ISLAM
1. Menghina ulama: Ulama dipersendakan, diperlekehkan, diejek-ejekkan dan paling ketara dituduh sebagai penipu. Semua orang tahu apa yang berlaku pada bekas Mufti Selangor Dato’ Ishak Baharom selepas tindakannya ke atas penyertaan 3 gadis Melayu dalam pertandingan ratu cantik. Sejumlah besar rakyat sudah mendengar rakaman penghinaan dan fitnah yang dilemparkan kepada Prof Harun Din. Ulama yang memasuki Persatuan Ulama dipersoalkan, seolah-olah semua orang boleh jadi ulama bila saja menyertai persatuan.
Tindakan memecat Mufti yang menjalankan tugas mengikut hukum tanpa mengira pangkat dan kedudukan seseorang dan menghalang para pendakwah (tindakan gam dari keluar di siaran TV) daripada menyatakan perkara yang hak adalah tindakan menghalang dakwah dan amalan amal makruf nahi mungkar yang disuruh oleh agama. Ulama penyokong pemerintah seperti telah dibutakan mata dan hatinya. Mereka sanggup melihat kemungkaran bermaharajalela di depan mata. Sampai hati mereka menafsir ayat-ayat Quran dan hadis secara dangkal atau sekadar melihat pada permukaan sahaja. Setiap isu yang diulas oleh mereka selalunya untuk menyetujui apa yang pemerintah mahukan. Bagi mereka ulama hanya diperlukan untuk membaca doa di majlis rasmi, menentukan anak bulan Syawal dan Ramadhan nampak atau tidak, menghakimkan tajuwid, mengendalikan nikah kahwin dan memberikan bimbingan fardhu ‘ain yang dibataskan skopnya. Tuan Guru Nik Aziz dihina sedemikian rupa bagi menunjukkan ulama tidak layak langsung untuk menjadi pemerintah. Terbaru, kedapatan tulisan “Ulama Penipu” di merata tempat, bagaikan tulisan tersebut sengaja direncanakan.
2. Ketiadaan sistem pembangunan rohani dalam perlembagaan negara dan sistem pemerintahan menjadikan masyarakat Malaysia pincang. Inilah antara punca meningkatnya keruntuhan moral muda-mudi, akidah dan akhlak remaja Melayu hancur lebur, umat Islam menjadi jahil, kepimpinan tidak berminat kepada Islam, remaja tidak tahu membaca al-Qur’an, hilang keyakinan pada Islam dan berbagai-bagai lagi masalah sosial. Apa tidaknya jika seorang pemimpin Islam sendiri menganggap ucapan salam sama saja seperti ucapan selamat pagi, jadi baginya semua di duniani sama ajela.
3. Menolak dan mempersendakan hukum hudud (hukum Al-Qur’an). Tiada penganut ugama lain yang sanggup mempersendakan agama sendiri biarpun sebahagian dari mereka sedar bahawa agama mereka banyak yang kurang. Tapi tidak pada kepimpinan Umno. Mereka memberi amaran akan mengambil tindakan jika Kelantan melaksanakan hukum hudud. Mereka juga perli, jika hudud terlaksana orang Islam ramai kudung tangan kerana mencuri dan akan habislah batu di jalan raya digunakan merejam penzina. Nak makan sup tangan pergilah Kelantan. Tapi, bila bercakap depan penyokong mereka…kenapa kerajaan Kelantan tak laksanakan hukum hudud sedangkan mereka yang memerintah Kelantan. Inilah manusia lidah bercabang di negara kita. Mahathir juga pernah mengatakan, “ Hukum rejam kepada penzina adalah primitif” (Nilam Puri, 3 Mac 1994).
4. Menghina dan memperleceh sunnah Nabi s.a.w.”Siapa pernah tengok janggut Nabi. Masa zaman dia tak ada Gillette, itu sebab dia tak cukur janggut.” Diucapkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi ketika membincangkan isu perlucutan jawatan Mufti Selangor dan bahaya fahaman Syiah.
5. Mempersendakan kaedah perubatan mengikut Al-Qur’an. Air yang dijampi dikatakan amalan kolot dan tak mengikut zaman. Prof. Harun Din dihina sebagai menjampi secara ‘mass production’ dan mendapat pendapatan lumayan dari penjualan air tersebut.
