Presiden MCA ulangi syor 30 peratus ekuiti Bumiputera disemak
Beliau berkata ini juga bagi membolehkan kek ekonomi negara terus berkembang dan mencapai sasaran pertumbuhan pendapatan tinggi sebanyak enam peratus setiap tahun.
Beliau berkata 12 sektor ekonomi utama di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) termasuk minyak dan gas dan telekomunikasi, juga perlu diliberalisasikan.
Bercakap kepada pemberita selepas berakhirnya perhimpunan agung tahunan ke-57 MCA di Wisma MCA di sini, Dr Chua berkata elemen berkenaan amat penting untuk melonjakkan ekonomi negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.
“Setiap warga Malaysia adalah pemegang kepentingan dalam negara ini. Jadi apabila wujud pertumbuhan ekonomi yang baik, setiap orang akan mendapat sekeping daripada kek ekonomi itu.
“Bagaimanapun jika kita tidak berupaya meliberalisasi dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, maka kek ekonomi dan kepingannya yang akan kita peroleh akan menjadi sangat terhad,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Chua menegaskan bahawa ini tidak bermakna “merompak Ali untuk membayar Ah Chong atau sebaliknya”.
Ditanya sama ada parti itu bersedia untuk tidak sependapat dengan Umno berhubung isu nasional tertentu, Dr Chua berkata MCA, sebagai parti politik mono etnik dalam sebuah negara majmuk, harus sentiasa perlu menerima kepelbagaian politik dalam semua parti, namun begitu kepentingan nasional perlu mengatasi kepentingan parti
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:17 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
October
(291)
-
▼
Oct 11
(18)
- Masalah: Bincang melalui Pakatan, bukan Umno
- Ku Li menggalas beban Umno-BN
- DUN Galas: Najib, Ku Li bertemu tetapi tiada kata ...
- Membangun Bersama Islam: Kelantan menerajui peruba...
- Najib: Saya perlukan sangat kemenangan PRU ke-13
- Presiden MCA ulangi syor 30 peratus ekuiti Bumiput...
- Mustapha: BN tak janjikan projek segera di Galas
- Bekas tentera diperalat sertai himpunan bersama PM
- Pengerusi SPR: Pilihan raya serentak Galas, Batu A...
- PRU 13: Bagaimana kalau Anwar-Ku Li bergabung?
- Najib: Cina bukan pendatang
- Bekerja di luar bukan kerana gagal sedia pekerjaan
- Umno Terengganu anjur konvensyen pulihkan 'kemelut'
- Umno tipu warga emas: Wang 'haram' dikutip Umno
- Jangan dekati Umno kerana ia parti pengkhianat - M...
- DAP Perak sepakat 'tutup mulut'
- Jangan terpengaruh provokasi Umno di Galas
- Plilihan raya kecil ke 13 di Batu Sapi
-
▼
Oct 11
(18)
-
▼
October
(291)
0 comments:
Post a Comment