PM: K'jaan tak cadang naikkan harga RON95


Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak dapat menjangka sekiranya harga minyak akan terus terjejas ekoran keadaan politik yang tidak stabil di Timur Tengah.

Katanya, kerajaan bagaimanapun akan terus menyemak harga berkenaan untuk masa akan datang.

"Kita akan semak. Saya tak boleh kata apa-apa untuk masa akan datang.

"Maksudnya untuk masa ini kita tidak ada cadangan untuk naikkan harga minyak.

Taib: BN sudah sedia, calon sudah ada

Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

"Sudah..sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Beladin Al-Amin di Beladin, Sarawak.