KDN larang penerbitan buku tulisan Kim Quek

Kementerian Dalam Negeri telah mengenakan perintah larangan terhadap sebuah buku tulisan Kim Quek yang boleh menghasut pembaca untuk membenci Perlembagaan.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku bertajuk “The March to Putrajaya-Malaysia’s New Era Is At Hand” tidak sesuai untuk bacaan umum.

“Bahan penerbitan itu dikenakan Perintah Larangan kerana isi kandungannya mempunyai unsur-unsur tohmahan dan spekulasi serta tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap pemimpin negara serta boleh menimbulkan kebencian dan kemarahan masyarakat.

“Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Taib: Kerusi Bumiputera cukup, BN yakin majoriti selesa DUN Sarawak

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan majoriti selesa pada pilihan raya negeri yang akan datang berdasarkan kepada bilangan kerusi Bumiputera.

Pilihan raya disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang, tetapi kemungkinan besar awal tahun depan.

Mandat semasa akan berakhir Julai 2011.

Namun, katanya, beliau akan kecewa jika kerajaan negeri yang bakal dibentuk  tidak mempunyai bilangan wakil kaum Cina yang besar.

Dipetik Bernama, beliau berkata demikian pada Ramah Tamah Aidilfitri yang dihadiri 3,000 orang kebanyakan masyarakat Cina. Ucapannya diterjemah ke bahasa Mandarin.

Galas: Muhyiddin lari dari tanggungjawab, kata PAS

Tindakan timbalan perdana menteri yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyerahkan jentera pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas dianggap sebagai "lari daripada tanggungjawab", kata naib presiden PAS, Salahudin Ayub.

Katanya, telah menjadi kelaziman bagi BN meletakkan tanggungjawab pengarah pilihanraya di atas bahu timbalan perdana menteri tetapi kali ini, Muhyiddin menyerahkan beban itu untuk digalas oleh Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
"Kenapa Umno lari daripada norma biasa di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin, yang mana (beliau) akan menjadi pengarah pilihan raya setiap kali pilihan raya kecil berlaku bagi BN.

"Kali ini kenapa dia (Muhyiddin) lari. Mana janjinya untuk jambatan di Manek Urai. Mana janji dia untuk memberikan sumbangan untuk warga tua di Manek Urai. Ke mana dia lari?" katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Pensyarah: Pelantikan Ku Li lebih efektif jejas undi BN

Para penganalisis berpendapat, pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas bergantung kepada peranan yang bakal dimainkan oleh veteran Umno itu.

Seorang pemerhati politik berkata, Tengku Razaleigh yang juga wakil rakyat bagi kawasan parlimen itu akan memberikan kelebihan kepada PAS berdasarkan keadaan semasa.

"(Tengku Razaleigh) lebih efektif dalam menjejaskan undi BN, bukannya menarik lebih banyak undi," katanya pensyarah fakulti ekonomi dan sains polisi UCSI Ong Kian Ming.

Jelasnya, perkara itu dilihat apabila Tengku Razaleigh giat bercakap mengenai isu royalti minyak dan ini membuka peluang kepada serangan oleh PAS kerana BN tidak banyak membuat penjelasan mengenai isu berkenaan.

'Perang' PERKASA: Siswa berdemo sokong 'Nah'

Kira-kira 100 mahasiswa Kolej New Era di Kajang hari ini berhimpun bagi menuntut pentadbiran universiti itu menarik balik pembatalan program Namewee di tempat mereka malam ini.

Kumpulan yang dipimpin oleh majlis perwakilan mahasiswa dan persatuan pengajian medianya antaranya bagi menyatakan sokongan kepada penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi itu.

Mereka mempertikaikan tindakan kolej berkenaan yang membuat pembatalan mengejut itu tanpa mendapatkan sebarang pandangan daripada mahasiswanya.

Kolej New Era tidak memaklumkan keputusan pembatalan itu sebelum membuat kenyataan kepada pihak media, dakwa mereka.

'Perang' PERKASA: Kolej Dong Zong kecut

Program Namewee di Kolej New Era di Kajang malam ini dibatalkan ekoran amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk 'mengekori' ke mana saja penyanyi rap kontroversi itu mengadakan siri jelajahnya.

namewee photo burnt by perkasa members 2Menurut kolej milik NGO pendidikan Cina terbesar Dong Zong itu, pembatalan itu disebakan mereka tidak gembira dengan insiden yang berlaku di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada malam Selasa.

"Bagi menghindarkan dan melindungi keselamatan, program Namewee yang sepatutnya berlangsung pada jam 7.30 malam ini dibatalkan," demikian menurut satu kenyataan.