6. Menghina amalan memakai purdah/bertudung. Kata mereka zaman nabi orang Arab punya nafsu kuat, suka culik dan rogol wanita, sebab itu mereka pakai tudung. Orang tua tak perlu lagi pakai, kerana orang tengok pun dah tak ada nafsu. Isteri dan keluarga Mahathir serta sekutunya tidak dipaksa memakai tudung agar menutup aurat. Disebaliknya orang yang memakai pula diperkecilkan.
7. Membelakangkan syariah – kes DSAI yang difitnah melakukan hubungan seks sejenis adalah sangat serius. Setiap tuduhan yang dilemparkan mengikut syariah perlu dibawa 4 orang saksi yang boleh dipercayai, jika ketiadaan saksi maka orang yang dituduh itu hendaklah bersumpah bagi pihak dirinya bahawa beliau tidak melakukannya dan hukuman seterusnya terpulanglah ke atas keadilan Allah s.w.t. di kemudian hari kelak.
8. Mempersoalkan pejuang Islam yang mati syahid dalam ucapannya di Kuala Ketil suatu ketika dulu; “Sayyidina Hamzah yang gugur di Uhud tidak dimandikan kerana tidak ada air, kerana terkorban di tengah-tengah padang pasir”.
9. Pusat Islam hanyalah sebagai alat propaganda kerajaan dan bukannya digunakan untuk kemaslahatan ummah. Ulamak yang ada dalam pemerintah hari ini bacul dan takut mempertahankan Islam demi menjaga hati Mahathir, mereka begitu takut sekali menasihati kemungkaran pemerintah.
10. Mengeksploitasi ahli jawatankuasa masjid, JKKK, imam dan bilal agar menjalankan dakyah dan propaganda pemerintah. Mereka dihalang malah diambil tindakan jika terdapat aktiviti atau program keagamaan yang berbau politik ataupun penentangan terhadap apa yang sedang berlaku di dalam negara.
11. Umno adalah parti anti Islam. Dalam perlembagaan Umno, Islam disebut sekali imbas sahaja. Umno mengamalkan sistem sekular yang membezakan ugama dan politik. Bagi mereka keduanya adalah bidang yang berlainan yang tidak boleh dicampur aduk. Islam juga disekat dalam sistem pendidikan (sepertimana kes 3 kanak-kanak sekolah berserban), Islam diajar hanya sebagai transparent antara guru dan murid, tak lebih dari itu sedangkan dalam Islam ilmu diajar untuk penghayatan. Pemimpin bukan Islam BN sudah berani menghina Islam, bilamana Samy Vellu berani cakap, “Apa Quran boleh bikin lebuhraya ka?” dalam satu ceramah di Sg Siput (Detik 15 Okt). Ling Liong Sik mengatakan kononnya “sebarang usaha untuk melaksanakan pemerintahan Islam seolah-olah memusing jam ke belakang”. Sedangkan bagi mereka memang mahu melihat para remaja melepak di tempat hiburan, bar, kelab malam, disko, karaoke sambil minum arak dan menagih pil khayal dari malam hingga pagi kerana inilah lambang ‘kemakmuran ekonomi’, yang diidamkan oleh mereka; “Good business for them, why worry?.”
12. Memperkecilkan soal murtad. Soal murtad tidak langsung dianggap penting dan merbahaya bagi umat Islam. Hamid Osman mengulas, “murtad soal kecil, kita ada banyak agenda lain yang lebih penting” bila disoal. Dibawa usul ke Parlimen oleh PAS ditolak mentah-mentah. Dibuat janji nak perkenalkan undang-undang mencegah murtad, tapi hingga sekarang tak ada sikitpun usaha ke arah itu. Persoalannya sekarang tak ada siapapun tahu di Malaysia ini berapakah jumlah sebenar manusia Islam yang sudah murtad, kecuali Allah s.w.t. Mufti WP Datuk Hashim Yahya, mendedahkan terdapat 3,000 orang memohon untuk keluar dari Islam di KL. Merujuk pada bancian tahun 1980, dari 6.1 juta orang Melayu di Sem Malaysia, seramai 4,766 Melayu menganut Kristian, 522 Hindu, 746 Buddha dan 456 kembali menganut agama Confucianisma dan Taoisma. Ingatkah lagi dengan kes Suzie Teoh dan Jassiza Zurich (1988), Norbaizura Abdullah (1990), Hartina Kamaruddin dan Nor Aisyah Bokhari (1997).
