TERJAH UMNO / BN - PEMBAZIRAN & KERUGIAN

PEMBAZIRAN dan KERUGIAN

1. Beria-ia kempen ke seluruh negara menyeru rakyat berhemah ketika berbelanja, beli barangan buatan Malaysia, amalkan sikap menabung, beli yang perlu saja dan suruh rakyat menderma untuk dana negara. Tapi dia sendiri yang membazir ratusan juta ringgit untuk mahligai di Putrajaya baginya bersemayam, jet mewah Global Express untuknya bergerak dan segala serba aneka kemewahan yang tak terfikirkan oleh rakyat jelata. Sedangkan masih ada 400,000 kakitangan awam pangkat rendah (kebanyakannya Melayu) belum punya rumah sendiri.


2. Mahathir mengutamakan projek mega yang menelan belanja besar hingga mencecah angka RM150 bilion. Antara projek-projek membazir yang muncul bawah pemerintahan Mahathir, samada secara awam atau penswastaan: 

1.Multimedia Super Corridor (MSC): RM2.0 bilion. 

2.Istana/Mahligai PM : RM200juta yang hanya mahu dihuni oleh ‘dua orang tua’. 

3.Jet peribadi PM (Global Express): RM200juta.Pesawat TUDM terhempas tak apa, nak beli baru duit tak ada. Wira negara terkorban tak mengapa, asalkan jangan wira dunia ketiga. 

4.Panggung Negara: RM225juta. 

5.Kompleks Sukan Bukit Jalil: RM1.5 bilion (kemudahan di sini tanpa sebarang halangan boleh digunakan untuk menghimpun rakyat bagi memuji pemimpin, tapi bila pembangkang ingin menyewanya ditolak dengan alasan nak repair). 

6.Sukom: RM330juta. (boleh bina kompleks sukan yang besar tetapi tak mampu uruskan bekalan air di Lembah Kelang hingga terpaksa dicatu; memalukan!!) Kenyataan dari Kementerian Belia dan Sukan di sidang parlimen (Ogos 99) Sukom mengalami kerugian RM10,642,844.00 dan hutang belum selesai RM17,545,052.00. 

7.Replika keris gergasi, dipintu masuk kompleks sukan di Bukit Jalil: RM9 juta. 

8.Projek Empangan Hidroelektrik Bakun: RM13.4 bilion 

9.Pusat Pentadbiran Putrajaya: RM5.2 bilion. 

10.Program Jaya MSN: RM160 juta. 

11.Velodrom Cheras: RM9 juta. 

12.KLIA, Sepang: RM10.5 bilion. 

13.KLCC (Menara Kembar Petronas): RM4.56 bilion 

14.Litar Sepang F1: RM286 juta. Untuk menganjurkan perlumbaan, Malaysia terpaksa membayar RM76 juta. Hadiah dan kos perbelanjaan RM182.4 juta. Petronas pula membelanjakan RM1.9 bilion untuk membolehkannya mempunyai pasukan pelumba sendiri. Saban tahun Malaysia kehilangan ribuan rakyatnya akibat kemalangan di jalanraya, tapi Mahathir pula seolah-olah menggalakkan rakyatnya berlumba…? Lumba dah tamat tonjol pula budaya barat, goncang botol arak!! 

15.Pelbagai projek lebuhraya bertingkat di Lembah Kelang Projek Kota Terapung Di Johor Bharu. Laluan Kedua (menghubungi Singapura) di Gelang Patah, Johor. Gelanggang Lumba Kuda Tambalang, Tuaran (1983): RM40 juta, kini terbiar begitu saja. Jeti Parameswara di Bandar Hilir, Melaka berharga RM11.5 juta juga terbiar masih belum digunakan kerana kedudukan tak sesuai. 

16.Projek bodoh Sanusi Junid; tanam padi atas bumbung. Projek bernilai RM200,000.00 hasilnya hanya 41 kg di bumbung seluas 97 meter persegi. Projek Sanusi, 

17.Kompleks Jihad Basmi Kemiskinan berharga RM16 juta untuk sembelih binatang korban. Ia boleh memuatkan daging 1000 ekor lembu pada satu-satu masa. Tak ada lembu apa nak buat? Nak isi kerbau pendek tak boleh, akhirnya jadilah kompleks ini sebagai projek yang rugi kerana kebebalan MB Umno. 

18.Tiap-tiap tahun berjuta-juta duit hangus semata-mata nak tengok Mat Salleh naik kapal layar kat Pulau Duyung, Terengganu.Moonsun Cup idea dari Imam Besar Islam Hadhari Dollah Beduwi dan Tukang Bodek Pak Deris Jusoh itu telah menyaksikan Pulau Duyung tanah kelahiran beberapa orang tokoh ulama terkenal menjadi tempat budak muda perpeleseran dengan arak tanpa sekatan lagi.

Bayangkan jika duit yang dilaburkan itu digunakan untuk membantu orang miskin,bagaimana kesannya ye?

3. Membazir duit berjuta-juta untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran; samada menyambut kemerdekaan atau untuk tujuan politik mereka. Sambutan Hari Merdeka baru-baru ini (di seluruh negara) saja dianggarkan, RM100 juta. Untuk pertunjukan laser di KLCC untuk 3 jam melibatkan belanja RM10 juta. Bayangkan pula perhimpunan paksaan BN (Mahathir) berapa banyak belanja digunakan, kos pengangkutan, kos makanan (Seremban), kos stadium, kos promosi dll kos.

