Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan tuduhan liwat yang dihadapinya.
Notis rayuan tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa.
Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata beliau akan menulis kepada Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi bagi memohon tarikh awal pendengaran kes rayuan itu.
Pada Isnin, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Ogos lalu yang menolak permohonan keduanya bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Anwar memfailkan permohonan membatalkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya pada 2 Ogos lalu kerana mendakwa prinsip kesaksamaan serta integriti pihak pendakwaan berikutan dakwaan hubungan intim di antara Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes liwat itu akan disambung semula pada 14 Okt ini dengan pihak pembelaan menyoal balas saksi pendakwa kedua, doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Razali Ibrahim.
Anwar Fail Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Rayuan
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:07 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 21
(20)
- Ku Nan jawab Perkasa, Penawar: Kenapa saya mesti m...
- Wang judi untuk warga emas', aduan ke SKMM
- Adik Nik Aziz akui terima replika cek RM4 bilion
- Nombor Plat MCA: Kong Cho Ha Kemuka Surat Sebagai ...
- Pengetua 'rasis' - MCA cadang anjur protes
- Lesen peguam suspek dilucutkan tahun lalu
- Royalti: Tok guru pondok bermunajat di Mekah
- Zam celaru: Selamat tinggal Umno BN
- Umno bertelagah, belia Terengganu terabai
- Bini puaka: Mahasiswa adakan himpunan
- Indonesia larang calon pembantu rumah ke Malaysia,...
- Khalid: Tak kisah wakil rakyat BN masuk masjid tap...
- Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan
- Wang ihsan: Pakatan gesa SKMM siasat tohmahan blog...
- Anwar Fail Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Rayuan
- PM: Kakitangan awam perlu bersikap terbuka jayakan...
- Ketua Perkasa: Dakwaan perkauman sempit serangan e...
- KJ: Perkasa tiada hak pengaruhi Umno, desak pecat ...
- ADUN Hulu Bernam nafi beri tazkirah, MP Kamalanath...
- Kertas Siasatan Kes Bunuh Sosilawati Diserah Kepad...
-
▼
Sep 21
(20)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment