Krisis kepimpinan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP), yang dilancarkan Datuk Seri Najib Razak dalam usaha menawan kembali undi masyarakat India tahun lalu, berterusan dengan puak pimpinan R.S Thanenthiran hari ini mendakwa mesyuarat agung tahunan luar biasa (EGM), Sabtu ini tidak sah.
Thanenthiran, presiden yang dipilih tahun lalu, mendakwa EGM dipanggil empat pemimpinnya tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kepimpinannya.
Thanenthiran menegaskan, beliau masih diberi kepercayaan untuk menerajui MMSP oleh semua ahli jawatankuasa pusatnya (CC).
“Biarpun sebelum ini terdapat dakwaan palsu dibuat oleh Setiausaha Agung Kannan Ramasamy, Sanjay Ramasamy, Krishnan R. Ramu, Kalaimoney dan yang lain-lain dalam satu sidang media pada 18 September lalu mengatakan 22 anggota CC MMSP telah meletakkan jawatan untuk membolehkan pemilihan parti ini diadakan pada 25 September ini, sebenarnya semua dakwaan mereka adalah palsu.
“Mereka mengatakan 22 anggota ini telah meletakkan jawatan dan semua ini adalah agenda mereka untuk mengelirukan orang ramai yang parti ini sedang dilanda krisis kempimpinan,” kata beliau pada sidang media khas di sini hari ini.
Parti ini dilanda krisis kepimpinan sejak akhir tahun lepas apabila puak yang memihak kepada Thanenthiran dan yang
menyokong timbalan presiden A. Vathemurthy saling menolak pemimpin satu sama lain dan membawa perbalahan mereka kepada Pendaftar Pertubuhan.
Ia dilancarkan oleh Najib pada 10 Oktober lalu dan dianggap menjadi pemangkin dalam usaha memulihkan sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN).
Kira-kira 400 anggota perwakilan layak memilih presiden, timbalan presiden, setiausaha agung, bendahari, tiga naib presiden dan 25 anggota CC pada mesyuarat agung luar biasa dan tahunan parti itu yang dijadual berlangsung di Dewan KR Soma, Wisma Tun Sambanthan, Jalan Kg Attap di sini.
Kanna berkata beliau telah mengundang setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merasmikan mesyuarat itu.
Thanenthiran turut menafikan parti tersebut sedang dilanda krisis memandangkan kesemua anggota CC lain turut berada bersamanya.
“Kesemua anggota CC ada bersama saya untuk menyatakan sokongan penuh ke atas kepimpinan saya dalam menerajui parti ini, cuba lihat orang kiri dan kanan saya yang hadir ini.
“Tidak seorang pun yang menghantar surat letak jawatan, jadi dakwaan mereka adalah palsu,” tegasnya.
Ekoran kenyataan palsu oleh bekas ahlinya itu, beliau dan beberapa anggota CC MMSP akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi hari ini.
Pada 18 September lalu, seramai 26 anggota CC parti itu dilaporkan meletakkan jawatan untuk membolehkan pemilihan parti itu diadakan Sabtu ini, kata Kannan.
Beliau berkata jumlah itu melebihi majoriti dua pertiga yang disyaratkan oleh perlembagaan parti tersebut untuk membolehkan pemilihan baru diadakan.
Jawatankuasa pusat itu mempunyai 31 anggota.
“Peletakan jawatan secara beramai-ramai itu perlu dibuat untuk membolehkan pemilihan baru didakan bagi menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda parti ini dan mengelaknya daripada kehilangan sokongan rakyat,” katanya.
Kannan berkata anggota jawatankuasa itu meletakkan jawatan atas kerelaan sendiri, tanpa tekanan mana-mana pihak.
Thanenthiran: EGM Makkal Sakti tak sah, saya masih presiden
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:35 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 23
(33)
- I'Da World batal niat laksana projek RM313 Billion...
- Suhakam cadang inkuiri nasional isu tanah Orang Asli
- Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakat...
- Arahan jangan tawar plat 'MCA' masih berkuatkuasa
- Wartawan, editor tak etika patut tinggalkan Utusan
- Zaid: Syed Husin nyanyu, bukan nyanyuk
- Azmin dan Ezam, siapa naik secara terhormat?
- Usaha Daftarkan Anggota Baru Sebagai Pemilih Dilak...
- Kenyataan rasis: Saya tiada kuasa hukum dua penget...
- SSM kunjungi penyumbang 'cek RM4 bilion'
- Kes Lingam: AG rayu keputusan Mahkamah Rayuan
- Shamsul gesa KP Selangor ikut prosedur
- Bangladesh ke arah sekular
- Isu Mualaf Kembali Ke Agama Asal Isu Terpencil - P...
- Syabas Presiden NUJ baru; kubu Umno di Utusan goyang?
- Gereja Orang Asli: Bina dulu baru minta kebenaran
- First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri...
- "Bini Puaka": UPM halang pelajar hadir dengar kepu...
- Bidaan minimum plat eksklusif G1M 1 RM1 juta
- Karpal: Majlis Peguam berhak campurtangan
- 'Jangan larang siswa ikuti kes 'bini puaka' esok'
- Rundingan ETP: negeri Pakatan kurang dihormati
- SPR: Jangan anggap langkah alih lokaliti dipengaru...
- Exco Agama: Mustahil wang ihsan Pulau Pinang guna ...
- Thanenthiran: EGM Makkal Sakti tak sah, saya masih...
- MCA cuba tutup kelemahan sendiri
- Cek RM4 bilion, GNI RM1.7 trilion hanya dongeng pe...
- Pekida: Alasan Majlis Peguam sekadar lepaskan batu...
- NUJ: Zahid jangan hidup bercerminkan bangkai
- Bersih 2.0: Betulkan lokaliti mengundi, pindah pen...
- Generasi Reformasi PKR anjur kempen jelajah negara...
- Bekas Pemimpin Usno Rayu Menteri Dalam Negeri Hidu...
- Pulau Pinang perkenal surcaj kawal penggunaan air
-
▼
Sep 23
(33)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment