Sekadar mahu bersatu dengan asas bangsa semata-mata yang rapuh dan longgar, malah ternyata telahpun gagal, maka saya ucapkan selamat tinggal kepada Umno dan BN,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.
Beliau menegaskan bahawa sesungguhnya Pakatan Rakyat adalah pilihan rakyat Malaysia untuk melahirkan sebuah negara yang mempunyai masa depan yang lebih baik setelah dihancur dan dirosakkan oleh Umno BN sekian lama.
Justeru, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) yang dipetik sebagai berkata perpaduan Umno dan PAS tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya tiga parti utama pengasas BN iaitu Umno, MCA serta MIC perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi pendekatan baru, untuk menjamin masa depan negara.
“Walaupun kenyataan Zam nampak keliru dan bercelaru, namun hakikat yang saya dapat ambil dari bekas menteri Umno itu ialah dia sudah mengakui mustahil akan wujudnya perpaduan selagi Umno tidak mahu kembali kepada Islam sebagai landasan perjuangan,” ujar Khalil di dalam blognya.
B eliau menambah, penegasan awal oleh kepimpinan PAS bahawa asas perpaduan sesama Melayu atau dengan banga lain adalah di atas dasar dan asas yang diajarkan oleh Islam sebagaimana yang berlaku di Madinah semasa tertubuhnya Kerajaan Islam contoh.
Demikianlah, jelasnya penyatuan semua bangsa di bawah Pakatan Rakyat yang terdapat sebuah parti Islam iaitu PAS adalah asas yang kukuh bahawa penyatuan semua bangsa bukan kerana idealogi masing-masing yang dipertahankan namun kerana kehebatan Islam itu sendiri yang lengkap dan melengkapi idealogi manusia yang banyak kepincangan.
Ini, kata beliau tentunya kerana idealogi Islam bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah.
“Malah saya membantah kenyataan Zainuddin yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang Islam dengan berkata perjuangan berasaskan ideologi, terutamanya agama, tidak mengenal tolak-ansur, bersifat keras serta wajah manis mereka adalah bersifat sementara dalam menunggu kesempatan.
“Kenyataan Zam semacam menolak kesyumulan Islam yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang mengaku Islam,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Katanya, kecelaruan pemikiran Zam yang mengajak bersatu atas asas bangsa semata-mata tanpa matlamat yang jelas melihatkan kecetekannya dalam menelusuri kekuatan bangsa mana sekalipun yang memerlukan kekuatan penghayatan rohani, akhlak atau moral.
Ini, jelasnya sehingga sesuatu yang dipanggil maksiat dalam Islam atau pelanggaran akhlak dan moral dalam agama lain merupakan asas yang kuat untuk melahirkan sebuah negara yang aman dan makmur, kuat dan berdaulat.
Zam celaru: Selamat tinggal Umno BN
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:16 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 21
(20)
- Ku Nan jawab Perkasa, Penawar: Kenapa saya mesti m...
- Wang judi untuk warga emas', aduan ke SKMM
- Adik Nik Aziz akui terima replika cek RM4 bilion
- Nombor Plat MCA: Kong Cho Ha Kemuka Surat Sebagai ...
- Pengetua 'rasis' - MCA cadang anjur protes
- Lesen peguam suspek dilucutkan tahun lalu
- Royalti: Tok guru pondok bermunajat di Mekah
- Zam celaru: Selamat tinggal Umno BN
- Umno bertelagah, belia Terengganu terabai
- Bini puaka: Mahasiswa adakan himpunan
- Indonesia larang calon pembantu rumah ke Malaysia,...
- Khalid: Tak kisah wakil rakyat BN masuk masjid tap...
- Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan
- Wang ihsan: Pakatan gesa SKMM siasat tohmahan blog...
- Anwar Fail Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Rayuan
- PM: Kakitangan awam perlu bersikap terbuka jayakan...
- Ketua Perkasa: Dakwaan perkauman sempit serangan e...
- KJ: Perkasa tiada hak pengaruhi Umno, desak pecat ...
- ADUN Hulu Bernam nafi beri tazkirah, MP Kamalanath...
- Kertas Siasatan Kes Bunuh Sosilawati Diserah Kepad...
-
▼
Sep 21
(20)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment