Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa meminta supaya pemuda PAS dan Pakatan Rakyat tidak terpengaruh dengan provokasi Umno serta menunjukkan contoh akhlak yang baik dalam pilihan raya kecil Dun Galas.
"Kita masuk pilihan raya kecil Dun Galas bukan kerana kematian Chek Hashim (semata-mata) tetapi sebagai tanggungjawab dakwah dan jihad kita," katanya ketika merasmikan pelancaran jentera pemuda PAS di Markaz PAS Kawasan Gua Musang, petang semalam.
Sambil bekerja untuk menang dalam pilihan raya tersebut, katanya pemuda PAS juga diseru supaya menunjukkan akhlak yang baik kepada masyarakat setempat termasuk ahli-ahli BN dan Umno.
Katanya, Pemuda PAS juga mesti mengambil peluang mengimarahkan surau-surau dan masjid-masjid dengan program-program ibadah.
Badrul Hisham yang mewakili Angkatan Muda Keadilan pula mengingatkan kepada Pemuda Umno supaya tidak melakukan provokasi seperti mana di dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
"Saya mengingatkan pemuda-pemuda Umno, ini bukan Bagan Pinang, ini adalah negeri Kelantan," tegasnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat.
Beliau turut menyatakan kesediaan Angkatan Muda Keadilan Rakyat bersama-sama PAS menggalas tanggungjawab di Dun Galas kali ini.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan pula menyeru setiap pemuda PAS mesti bersedia dari segi kekuatan fizikal, mental, dan spritual bagi menghadapi musuh dalam pilihan raya kali ini.
Nasrudin turut mensasarkan sekurang-kurangnya 5,000 pemuda akan turun ke Dun Galas.
Jangan terpengaruh provokasi Umno di Galas
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 6:09 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
October
(291)
-
▼
Oct 11
(18)
- Masalah: Bincang melalui Pakatan, bukan Umno
- Ku Li menggalas beban Umno-BN
- DUN Galas: Najib, Ku Li bertemu tetapi tiada kata ...
- Membangun Bersama Islam: Kelantan menerajui peruba...
- Najib: Saya perlukan sangat kemenangan PRU ke-13
- Presiden MCA ulangi syor 30 peratus ekuiti Bumiput...
- Mustapha: BN tak janjikan projek segera di Galas
- Bekas tentera diperalat sertai himpunan bersama PM
- Pengerusi SPR: Pilihan raya serentak Galas, Batu A...
- PRU 13: Bagaimana kalau Anwar-Ku Li bergabung?
- Najib: Cina bukan pendatang
- Bekerja di luar bukan kerana gagal sedia pekerjaan
- Umno Terengganu anjur konvensyen pulihkan 'kemelut'
- Umno tipu warga emas: Wang 'haram' dikutip Umno
- Jangan dekati Umno kerana ia parti pengkhianat - M...
- DAP Perak sepakat 'tutup mulut'
- Jangan terpengaruh provokasi Umno di Galas
- Plilihan raya kecil ke 13 di Batu Sapi
-
▼
Oct 11
(18)
-
▼
October
(291)
0 comments:
Post a Comment