Negeri Pakatan sertai sidang Malaysia-Thailand

Penyertaan Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang dalam hubungan dua negara Malaysia dan Thailand, semalam jelas membuktikan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) diiktiraf oleh negara luar.















Persidangan Kali Pertama Lima Dasar dan Ekspo antara lima negeri dalam Malaysia iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis manakala Thailand diwakili empat wilayah Selatan, Yala, Pattani, Satun dan Songkla.


Kelantan diwakili oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Dr Nik Mazian Nik Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar, Ir Mustafa Salleh, Kedah diwakili oleh Exco negeri, Abd Ghani Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, Exco Perlis, Ahmad Bakri  Datuk Ali dan Pegawai Khas Exco Perak, Noormah Ismail.

Perasmian persidangan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Trirong Suwankiri.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Penglibatan dalam Lima Dasar yang melibatkan lima sektor utama iaitu industri halal, pelancongan, perdagangan, logistik dan pelaburan antara negeri yang berjiran dengan Selatan Thailand boleh meningkatkan hubungan dua hala terutamanya dalam meningkatkan ekonomi.

Menurut Ir Mustaffa Salleh, persidangan itu amat berguna kepada kerajaan negeri dalam menarik pelabur di pelbagai bidang yang disenaraikan tersebut.

“Keadaan Kelantan yang begitu strategik dengan Selatan Thai akan memudahkan hubungan dua hala dalam menjayakan program ini dan secara kebetulannya adat budaya antara Kelantan dan Selatan Thai banyak persamaannya,” kata beliau.

Beliau juga berharap disebabkan ia melibatkan kedua-dua negara, kerajaan Pusat seharusnya mengambil beberapa langkah dalam menjayakan rumusan hasil daripada persidangan kali pertama ini.

“Insya Allah, saya berpendapat Kelantan akan bersedia melibatkan diri dalam pelbagai sektor yang dijadikan agenda penting persidangan ini kerana ia begitu baik demi peningkatan pembangunan ekonomi negeri,” ujarnya lagi.

Abdul Ghani Ahmad pula berpendapat persidangan dan ekspo yang diadakan buat pertama kali itu akan membuka peluang kepada kerajaan Kedah dan agensi swasta untuk memulakan perbincangan dua hala dalam bidang yang ditetapkan itu.

“Kedah akan bersedia untuk melibatkan diri demi pembangunan Kedah dan Selatan Thailand boleh menjadi rakan dalam memajukan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Abd Ghani juga berharap walaupun penglibatan tiga negeri dalam Pakatan Rakyat dalam persidangan itu, ia tidak boleh dijadikan alasan oleh pusat untuk mengabaikan demi menjaga hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

“Kita tengok dalam banyak bidang yang kerajaan pusat harus memberi tumpuan seperti penarikan pelabur dari Thailand, pelancongan dan juga logistik, ia amat diperlukan dalam meningkatkan pembangunan di kawasan utara negara kita,” kata beliau lagi.

Bagi Abdul Malik Kassim, penyertaan dalam persidangan dan pameran itu tidak akan mencapai hala tuju sekiranya hubungan kerajaan Malaysia dan Thailand tidak dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang sudah berlarutan seperti pengenaan duti ke atas penggunaan pelabuhan yang menjadi persinggahan kepada kepada kapal antarabangsa.

“Walaupun masih banyak yang perlu diselesaikan oleh kedua-dua pihak, Pulau Pinang akan tetap memberi kerjasama dalam menjayakan program ini dan kita akan menekankan dalam sektor industri halal  dan pelancongan kerana di Pulau Pinang juga menjadi tumpuan utama pelanconga n dari Thailand,” kata beliau.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 6:10 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III