KALAU SUDAH BIASA BERMAIN NAJIS…


Kalau sekitar 1997-2000, merekalah yang menggerakkan massa untuk berhimpun dan memprotes di jalan-jalan raya sambil melaung-laungkan perkataan REFORMASI, sekarang kelompok inilah juga yang buat onar dalam parti mereka sendiri dengan menggunakan kaedah yang sama. Kalau dahulu, merekalah yang menjaguhkan diri dengan perkataan DEMOKRASI, sekarang ternyata dan terbukti, merekalah yang menjadi hantu dan iblis di dalam parti yang mereka tubuhkan 10 tahun lalu.

Itulah situasi yang sedang berlaku di dalam PKR. Anwar Ibrahim yang menjadi pemangkin mereka untuk mendesak agar negara ditransformasikan mengikut acuan dan keinginan mereka sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional yang digabungkan dengan sebuah parti HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU, PSRM sehingga mewujudkan Parti Keadilan Rakyat, kini Anwar Ibrahim jugalah yang menjadi musuh utama mereka.
Dari sehari ke sehari, parti berkenaan tidak menjadi bertambah baik, bahkan semakin menunjukkan keretakan kepimpinan dan merudumnya sokongan akar umbi. Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi keramat hidup dalam parti tersebut. Sebaliknya dia dilihat sebagai pembawa masalah besar kerana sokongannya yang tidak berbelah bahagi dan kasih sayang sejatinya kepada Azmin Ali.
35 orang pemimpin utama yang mencetuskan revolusi REFORMASI dan hadir pada awal penubuhan PKN dan PKR, telah pun meninggalkan Anwar Ibrahim dan parti tersebut. Hampir kesemuanya meletakkan kesalahan dan punca serta asbab-musabab mereka keluar dari PKN dan PKR kepada Azmin Ali. Pemimpin-pemimpin di dalam PKR yang tinggal kini, hanyalah saki-baki daripada hampas-hampas yang tidak mendapat tempat atau diberikan perhatian pada peringkat awal, tetapi berjaya menonjolkan diri apabila hampir kesemua penggerak massa pada zaman awal kewujudan parti tersebut, keluar parti.
Ketika artikel ini ditulis, satu lagi demonstrasi diadakan di hadapan ibu pejabat parti tersebut yang diketuai oleh bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P.Jenapala. (Malaysiakini)
Demonstrasi yang digemari, demonstrasi juga yang dihadapi. What goes around, comes around… itu peribahasa orang putih yang sangat bersesuaian dengan apa yang berlaku dalam PKR. Walaupun Wan Azizah yang suaranya adalah suara Anwar Ibrahim sendiri menegaskan, tindakan tegas yang akan diambil kepada ahli-ahli yang memberontak, ternyata ia tidak menakutkan mereka.
Ketka di dalam UMNO, Anwar memperkenalkan satu kaedah untuk mendapatkan jawatan iaitu RASUAH dan PENYELEWENGAN KUASA. Hasilnya, dia berjaya menggulingkan Tun Ghaffar Baba, manakala Team Wawasannya yang terdiri daripada Najib Abdul Razak, Muhyiddin Yassin, Rahim Thamby Chik dan Mohamad Hj. Mohd Taib menang besar. Bagaimanapun, dalam persidangan UMNO tahun berikutnya, pengurusan UMNO telah mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Menangani Rasuah. Malangnya pengerusi jawatankuasa tersebut adalah Anwar Ibrahim sendiri.
Anwar Ibrahim hampir berjaya di dalam UMNO untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Mahathir, namun kuasa Allah Taala telah menjatuhkan Anwar secara hina dan penuh keaiban. Anwar Ibrahim bukan sahaja dipecat dari UMNO bahkan turut dituduh di mahkamah kerana melakukan persetubuhan luar tabie selain rasuah penyelewengan kuasa, yang menyaksikan Anwar Ibrahim bersalah untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan.
Kini dalam partinya sendiri, PKR, amalan tersebut dilakukan secara sewenang-wenangnya. Anwar dituduh melakukan segala ‘rasuah’ dan ‘penyelewengan kuasa’ untuk membolehkan Azmin Ali dan pemimpin-pemimpin pilihannya untuk menang dalam pemilihan agung parti.
Hasilnya, terbubarlah beberapa Cabang PKR dan keluarlah beberapa orang tokoh mereka, termasuklah Zaid Ibrahim selain tunjuk perasaan yang setakat ini masih lagi diadakan secara kecil-kecilan dan tidak bersepadu.Umum melihat tidak mustahil satu perarakan besar-besaran akan diwujudkan oleh fraksi-fraksi PKR yang tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim-Azmin Ali dalam tempoh terdekat ini. Sekalipun usaha untuk memantapkan parti diadakan dengan menggunakan penyelewengan fakta dan data, namun usaha-usaha berkenaan jauh daripada mendatangkan hasil yang baik, sebaliknya menambah parahkan PKR.
Itulah yang dikatakan, kalau sudah terbiasa bermain dengan najis….
Penulis: ANON00

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:53 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III