Bangladesh dengan lebih 155 juta jiwa di mana hampir 90 peratus penduduknya beragama Islam adalah antara negara dengan dengan jumlah ummat Islam terbesar di dunia di mana jumlah ummat Islam di Bangladesh meliputi kira satu persepuluh dari populasi ummat Islam seluruh dunia. Negara yang didiami satu satu bangsa dan satu bahasa tidak menghadapi suasana kepelbagaian kemajmukan sebagaimana sebahagian negara lain. Dahulunya Bangladesh sebahagian dari Pakistan yang terdiri dari dua wilayah, Pakistan Timur dan Pakistan Barat. Bangladesh dikenali sebagai Pakistan Timur dan berpisah sepenuhnya dengan Pakistan selepas perang 13 hari pada Disember 1971 yang memberikan Bangladesh kemerdekaannya.
Sinonim sebagai antara negara paling miskin di Asia Barat dan banyak bergantung kepada bantuan antarabangsa, Bangladesh juga tidak pernah sepi dari pergolakkan politik walaupun agak kurang diberikan liputan antarabangsa. Walaupun miskin dari segi ekonomi, Bangladesh kaya dengan sumber semulajadi dan bahan galian, serta dengan jumlah ummat Islam yang ramai ianya tetap menjanjikan suatu masa depan yang gemilang untuk Islam.
Merungkap situasi terkini di Negara Asia Selatan ini, satu mesyuarat bertajuk Meeting On The Persecution Of Islamic Political Parties/Activist And Marginalisation Of Islam In Bangladesh anjuran Citizen International telah diadakan bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang pada Isnin, 21 September lepas yang turut dihadiri oleh Saudara Abdul Razzaq, Penolong Setiausaha Agung Jamaat el Islami Bangladesh untuk menerangkan situasi terkini gerakan Islam Bangladesh pimpinan Jamaat el Islami menghadapi usaha jahat kerajaan sekular pimpinan Liga Awami. Mesyuarat yang dihadiri oleh wakil-wakil parti politik dan NGOs antarabangsa serta tempatan antaranya dari London, India, Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Saya hadir mewakili Asian Federation of Muslim Youth (AFMY). Antara beberapa tokoh tempatan yang hadir, SM Mohd Idris, Cikgu Azmi Hamid, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, Dr Kamaruzzaman Yusof, Dr Siddiq Fadhil.
Beberapa isu besar yang telah dibincangkan.
Antaranya, penangkapan pimpinan-pimpinan Jamaat el Islami untuk dihadapkan dengan tuduhan jenayah perang kononnya pemimpin-pemimpin Jamaat el Islami ini bersekongkol dan bersubahat menyokong Pakistan serta menentang kemerdekaan Bangladesh semasa era perang Pakistan-Bangladesh, 1971. Pimpinan Jamaat el Islami di label sebagai pengkhianat negara. Abdul Razzaq memaklumkan tuduhan dan penangkapan ini merupakan satu fitnah jahat kerana semasa era perang Pakistan-Bangladesh, pimpinan Jamaat el Islami sekarang ini masih lagi berada di alam pengajian. Tambahan pula Jamaat el Islami sendiri diasaskan pada akhir 1978 dan mula beroperasi pada awal 1979. Usaha ini tidak lain dari strategi jahat untuk melumpuhkan gerakan Islam yang semakin maju mendapat dokongan masyarakat Islam pada ketika kerajaan Liga Awami dengan imej korupsi yang parah semakin membarah kelihatan terdesak untuk meraih simpati rakyat dan negara penderma antarabangsa.
Penangkapan secara zalim ini berlaku pada 29 Jun 2010 di mana tiga pemimpin tertinggi Jamaat terdiri dari Amir, Maulana Motiur Rahman Nizami, Timbalan Amir, Allama Delwar Hossein Sayadee dan Setiausaha Agong, Ali Ehsan Mujahid telah ditahan. Tuduhan yang dihadapi, menghasut rakyat dengan sentiment agama. Pada 13 Julai 2010 dua orang Penolong Setiausaha Agong Jamaat el Islami pula ditangkap, Mr. Muhammad Kamaruzzaman dan Mr.
