PAS Kawasan Besut memberikan tempoh 24 jam kepada Umno bahagian memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila).

Ini kerana penceramah jemputan Umno bahagian berkenaan dalam dalam ceramahnya bertajuk ‘DAP Anti Islam’ di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh pada 1 Oktober lalu menggelarkan Mursyidul Am PAS itu ‘gilo’ berulang kali.
Sekiranya, Umno Bahagian Besut gagal berbuat demikian sehingga jam 12 tengah hari 5 Oktober (Selasa), maka PAS kawasan tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.
Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
(gambar) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini berkata, pihaknya telah meneliti kandungan ucapan penceramah jemputan itu, Abdullah Sa’amah yang dianggap biadap.