA (BHG 3)?



Mungkin anda seringkali mendengar ungkapan berikut:
Laa hukma illa lillah yang bermaksud tiada hukum kecuali untuk Allah.
Ungkapan itu seringkali menjadi mainan bibir dan buah percakapan terutama dalam kempen-kempen politik atau lebih tepat lagi ceramah-ceramah membabitkan sebahagian golongan yang beranggapan mereka lebih Islam berbanding orang lain. Kata-kata ini sebenarnya berstatus HAQ kerana merupakan sebahagian daripada ayat al Quran.

PAS gesa Majlis Fatwa semak kenyataan Harussani


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan untuk campurtangan menyemak semula kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu ancak.
Harussani sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak sebagai tidak khurafat.

“PAS memohon Majlis Fatwa Kebangsaan melakukan semakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak bahawa tindakan Menteri Besar Perak melakukan upacara ancak, tepung tawar tiang seri rumah dengan pelbagai upacara tidak bercanggah dengan syarak,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Kajiselidik: 2/3 rakyat bantah menara 100 tingkat

azlanKajiselidik yang dijalankan Merdeka Centre menunjukkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia membantah rancangan kerajaan pusat untuk membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat.

Kajiselidik yang membabitkan 1,005 responden di Semenanjung 
Malaysia itu, menunjukkan 65 peratus tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, dan hanya 25 peratus yang menyokongnya.

Responden dari kalangan kaum Cina merupakan yang teramai - 75 peratus - yang membantah pembinaan menara itu.

'Masalah hanya selesai dengan proses politik'

NONENaib presiden PKR yang baru dilantik N Surendran berkata, melalui pengalamannya, beliau percaya masalah rakyat akan hanya dapat diselesaikan melalui proses politik untuk mengubah kaedah negara ini ditadbir.

"Dan tiada keraguan pada saya bahawa PKR dan Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan proses untuk mewujudkan keadaan yang lebih adil dan makmur di Malaysia," katanya.