Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak dihalang sepenuhnya untuk terlibat dalam politik terutama ketika pilihan raya sekiranya mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan.
"Jika pelajar sekadar mahu mendengar atau memantau pilihan raya, kementerian tidak akan menghalang tetapi jika mereka membabitkan diri secara langsung seperti berkempen atau menjadi ejen parti politik, itu tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Reaching Out...Making The Difference' di Universiti Sains Malaysia (USM) di Georgtown hari ini.
Mohamed Khaled berkata sebelum ini terdapat pelajar yang terlibat secara langsung dalam politik walaupun menyedari tindakan itu salah.
"Mereka seolah-olah mahu melihat sama ada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) itu akan dilaksanakan atau tidak," katanya.
Hakim Datuk Aziah Ali menolak dengan kos permohonan injunksi oleh pelajar-pelajar berkenaan untuk menyekat UKM daripada mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka kerana dikatakan berkempen pada pilihan raya kecil bagi kawasan Hulu Selangor pada April lepas.
0 comments:
Post a Comment