Abdul Quader Mullah. Di samping menghadapi tuduhan menghasut rakyat dengan sentimen agama mereka juga dihadapkan dengan tuduhan jenayah perang 1971. Tuduhan ini sangat berat dan mereka boleh berhadapan dengan hukuman mati. Sedangkan daripada lima pemimpin tertinggi Jamaat el Islami ini, empat daripadanya masih merupakan pelajar pada 1971 dan tidak terlibat dengan sebarang konflik ketika perang
Pakistan Bangladesh 1971. Pejabat-pejabat Jamaat diserbu pihak polis dan aktivis-aktivis ditangkap. Saudara Abdul Razzaq memaklumkan setakat ini kira-kira 3,550 telah ditahan. Sebarang penganjuran acara termasuk mesyuarat tertutup parti sekalipun tidak dibenarkan.
Penangkapan pemimpin gerakan Islam ini sebahagian dari langkah penting untuk dalam usaha kerajaan Liga Awami untuk mensekularkan negara dengan majoriti 90 peratus Islam serta memisahkan Islam dari kehidupan masyarakat. Objektif utama mereka adalah untuk mengembalikan perlembagaan negara tahun 1972 yang menyatakan parti-parti politik berteraskan agama tidak dibenarkan beroperas! Buku-buku karangan Abu Ala’ Maududi dikhabarkan mula diharamkan daripada dijual.
Pergolakan ini membawa kepada memburuknya situasi hak asasi manusia. Sepanjang 2009 sahaja konflik politik ini telah menyebabkan 251 orang terbunuh, 15559 orang cedera dan 250 orang ditangkap. Sementara sehingga Julai 2010, 119 orang telah terbunuh, 9632 orang cedera dan 3435 orang ditahan.
Saudara Abdul Razzaq mengakhiri bicaranya dengan harapan. “Kami berada jauh di selatan Asia, secara geografi terpisah dari dunia Islam lain. Ummat Islam di kawasan Delta Bangladesh sedang menghadapi waktu-waktu sukar, saudara Islam di seluruh dunia berkewajipan membantu kami. Kita adalah ummat yang bersaudara.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 23
(33)
- I'Da World batal niat laksana projek RM313 Billion...
- Suhakam cadang inkuiri nasional isu tanah Orang Asli
- Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakat...
- Arahan jangan tawar plat 'MCA' masih berkuatkuasa
- Wartawan, editor tak etika patut tinggalkan Utusan
- Zaid: Syed Husin nyanyu, bukan nyanyuk
- Azmin dan Ezam, siapa naik secara terhormat?
- Usaha Daftarkan Anggota Baru Sebagai Pemilih Dilak...
- Kenyataan rasis: Saya tiada kuasa hukum dua penget...
- SSM kunjungi penyumbang 'cek RM4 bilion'
- Kes Lingam: AG rayu keputusan Mahkamah Rayuan
- Shamsul gesa KP Selangor ikut prosedur
- Bangladesh ke arah sekular
- Isu Mualaf Kembali Ke Agama Asal Isu Terpencil - P...
- Syabas Presiden NUJ baru; kubu Umno di Utusan goyang?
- Gereja Orang Asli: Bina dulu baru minta kebenaran
- First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri...
- "Bini Puaka": UPM halang pelajar hadir dengar kepu...
- Bidaan minimum plat eksklusif G1M 1 RM1 juta
- Karpal: Majlis Peguam berhak campurtangan
- 'Jangan larang siswa ikuti kes 'bini puaka' esok'
- Rundingan ETP: negeri Pakatan kurang dihormati
- SPR: Jangan anggap langkah alih lokaliti dipengaru...
- Exco Agama: Mustahil wang ihsan Pulau Pinang guna ...
- Thanenthiran: EGM Makkal Sakti tak sah, saya masih...
- MCA cuba tutup kelemahan sendiri
- Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng pe...
- Pekida: Alasan Majlis Peguam sekadar lepaskan batu...
- NUJ: Zahid jangan hidup bercerminkan bangkai
- Bersih 2.0: Betulkan lokaliti mengundi, pindah pen...
- Generasi Reformasi PKR anjur kempen jelajah negara...
- Bekas Pemimpin Usno Rayu Menteri Dalam Negeri Hidu...
- Pulau Pinang perkenal surcaj kawal penggunaan air
-
▼
Sep 23
(33)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment