Portal berita, TV layak jadi ahli penuh NUJ

Ketika orang ramai ramai, termasuk pemberita menyangkakan keahlian Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hanya ekslusif untuk media cetak, presiden barunya Hata Wahari mendedahkan sebaliknya.

Katanya, perlembagaan NUJ tidak pernah meletakkan syarat yang menghalang media baru dan wartawan penyiaran bagi mengganggotainya sebagai ahli penuh.

"Dlam perlembagaan NUJ tiada halangan (terhadap) siapa hendak tubuhkan kesatuan sekerja.

"Maknanya, dia boleh tubuhkan NUJ cawangan Bernama TV (contohnya). Boleh, tak ada masalah," katanya.

Umno BN tidak tentang judi tapi lulus lesen

Sepanjang perjuangan dalam politik negara, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menentang kewujudan judi dalam negara ini.

Sejak menerajui negara, Umno dan BN banyak meluluskan lesen judi seperti Toto, Magnum, Empat Nombor Ekor, Genting dan juga kilang arak seperti Carlsberg serta rumah-rumah urut.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, perjuangan PAS sentiasa menentang kemungkaran yang dilakukan oleh Umno dan BN.

"Sepengalaman saya selama tiga penggal menjadi ahli Parlimen, tidak pernah ada pemimpin Umno yang bangun menentang pemberian lesen judi yang dikeluarkan dalam negara ini,” ujarnya.

Kula batal sidang akhbar pada saat akhir

Timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran telah membatalkan pada saat akhir, sidang akhbar berhubung apa yang dipercayai krisis dalam kepimpinan DAP negeri itu.


Difahamkan beliau telah dipujuk oleh pimpinan tertinggi DAP supaya
bertenang untuk tempoh seminggu ini.

Beliau sepatutnya mengadakan sidang akhbar itu pagi ini untuk mendedahkan dakwaan usaha puak 'Ngeh-Nga' untuk melemahkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka.

Tarbiah tarik minat bukan Islam sertai PAS

Pemuda dan pemudi PAS harus menjadi agen parti untuk menyanggah tanggapan sesetengah pihak bahawa PAS sebuah gerakan tanpa tarbiah, sebaliknya parti politik semata-mata.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, perkara yang membezakan pemuda PAS dengan orang lain ialah tarbiah yang menjadi salah satu sebab orang bukan Islam tertarik dengan parti ini sehingga wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Hasil daripada tarbiah dalaman sehingga menghasilkan ahli yang istiqamah dengan perjuangan parti menyebabkan orang bukan Islam tertarik dengan PAS.

Galas: PAS tetap tanding, sedia hadapi sesiapa termasuk Ku Li

PAS khususnya Pakatan Rakyat (PR) tetap akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas tidak kira sama ada Barisan Nasional (BN) akan menurunkan Tengku Razaleigh Hamzah, yang kini menjadi sebutan dalam arena Umno sekarang.

Dua naib presiden PAS menegaskan, parti komponen PR sudah mengambil pendirian untuk mempertahankan kerusi tersebut dan yakin akan menang dengan majoriti lebih besar.

Persiapan menghadapi pilihan raya kecil kerusi ke-12 ini akan menjadi agenda utama mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat PAS di ibu negara esok.

“Bagi PAS, kita sedia hadapi sesiapa saja calon (BN),” kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas majlis perasmian Ijtimak Dewan Pemuda PAS di Rusila, Terengganu malam tadi, yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemuda DAP: Reezal jangan persoal hak bersuara, bacalah Perlembagaan

Loke Siew Fook mendakwa Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican “hipokrit” dan “juga buta perlembagaan” apabila merumuskan ketua Pemuda DAP itu tidak boleh mempertahankan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam isu wang ihsan.

“Saya berasa amat lucu dengan maklum balas Reezal kerana ini menunjukkan beliau tidak mampu menjawab hujah saya bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional telah menggunakan sumber hasil perjudian sejak merdeka lagi,” kata Loke.

Pemimpin DAP Sosialis itu menambah, Reezal bukan sahaja buta maklumat dan hipokrit, malah menyifatkan beliau juga seorang yang buta perlembagaan.

Loke merujuk laporan dalam The Malaysian Insider semalam yang memetik Reezal, pemimpin Pemuda Umno dari Pulau Pinang, yang mendakwa beliau tidak mempunyai hak untuk bersuara dalam isu tersebut kerana ini adalah isu Pulau Pinang, malah bukan anak Pulau Pinang.

Kula letak jawatan dalam DAP Perak?

Pergeseran dalam barisan kepimpinan DAP Perak telah mencetuskan khabar angin yang timbalan pengerusinya, M Kulasegaran akan meletak jawatannya di negeri itu.
Dalam Twitternya, ahli parlimen Ipoh Barat dan timbalan pengerusi DAP kebangsan itu, menegaskan bahawa beliau akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan Perak hari ini.

Tulisannya dalam bahasa Inggeris itu bermaksud: "Baru saja tamat
mesyuarat kepimpinan DAP di Ipoh. Hari yang sedih kerana saya akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan DAP Perak kepimpinan hari ini".

