Bekas timbalan setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) S Jenapala Perumal Isnin mendakwa wujudnya salah guna kuasa dan penggunaan jentera kerajaan oleh sesetengah calon yang menawarkan diri pada pemilihan parti itu, yang dijadual November ini.
Beliau berkata terdapat anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri, terutama dari Selangor, yang didapati menggunakan kedudukan mereka, bergerak ke seluruh negara berkempen untuk calon pilihan.
Katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat PKR dan isterinya, presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail perlu tampil membuat penjelasan sama ada perkara itu benar-benar terjadi atau sebaliknya, ataupun dakwaan PKR sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dalam pemilihan seperti yang dibanggakan, akan dipertikai.
"Saya terperanjat mendengar anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor yang menggunakan jentera kerajaan dan kedudukan mereka dalam berkempen untuk calon pilihan. Mereka malah menjelajah ke seluruh negara bagi meraih sokongan untuk calon pilihan," katanya.
Beliau berkata Anwar juga perlu bertindak segera untuk menghentikan taktik pihak tertentu menggunakan namanya bagi meraih sokongan kerana ia bertentangan dengan amalan demokrasi dalam PKR yang membenarkan sesiapa sahaja bertanding.
Jenapala Perumal turut mendesak Anwar agar segera bertindak terhadap pihak tertentu yang secara jelas melaburkan wang bagi meraih sokongan dengan berselindung di sebalik majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri.
"Ribuan ringgit telah dihabiskan untuk majlis makan malam dan hamper yang diberikan atas nama rumah terbuka dan kini untuk pesta tanglung...Perkara ini perlu dihentikan segera oleh pemimpin parti. Kesemua ini merupakan proses yang amat tidak sihat," katanya.
Beliau yang meletakkan jawatan pada 2008, juga mendakwa dinafikan peluang bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah tiga pencalonan yang diterimanya ditolak Jawatankuasa Pemilihan Parti.
Anggota PKR Ipoh Barat itu mendakwa beliau memperoleh tiga pencalonan daripada cabang Ipoh Barat, Batu Gajah dan Beruas parti itu yang bermesyuarat semalam, sekali gus melayakkannya bertanding.
Bagaimanapun, katanya, pencalonan tersebut ditolak oleh pemantau pemilihan Dr Lee Boon Chye dengan alasan beliau bukan lagi anggota parti, sedangkan semakan di ibu pejabat PKR Jumaat lalu menunjukkan keanggotaannya masih sah.
Bekas Timbalan Setiausaha Dakwa Terdapat Salah Guna Kuasa Dalam Pemilihan PKR
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:55 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
September
(251)
-
▼
Sep 20
(44)
- TI Malaysia Minta Pemilihan PKR Dijalankan Secara ...
- Lupakan Sahaja Perpaduan Dengan PAS - Zam
- Kamalanathan: Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin
- Pm Lee Hadiahkan Najib Foto Dua Bapa Mereka
- Jenapala bukan anggota parti- PKR
- Sultan Brunei Tiba Untuk Rundingan Tahunan Dengan ...
- Malaysia- Singapura Setuju Selesai Isu Bayaran Pem...
- Jaya Supermarket: Dua syarikat binaan, pengarah di...
- Ibrahim Ali, Khairy Jamaluddin usah buang masa
- Gelaran Sultan Muhammad ke V mula digunapakai
- Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati
- Najib mungkin terus tunduk pada Singapura
- Petroleum: Doa sampai kerajaan Malaysia terbalik
- Pemuda Umno Ajak Anggota Ziarah Rakyat Sempena Aid...
- Bekas Timbalan Setiausaha Dakwa Terdapat Salah Gun...
- Pihak Bertelagah Dalam Gerakan Pulau Pinang Dimint...
- Nota 'Minta Maaf, Saya Sangat Penat, Selamat Tingg...
- Petisyen ketiga bantah pelantikan sultan baru
- Program Transformasi Negara, Gagasan 1Malaysia Tar...
- Pelancaran buku mengenai reform Pakatan di Selangor
- Permohonan bukan Muslim jadi peguam syarie 25 Nov
- Dua lokasi rekreasi di Pendang dicemari kencing tikus
- Staf BernamaTV nafi anak sulung Sosilawati kekasihnya
- Zaid ikrar bela, kembalikan kuasa Azizah
- Facebook, Twitter ancam bahasa Melayu
- Kunan dituntut mohon maaf pada PERKASA, NGO Melayu
- Mundurkah Negeri Kelantan ???
- Ahli seksologi: Seks penawar terbaik atasi tekanan
- Remaja asing putus tangan ditetak di majlis kahwin
- Dakwaan taktik kotor: Jenapal cabar Anwar, Azmin b...
- Umno: Pemuda BN jangan campur kemelut PP
- Rais: Rukun Negara hanya didengari tanpa difahami
- Perkasa desak Najib pecat Setiausaha Agung Umno
- Anwar dakwa akaun 1MDB canggah, alami masalah serius
- Pemasyhuran Sultan Kelantan tak sah, Tuanku Ismail...
- Pelabur masih percaya negeri pembangkang
- Pengarang Utusan penuhi agenda tuan politiknya
- Kejutan Ibrahim Ali yang kita tidak terkejut
- PM di Singapura, bincang isu tanah KTMB esok
- Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC ...
- Wang ihsan: Muslihat terbaru Umno serang Guan Eng,...
- Lima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapa...
- Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI
- Wakil BN sokong pinda undang-undang tubuh Kelantan
-
▼
Sep 20
(44)
-
▼
September
(251)
0 comments:
Post a Comment