4. Pantang berkuasa atau menang dalam pilihanraya, langkah pertama mereka kesemuanya untuk diri dan keluarga sendiri. Beli kereta besar, bina rumah besar dan paling tidak repair rumah yang nak diduduki dengan kos yang tak terjangkau oleh kita RM5 juta seperti apa yang dibuat oleh Tok Uban.

5. BBMB rugi sebanyak RM2.5 bilion pada tahun 1984/85 melalui skandal BMF/Carrian di Hong Kong (hanya Mahathir dan Kuli tahu angkara siapa). Kematian Jalil Ibrahim, yang ditugaskan untuk mengaudit BMF mati dibunuh di Hong Kong. Rugi lagi RM 1.393 bilion pada Mac 1997.

6. Maminco (lombong timah) rugi di antara RM620 – RM660 juta melalui transaksi jualan bijih di London Metal Exchange. Skandal pada tahun 1981 ini berlaku dengan penggunaan wang KWSP. Mahathir menyalahkan Tun Hussein Onn di dalam kes ini.

7. Skandal yang membawa kerugian kepada Bank Negara tahun 1986, dalam perjudian tukaran matawang asing, Pound Sterling British juga melibatkan wang KWSP.

8. Skandal syarikat Perwaja (kerugian terkumpul pada 1989 RM1.6 bilion, hutang sehingga Mac 1998 berjumlah RM5.08 bilion. Rugi pada 1997 RM7 bilion). Eric Cia diamanahkan untuk memulihkan Perwaja yang mulanya rugi, tapi akhirnya apa yang berlaku kerugian berlipat kali ganda pula. Paling menarik, isu pembayaran RM76.4 juta kepada NKK Corporation menerusi sebuah syarikat yang tidak wujud, iaitu Frilsham Enterprise Inc.

9. Skandal syarikat-syarikat Pendeposit Koperasi yang dikawal oleh MCA (penipuan sebanyak RM1.5 bilion).

10. Bangunan PULAREK (Pusat Latihan Rekrut) di Tg Pengelih, Johor retak. Bumbungnya boleh runtuh dan rosak teruk, baru kena tiup angin; belum kena bom lagi. Kenapa ianya boleh berlaku, sedangkan nilai perbelanjaan membinanya bukan sedikit (RM195 juta). Adakah wujud salahguna kuasa atau unsur rasuah dalam pemberian tender kepada 5 syarikat membinanya.

11. Skandal yang membawa keruntuhan Sime Bank (hampir RM2 bilion).

12. Berapakah keuntungan atau kerugian MAS akhir-akhir ini? Sehingga 31 Mac 1999, MAS telah kerugian RM668.8 juta. MAS juga berhutang berbilion ringgit (anggaran RMRM11.8 bilion). Siapa akan tanggung semua hutang dan kerugian MAS yang berbilion ringgit itu?

13. Perbezaan pengurusan balak di Kelantan di antara 5 tahun BN dan PAS memerintah: BN (1985-1989 : 158,200 hektar RM167.6juta) dan PAS (1994-1998: 30,451 hektar RM355.85juta). Di manakah tahap profesionaliti Umno?

14. Bekalan air untuk rakyat. Krisis bekalan air Lembah Kelang akhir 1997 hingga pertengahan 1998. Air disimpan untuk Sukom (KL 98) dan disebabkan ketidakcekapan pengurusan Puncak Niaga. Kualiti air yang dibekalkan tidak begitu diambilberat (bekalan air masin di Dungun, 1998 untuk 10,000 orang pengguna). Negara kerugian lebih RM500 juta setahun akibat kegiatan curi air (RM240 juta)dan paip bocor (RM321 juta). Yang peliknya kes begini disedari dari tahun 1995, tapi entah atas sebab apa ianya dibiarkan tanpa tindakan. Ini menunjukkan dengan jelas ketidakupayaan mereka menguruskan hal-hal yang berkait dengan rakyat. Penswastaan Syarikat Air Johor mengalami kerugian RM1.1 bilion membuktikan lagi kelemahan pentadbiran kerajaan BN/Umno. Malaysia menjual air mentah pada Singapura dengan harga 3 sen setiap 4,540 liter tapi membeli balik air yang telah dirawat oleh mereka dengan harga 50 sen pada kadar yang sama. Bijaknya pemerintah Malaysia.

15. Hutang negara meningkat setiap tahun. Hutang negara kini berjumlah RM248 bilion naik dari RM20 bilion pada tahun 1981. Begitulah cekapnya Umno memerintah negara. Siapa yang nak bayar hutang sebanyak itu.

16. Laporan Ketua Audit Negara (2 mikroskop bernilai RM99,400 tidak digunakan kerana tiada pakar, mesin ujian stress RM60,700 di Hospital Kajang tidak disentuh, 4,680 keping draf bank berharga RM32 juta tidak ditunaikan oleh Jab. Imigresen dan RM17 juta hangus kerana luput dan tidak ditunaikan, kehilangan cek bernilai RM228,238 di Kementerian Kerja Raya).

17. Masjid Kristal dan pelbagai lagi projek mega,mewah,merapu di Terengganu yang diketuai oleh Dollah Beduwi dan Deris Jusoh benar-benar telah memakan duit rakyat secara haram.Pemberian tender pada menantu Si KJ dan sahabat baik @ kroni,Lim Badawi menjadi bukti BN hancur,punah,korup,rosak dan x sedar diri.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 6:50 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III