Kulasegaran membayangkan kemungkinan melepaskan jawatan di peringkat negeri, tetapi menegaskan beliau masih ahli parti itu.

Wang Ihsan: Umno nafi bersandiwara, tidak ‘dalangi’ warga emas

Sambil menafikan Umno Pulau Pinang bersandiwara, setiausahanya menyifatkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat negeri itu sebagai “bodoh tidak bertempat” apabila mencabar kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno memulangkan gaji dan elaun wakil rakyat kerana terus-menerus mempertikaikan ‘kesucian’ wang ihsan.

Datuk Azhar Ibrahim juga mendakwa pihaknya tidak pernah mendesak warga emas di Pulau Pinang agar memulangkan wang ihsan RM100 yang diterima mereka ekoran dakwaan Umno bahawa dananya bersumberkan hasil judi.

“Mereka (Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang) ini tidak tahu pucuk pangkal, sebab itu pakai cakap sahaja.

Sandar perjuangan pada tarbiah, bukan semangat

Lebih 5,000 peserta Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS peringkat kebangsaan menerima suntikan semangat daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis perasmian malam tadi.

Abdul Hadi dalam ucapannya mengingatkan pemuda bahawa golongan mereka penting dalam perjuangan Islam.

"Islam meletakkan pemuda sebagai kumpulan yang penting dalam perjuangan sehingga Allah meletakkan satu surah yang khusus mengenai pemuda dalam al-Quran," kata Abdul Hadi.

Namun jelasnya, perjuangan pemuda haruslah ditunjangi tarbiah dan bukannya semangat semata-mata.

"Terdapat kumpulan yang menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. Perjuangan ini mempunyai ciri-ciri sebagaimana yang dilakukan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.

Pemuda PAS dakwa Datuk Bandar KL tak bebas, jadi ‘kuli’ Umno

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail gagal menjadi seorang pemimpin bebas memimpin warga ibu negara kerana mempunyai kaitan dan digunakan untuk parti politik Barisan Nasional (BN).

Pemangku Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen berkata sebagai penjawat awam Ahmad Fuad sepatutnya bebas dari kekangan dan pengaruh politik.

“Kita kesal kerana beliau (Ahmad Fuad) membenarkan dirinya menjadi ‘kuli’ kepada Umno,” katanya.

Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

azlan
Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Surat Untuk Bill Gates ( Kelakar Giler )



From : Mr. Suresh Singh of Tamil Nadu, India
To: Mr. Bill Gates of Microsoft
Subject:
Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some problems, which I want to bring to your notice.

Kata-Kata Mahatir Terhadap Ulamak dan Islam FIKIRKAN!!!!!!

Mahathir kata:

1. "Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". (Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).

2. Kerana ajaran pentafsir-pentafsir ini, orang Islam hari ini menjadi masyarakat yang mundur dan jahil dalam berbagai ilmu".(Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

3. "Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru, tak boleh guna nama lain, kena panggil tok Guru...tok guru apa? (Dr.Mahathir Mohamad, 20 Nov.1994, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

4. "Belum ada universiti yang mengeluarkan sijil mengakui seseorang itu adalah 'ulama' (Dr.Mahathir Mohamad, 26hb.Nov.1995, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

Tengku Temenggong kecewa gelarannya ditarik balik

Tengku Muhammad Fakhry Petra berkata beliau kecewa dengan tindakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V melucutkan gelaran Temenggong dan semua anugerah yang diberikan kepadanya sebelum ini.

Katanya beliau menerima nota daripada Setiausaha Kerajaan Datuk Mohd Aiseri Alias semalam yang memaklumkan mengenai keputusan Sultan Kelantan itu.

“Saya kecewa tetapi tidak terkejut kerana baginda dilihat sebagai wajar untuk mengambil tindakan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sultan Muhammad ke-V turut menarik balik Darjah Kerabat Yang Dihormati (DK) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi) yang sebelum ini dianugerahkan kepada adinda ketiga baginda itu.

Najib: Saya umpama 'pelanduk' pada PRU 99

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini secara tidak langsung menyalahkan pertelingkahan di antara perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saat paling gelap sepanjang 35 tahun kerjaya politiknya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, Najib berkata kemerosotan mendadak majoriti kemenangannya di parlimen Pekan pada pilihan raya umum 1999 kepada hanya 241 undi adalah diibaratkan sebagai 'gajah bersama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit'.

"Ada masanya, saya amat kecewa dengan situasi yang bukan kerana tindakan saya sendiri.

"Dalam persekitaran seperti itu, anda menjadi mangsa keadaan atau 'collateral damage' - saya tidak tahu sama ada ia perkataan yang tepat dalam proses itu,” katanya.

Najib berkata demikian pada forum dialog bersama 100 pemimpin ASEAN di ibu negara hari ini. Beliau ditanya sama ada pernah terfikir untuk berputus asa, khususnya berikutan keputusan pilihan raya umum 1999 yang mengecewakan.

PAS parti memimpin, bukan dipinggirkan

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS adalah parti yang memimpin, bukannya dipinggirkan apabila mencapai kemenangan.