Tahniah kepada PERKASA

PERKASA: Batal persembahan saja tak cukup

Pembatalan persembahan sahaja tidak cukup, Namewe seharusnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya mengeluarkan video kontroversi 'Nah!', kata Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).


Arman Azha Abu Hanifah berkata NGO itu tidak berganjak daripada gesaan awal sebelum ini supaya penyanyi rap dan pengarah filem daripada Johor itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika tidak, tambahnya, anggota PERKASA akan terus membantah Namewee di mana-mana persembahannya di seluruh negara dilangsnung.

Penyelewengan Felda bukti Umno khianat Melayu

Kemenangan peneroka Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda membuktikan bahawa badan berkanun yang dikuasai Umno itu adalah benar-benar pengkhianat Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub berkata ianya juga menjelaskan lagi bahawa sememangnya berlaku penyelewengan dan penipuan biarpun dinafikan berkali-kali pihak Felda.

"Kemenangan peneroka Felda baru-baru ini memang menampakkan penyelewengan, penipuan serta salah guna kuasa (oleh) Felda ke atas peneroka."

"Kalau benar Umno mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Melayu, 99.9 peratus peneroka yang terbabit adalah peneroka-peneroka Melayu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau mengulas kemenangan kes 10 peneroka dari Felda Sungai Koyan 2 dan 3 semalam.

Perkauman: Orang kaya Umno peralat rakyat miskin

Orang-orang kaya Umno yang mengapi-apikan perkauman dengan memperalatkan rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan meningkatkan pertumbuhan dan kekayaan negara untuk mengurangkan perkauman, beliau menyifatkan pandangan tersebut sebagai pandangan yang dangkal.

"Barangkali kerana pandangan sedemikianlah Umno, Utusan Malaysia, Perkasa malah Dr Mahathir sendiri memperalatkan cakap-cakap bahawa ekonomi orang-orang Melayu masih ketinggalan untuk mengapi-apikan perkauman.

Umno didesak buktikan penerima kembalikan wang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendesak Umno negeri supaya membuktikan dakwaan mereka bahawa seramai 40 orang warga emas yang menerima wang dalam program sumbangan warga emas sebanyak RM100 seorang sebelum ini telah memulangkan wang tersebut.

Mereka dikatakan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis yang diadakan oleh Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim di Pusat Khidmat Dun itu kerana tidak berpuas hati setelah didakwa wang tersebut adalah hasil dari sumber judi Kelab Lumba Kuda.

Exco Kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang media pagi tadi menafikan dakwaan Azhar itu.

Beliau menyifatkan Azhar dan Umno Pulau Pinang cuba menjadi hipokrit dengan memperalatkan warga emas bagi mendapat simpati yang telah hilang terhadap mereka selama ini.

Mais: Pemuda PAS mohon Sultan bertindak

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor memohon perkenaan Sultan Sharafuddin Idris Shah agar mengambil tindakan setimpal ke atas Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa kerana telah terlibat dalam program yang mempunyai unsur politik kepartian pada 10 Julai lalu.


Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, program tersebut dinamakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Gotong Royong Perpaduan Bersepadu Felda Soeharto Hulu Selangor yang diadakan di masjid tersebut yang dihadiri Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan a/l P Panchanathan.

Gelaran Tengku Temenggong ditarik balik

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini menarik balik gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunus) yang dianugerahkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiesri Alias, berkata turut dilucutkan, Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi 1).

Menurutnya, penarikan itu telah dimaklumkan kepada Muhammad Fakhry Petra sendiri hari ini melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya.

“Surat itu dihantar kira-kira pukul 10.00 pagi tadi oleh wakil saya, Mohd Rusdi Ismail di Istana Mahkota, Kubang Kerian kepada kakitangan istana berkenaan,” ujarnya.

Pengarah p’raya umpama kata dua buat Razaleigh

PAS menyifatkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan raya Umno dan BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas sebagai kata dua kepadanya yang menyokong tuntutan royalti Kerajaan PAS Kelantan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, jelas ianya tindakan terdesak Umno kerana ternyata parti itu amat bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas semula Dun berkenaan.

Ini, katanya walaupunUmno tahu Tengku Razaleigh tidak sealiran dengan pemimpin tertinggi Umno dan perlantikannya adalah risiko terbesar yang perlu Umno tangani sepanjang kempen.

PAS, tambahnya yakin perlantikan Razaleigh juga membuktikan Umno sebenarnya hilang keyakinan di Galas tetapi mahu memberikan tekanan kepada veteran Umno itu sendiri sebagai membuktikan kesetiaanya kepada parti itu.

