Walaupun negara mengalami kemerosotan pelaburan asing, negeri pimpinan Pakatan Rakyat seperti Kedah dan Selangor didakwa terus mampu menarik pelaburan luar .
Menurut Ketua Pengerangan PAS, Idris Ahmad (gambar), pada tahun lalu Kedah berjaya menarik pelaburan asing sebanyak RM1.837 bilion dan Selangor RM7.755 bilion.
Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trilion dalam masa sepuluh tahun - yang mana 92% datang dari pelaburan swasta - pasti menimbulkan kemusykilan tatkala pelabur menjauhi pasaran kita.
Katanya, Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan apabila Malaysia didapati antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik.
Katanya, Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan apabila Malaysia didapati antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin BN, khusunya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir melihat tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara sebenarnya menyebabkan ramai pelabur asing takut untuk datang, dan ia mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) merosot sehingga 81 peratus bagi tahun 2008 dan 2009.
Beliau dilaporkan berkata walaupun tindakan pembangkang itu ditujukan kepada kerajaan BN tetapi pihak luar akan melihatnya sebagai keburukan negara.
"Kalau inilah kenyataan daripada anggota kabinet kerajaan BN yang bertanggungjawab mengenai kewangan dan pelaburan ke negara ini, maka BN eloklah menyerahkan mandat kepada Pakatan Rakyat supaya lebih banyak pelabur datang ke negara ini," katanya
Peliau juga berkata, dalam perdebatan isu itu, alasan yang paling lucu keluar daripada mulut Tun Dr Mahathir bahawa pelabur luar tidak ada wang untuk melabur.
Idris juga mempersoalkan bagaimana pelabur hendak datang ke negara ini jika melihat kepada beberapa peristiwa kontroversi dalam negara seperti, "pencabulan" royalti minyak Kelantan, kes VK Lingam dan pengambilahihan kerajaan Perak.
"Pelabur yang hendak datang ke negara ini, bukan pelabur dalam skim Pak Man Telo.
"Mereka mempunyai pakar-pakar pelaburan dan mengkaji tentang keberangkalian serta prospek pelaburan yang lebih kondisif," katanya.
0 comments:
Post a Comment