Sehubungan itu, beliau selaku Presiden PAS tidak mahu kesilapan yang lepas berulang di mana kumpulan Islam dipinggirkan apabila negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, sewaktu negara dijajah, kumpulan Islam di depan menentang penjajah tetapi setelah merdeka, mereka dipinggirkan.

Galas: Bukti Umno takut pengaruh Razaleigh

Umno terpaksa melantik Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Pengarah Pilihanraya Umno PRK Galas. Tindakan ini dilihat sebagai luarbiasa kerana dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelumnya, pengarahnya mestilah Timbalan Presiden Umno ataupun Naib Presiden Umno. Terbukti Umno takut kepada Tengku Razaleigh Hamzah kerana pengaruh beliau yang kuat di Gua Musang.

Jarang sekali perkara sebegini berlaku. Sepatutnya Ku Li boleh membaca strategi Umno yang menggunakan pengaruhnya bila terdesak tetapi melihatnya macam sampah pada waktu yang lain terutama semasa pemilihan.

Liwat II: Anwar jelajah dunia beri keterangan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam kempen global bagi mendapatkan sokongan antarabangsa berhubung perbicaraan kes liwatnya yang didakwa tidak mempunyai asas dan bermotifkan politik.

Bercakap di Berlin, semalam selepas pertemuannya dengan ahli parlimen dan aktivis politik Jerman, Anwar berkata beliau menggunakan peluang tempoh pembebasan singkatnya sekarang ini untuk menerangkan kepada dunia berhubung kesnya itu yang dianggap wabak rasuah di Malaysia dan sistem perundangan yang berat sebelah.

"Kerajaan berkata kes ini tidak ada kaitan dengan mereka, tetapi fakta yang dikemukakan menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Anwar kini menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya yang mungkin bakal mengugat kerjaya politiknya jika dihumbankan semula ke penjara. Sebelum ini, bekas timbalan perdana menteri itu telah menjalani penjara enam tahun atas pertuduhan liwat yang lain.

Adun Umno dicabar kembalikan elaun

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencabar 11 Adun Umno di negeri ini mengembalikan semua gaji dan elaun wakil rakyat kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri kerana tiada satu pun yang halal dari Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang.
"Jika Umno betul-betul pembela dan menitikberatkan tentang kebersihan wang hasil pemberian kerajaan negeri, mereka patut dulu melakukan tiga perkara. Jangan hanya berlagak teliti dalam hal agama walhal merekalah yang paling membelakangkannya," ujar Setiausaha Angkatan Muda Keadilan negeri, Syed Mikael Rizal Aidid yang membacakan kenyataan sekretariat itu.

Selain beliau, kenyataan bersama itu ditandatangani Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Ng Wei Aik serta Zamadi Omar yang mewakili Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri.

Kisah Tajudin bergaduh dengan pemandunya


Rakaman audio ucapan dan pertengkaran Tajudin dan pemandunya

Kisah Pengerusi Felcra, Datuk Tajudin Abdul Rahman, bergaduh dengan seorang pemandunya di hadapan lebih 400 warga Felcra pada 3 Mei lalu kini tersebar luas dan mendapat perhatian ramai.

Ia menarik perhatian kerana kecaman Tajuddin terhadap bekas pemandunya yang juga seorang kakitangan Felcra berlaku di majlis yang berlangsung pada 3 Mei di Ibu pejabat Felcra, Jalan Rejang Setapak Jaya lalu di jawab secara berdepan oleh pemandu berkenaan.

Hasilnya, 15 minit pertama perhimpunan warga Felcra itu menjadi tempat melepaskan geram Tajudin kepada pemandu berkenaan.

Harakahdaily yelah mendapat audio rakaman pertembungan berkenaaan. Berita awal mengenai hal ini telah disiarkan dalam akhbar politik Siasah keluaran hari ini.

Mahasiswa lawan Auku, rakyat perlu buka mata

Selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan bahawa saman pemula empat mahasiswa UKM untuk mencabar Auku baru-baru ini ditolak, saya sudah menjangkakan keputusan itu.

Saman itu diketuai oleh saudara Hilman Idham bersama tiga rakannya yang lain, mahasiswa jurusan Sains Politik, UKM. Sewaktu mula-mula membuat keputusan untuk mencabar kerajaan, saya pernah memberitahu Hilman bahawa untuk mencapai kemenangan agak samar.

Saya kenal benar dengan Hilman. Beliau adalah Presiden Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) yang turut bersama-sama kami GAMIS dan SMM dalam memperjuangkan isu-isu mahasiswa dan masyarakat.

Puteri Umno: Wartawan menyamar kurang ajar

Pergerakan Puteri Umno, membuat laporan polis berhubung tulisan yang didakwa berbentuk manipulasi oleh Malaysian Insider, lapor Umno Online.

Menurut ketua penerangannya, Nordiana Shafie, apa yang dinyatakan oleh wartawan portal berita itu, Boo Su-Lyn dalam tulisannya hanya petikan sebahagian daripada ucapan yang disampaikan oleh timbalan pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin

“Wartawan tersebut sengaja memanipulasikannya untuk membangkitkan kononnya Umno adalah parti perkauman,” katanya.