“Ianya umpama kata dua kepada beliau, sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuang untuk kepentingan Umno,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Transformasi ekonomi akan gagal di bawah Umno BN

Intipati ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Hubungan Luar (CFR) yang berlangsung di New York, semalam (29 Oktober) mengenai Program Transformasi Ekonomi  (ETP) di Malaysia adalah merupakan satu lagi ucapan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam negara kita.

Perdana Menteri bersyarah mengenai satu paradigma baru yang perlu dilakukan oleh Malaysia sebagai keperluan untuk menyesuaikan Malaysia dengan persekitaran global untuk bersaing dengan pasaran China, India dan Vietnam.

Mata memandang hati memerhati

TAKTIK propaganda Umno - apa saja mereka bangunkan projek tidak kira, sekolah, bangunan, masjid, jambatan ataupun jamban tahi maka akan ditunjukkan kepada umum. Satu signboard gergasi akan dibangunkan di sisi projek berkenaan dengan tulisan terang berbunyi; Projek Kerajaan Persekutuan guna untuk bersohor kepada rakyat kononnya mereka sajalah mengambil berat hal ehwal rakyat.

Mungkin kalau Umno tidak berbuat begitu orang tidak tahu yang projek itu dibangunkan oleh mereka. Bagi UBN mereka beranggapan rakyat negara ini masih buta huruf dan buta akal fikiran tidak tahu bahawa segala projek di negara ini dibangunkan oleh kerajaan Persekutuan yang ditunjungi UBN makanya ia kena ditonjolkan pada papan tanda. Mereka beranggapan rakyat belum memahamai sistem demokrai dan pentadbiran.

Galas: Calon PAS pilihan rakyat

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata PAS hanya akan memilih calon yang menjadi pilihan rakyat dan bukannya lain-lain pihak.

Menurutnya, ini kerana rakyat yang ingin memilih wakil rakyatnya, maka calon yang bakal dipilih untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas nanti akan diambil kira dari pandangan mereka.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi Sidang Dun Khas Kelantan berakhir pagi tadi ketika diminta mengulas berhubung bakal calon yang akan dipilih.

Galas: Bukti Umno takut pengaruh Razaleigh

Umno terpaksa melantik Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Pengarah Pilihanraya Umno PRK Galas. Tindakan ini dilihat sebagai luarbiasa kerana dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelumnya, pengarahnya mestilah Timbalan Presiden Umno ataupun Naib Presiden Umno. Terbukti Umno takut kepada Tengku Razaleigh Hamzah kerana pengaruh beliau yang kuat di Gua Musang.

Jarang sekali perkara sebegini berlaku. Sepatutnya Ku Li boleh membaca strategi Umno yang menggunakan pengaruhnya bila terdesak tetapi melihatnya macam sampah pada waktu yang lain terutama semasa pemilihan.

Lagu tema Upin Ipin bawa pesan persahabatan

Padi, sebuah kumpulan muzik sedang meningkat di Indonesia melancarkan album single, semalam dengan lagu berjudul "Sahabat Selamanya" untuk lagu tema siri kartun Malaysia "Upin Ipin", yang membawa pesan persabahatan Malaysia-Indonesia.

Penghormatan yang diberikan oleh produser kartun Upin Ipin itu kepada kumpulan muzik itu, sekaligus menjadi daya usaha diplomasi budaya dua negara bersahabat, di tengah-tengah ketegangan hubungan Malaysia-Indonesia sejak pertengahan Ogos lalu.

Walaupun penerbitan album single ini pada awalnya bukan bertujuan mengurangkan ketegangan suasana, namun kehadirannya diharap dapat menyejukkan hati masyarakat kedua-dua negara.

Isu BTN: 1 Malaysia lalui tugas berat, Najib perlu sokongan awam

Najib (kedua kanan) digesa segera menangani tindakan agensi kerajaan yang bertentangan dengan 1 Malaysia. — gambar fail

Kenyataan menyentuh sensitiviti kaum yang terbaru melibatkan parti politik dan Biro Tata Negara (BTN), menurut penganalisis politik, menunjukkan  kepimpinan Datuk Seri Najib Razak berhadapan dengan tugas berat dalam menjayakan konsep 1 Malaysia.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin berkata kenyataan yang dikeluarkan pegawai kanan BTN pada majlis anjuran Puteri Umno memperlihatkan ia bertentangan dengan konsep 1 Malaysia yang dibentuk Perdana Menteri.

Kerjasama padu kerajaan dan sultan untuk rakyat

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, berkata Kerajaan Kelantan akan sentiasa memberi kerjasama yang padu pada Sultan Muhammad Ke-V, dalam apa juga urusan untuk perpaduan dan kepentingan rakyat.
Beliau berkata demikian ketika  menggulung perbahasan cadangan merafak sembah perlantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Muhammad Ke-V dalam persidangan Dun Khas yang berlangsung sebentar tadi.