13. Ajaran sesat berleluasa. Dari 55 kumpulan (1998) meningkat kepada 82 (Mei, 1999). Kenapa begitu sekali ianya terjadi. Salah satu faktor penyebab, kurangnya penekanan pada pendidikan agama sejak dari kecil (waima tadika). Sistem pendidikan negara di bawah BN berkecamuk.
14. Menyalahkan kaum Yahudi dan Soros bila ekonomi gawat, paling ketara sering menyalahkan pihak barat yang kununnya ingin menjajah negara. Tapi siapa yang jemput pemain kriket Yahudi/Israel. Kaum apakah Penasihat Ekonomi Negara Smith and Barney? Bangsa apakah perunding kempen pilihanraya BN tahun 1986, Sachi & Sachi.
15. Pemimpin Umno sanggup membiarkan diri mereka dipergunakan tanpa memikirkan kehinaan yang akan menimpa dirinya; lihat saja dengan Dollah Badawi yang sanggup mempengerusi hal ehwal babi bila kes JE meletus. Beliau juga sanggup turun untuk merasmikan tokong (rumah ibadat bukan Islam) di Kepala Batas, Jun 1999. Bekas Ketua Polis Negara, Hanif Omar boleh mengatakan tidak tersebut di dalam al Qur’an sebarang larangan melibatkkan diri dalam aktiviti perniagaan judi. Gajinya sebesar RM50,000 sebulan sebagai Timb Pengerusi Genting Berhad (syt judi ternama) mungkin menjadi penyebab kenapa beliau bertegas begitu.
16. Mengaku Umno mendaulat dan melaksanakan dasar-dasar Islam hingga menjadi negara Islam contoh. Apa yang berlaku adalah pelbagai kemungkaran yang wujud di sana-sini. Mahathir megah dengan mengatakan Umno parti Islam ketiga terbesar di dunia. Kerajaan Umno banyak bina masjid, universiti Islam, bank Islam, anjur musabaqah. Ulama-ulama besar dari luar dijemput datang hanya untuk dipertontonkan pusat-pusat pentadbiran berbentuk Islam bagi mengabui mata mereka, sedangkan tempat-tempat maksiat yang bercambah dilindungi. 17. Menganggap ahli pembangkang sebagai menganuti fahaman Syiah dan Khawarij, sedangkan sistem pemerintahan yang ada sekarang pula berkonsepkan ala Syiah Sekular tak disedari oleh mereka. Penggunaan kitar semula istilah Syiah dan Khawarij menunjukkan kedangkalan isu politik Umno masa kini.
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
December
(273)
-
▼
Dec 19
(20)
- TERJAH UMNO / BN - HUBUNGAN ANTARABANGSA
- TERJAH UMNO / BN - POLITIK NEGARA
- TERJAH UMNO / BN - ISLAM
- TERJAH UMNO / BN - KEBAJIKAN, ALAM SEKITAR & PENDI...
- TERJAH UMNO / BN - MORAL & SOSIAL
- TERJAH UMNO / BN - KETUANAN DAN HAK ORANG MELAYU
- TERJAH UMNO / BN - EKONOMI
- SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO BN TERHADAP RAJA MELAYU???
- Masakan Dewan Pemuda PAS Perak Sebodoh Ini?
- KALAU SUDAH BIASA BERMAIN NAJIS…
- Kenapa Di Hina Orang Kahwin?????
- Kenduri Nikah Badrul Amin Di Sponsor Oleh Zuraida ?
- Hak-hak anda bila Ditahan Polis Malaysia
- Sampai bila kita mahu ditipu oleh politikus yang t...
- Skandal Selangor (1): Yayasan Selangor Dirompak (II)
- PENJARA PUDU: PALING RAMAI DIGANTUNG DI PENJARA INI
- Kurang Belajar @ Biadap @ Pikir Sendirilah... (PAR...
- SEJARAH PENJARA PUDU
- Bapa borek anak rintik: Contoh keluarga pemimpin '...
- SEJARAH COCA~COLA
-
▼
Dec 19
(20)
-
▼
December
(273)