Saman pemula empat pelajar UKM cabar AUKU ditolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman pemula dikemukakan empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mencabar tindakan tatatertib UKM ke atas mereka yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor, April lalu.

Keempat-empat mereka mencabar tindakan universiti itu yang mendakwa mereka bawah Akta Universiti dan Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dengan menghalang mereka daripada terlibat dalam aktiviti politik.

Hakim Aziah Ali yang menyampaikan keputusan itu di kamar berkata Seksyen 15 akta itu - yang mana tindakan dikenakan berdasarkannya - tidak melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga membatalkan perintah injuksi sebelum itu yang menghalang UKM daripada mengambil tindakan terhadap mahasiswa terbabit.

Bagaimanapun, hakim membenarkan peguam Haris Ibrahim dan Ashok Kandiah - yang bertindak bagi keempat-empat mahasiswa itu - membenarkan injuksi Erinford bagi menangguhkan keputusan itu supaya dikemukakan rayuan.
Hakim Aziah juga menolak dengan kos permohonan injunksi oleh pelajar berkenaan untuk menyekat UKM daripada mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka.
Dalam penghakiman setebal 23 muka surat, Aziah berkata larangan yang terkandung dalam Seksyen 15(5)(a) itu bertujuan mencegah kekacauan yang berpotensi berlaku di universiti, yang juga boleh disifatkan sebagai mengganggu ketenteraman awam.

Aziah berkata beliau bersetuju dengan peguam yang mewakili UKM Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa larangan yang dikenakan itu adalah penting atau wajar untuk memelihara disiplin pelajar, yang merupakan sebahagian daripada akhlak orang ramai dan yang wajib dipatuhi oleh pelajar.

"Lagipun, larangan itu bukan sesuatu yang mutlak kerana Seksyen 15(4) membenarkan naib canselor memberi pengecualian kepada seseorang pelajar yang memenuhi syarat dan keadaan yang beliau fikirkan wajar, jika ada permohonan," kata Azizah.

Beliau juga bersetuju dengan hujah Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha Abu Bakar bahawa semua hal berkaitan disiplin dan tingkah laku pelajar terletak di bawah bidang kuasa universiti tempat mereka belajar dan tidak pernah wujud sebarang tindakan bersifat menindas terhadap mana-mana pelajar.Ashok kemudian memberitahu pemberita, pendengaran penuh injuksi itu akan dilakukan pada 7 Oktober.

Semua siswa - Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha, dan Wong King Chai - ditahan polis pada 22 April lalu di pekan Rasa dan Ampang Pecah dan didakwa menyokong parti politik semasa pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mereka didakwa di mahkamah UKM kerana melakukan kesalahan menyalahi undang-undang Seksyen 15(5)(a) AUKU.

Bagaimanapun, keempat-empat mereka menafikan tuduhan itu dan mendakwa berada di Hulu Selangor bagi tujuan kajian penyelidikan akademik.
Sementara itu, lebih 50 mahasiswa berkumpul di perkarangan mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada mereka.
Bercakap kepada pemberita, selepas itu, peguam Haris Mohd Ibrahim, yang mewakili pelajar berkenaan, berkata Aziah meluluskan permohonan secara lisan mereka untuk mendapatkan perintah sementara yang menghalang UKM daripada mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka sementara menunggu keputusan rayuan mereka berhubung keputusan mahkamah tersebut hari ini.

Aziah menetapkan 7 Okt sebagai tarikh mendengar permohonan rasmi tentang penangguhan itu.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:02 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III