Menurutnya, kerajaan Kelantan turut merafak sembah terhadap perlantikan itu dan akan sentiasa memberi kerjasama kepada baginda.

Pada masa yang sama, Ahmad yakin program kebajikan rakyat yang dilaksanakan oleh ayahanda baginda sebelum ini dapat diteruskan oleh Sultan Muhammad Ke-V .

Dun Kelantan rafak sembah Sultan Muhammad ke-V

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan Khas yang bermula kira-kira jam 9.00 pagi ini merakamkan ucapan tahniah (merafak sembah) dan sembah taat setia kepada Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad ke-V.
Cadangan merafak sembah (ucapan tahniah) yang mewakili kerajaan negeri dan rakyat Kelantan dikemukakan Ustaz Abdullah Yakob (PAS-Air Lanas) (kanan) sebentar tadi yang disokong oleh Drs Zainuddin Awang Hamad (PAS-Limbongan) (kiri).

Turut menyokong cadangan ucapan tahniah itu, Ketua Pembangkang, Datuk Alwi Che Ahmad, (BN-Kok Lanas).

Abdullah ketika berucap membentangkan cadangan rakaman tahniah itu berkata perlantikan dan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad ke-V dinanti-nantikan oleh rakyat seluruhnya.

Pengasas Pondok Pak Teh kembali ke rahmatullah

 
Pengasas Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau lebih dikenali Pondok Pak Teh, Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.
Tuan Guru Abdul Latif yang mesra dengan panggilan Pak Teh mendirikan pusat pengajian itu pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya pernah menjadi kontroversi. Setelah 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah seluas 45 hektar untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelum itu tetapi tidak diluluskan.

Kes liwat: Kerajaan Malaysia tidak tentang Anwar tapi stafnya, kata Najib

Najib berkata kes liwat Anwar adalah hanya antara dia dan penuduhnya, Saiful.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, kerajaan Malaysia pimpinan beliau tidak menentang Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan kes liwat buat kali kedua dalam satu dekad lalu.

Dipetik Bernama, Najib menjelaskan, kes itu muncul selepas salah seorang kakitangannya sendiri yang telah memfailkan satu laporan polis terhadap beliau.

Anwar dan penyokongnya mendakwa beliau diperangkap dan kes terbaru ini didalangi oleh kepimpinan Najib dan Umno.

Tiup api perkauman, PAS gesa mansuh BTN

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar Biro Tata Negara (BTN) yang menjadi gelanggang untuk meniupkan api perkauman di negara ini dimansuhkan.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta memberikan pandangan mengenai laporan sebuah portal online yang menyiarkan kenyataan berbaur perkauman oleh Timbalan Pengarah BTN, Hamim Husin dalam satu sesi agensi itu.

Hamim didakwa melabelkan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India sebagai 'si mata sepet’ dan ‘si kaki botol’ yang turun naik Batu Caves semasa sesi tertutupnya dengan Puteri Umno, Isnin lalu.

Galas: Dewan Himpunan Penyokong PAS tawar calon

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersedia menggalas tanggungjawab jika parti itu mahu meletakkan calon berbangsa Cina bagi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, jika itu yang telah diputuskan pucuk pimpinan parti itu.

Ketua dewan itu Hu Pang Chaw berkata pihaknya tidak ada masalah untuk meletakkan calonnya pada pilihan raya itu memandangkan mereka mempunyai calon yang sesuai dengan kedudukan pengundi di kawasan itu.

“Kami tidak meminta pucuk pimpinan PAS memilih wakil kami sebagai calon, tetapi kami bersedia untuk calonkan wakil kami dalam pilihan raya kecil itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

UMNO kutip semula wang warga emas RM100 - Kempen Galas bermula

Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.

Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.

Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini.

Kertas siasatan kes Namewee dihantar ke peguam negara seminggu lalu

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kertas siasatan berkaitan kes Namewee sudah dikemukakan kepada Peguam Negara seminggu yang lalu.

“Ia melibatkan beberapa kes berkaitan termasuk kes guru di Johor,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Terima Kasih Jawatankuasa Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-53, Tahun 2010 di sini.

Beliau yakin Peguam Negara akan menggunakan kebijaksanaan dalam menjalankan pendakwaan berkaitan kes ini.

Nik Aziz: Tak perlu parti orang Melayu selain PAS

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengajak anggota Umno agar menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PASS itu berkata ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut.

“Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari PAS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Baru, di sini hari ini.