'Umno, Utusan makin renggang'

Walaupun ramai melihat Umno dan Utusan Malaysia mempunyai hubungan yang sungguh erat, namun terdapat wartawan-wartawan di harian berbahasa Melayu itu mempunyai pandangan sebaliknya.

Menurut Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia Hata Wahari, tidak seperti dahulu, kini hubungan pekerja-majikan digambarkan lebih 'dingin', termasuk apabila wartawannya rata-rata didakwa mahu Utusan bebas daripada pengaruh Umno.

"Kita lihat Utusan ini milik Umno, tetapi saya tengok tak ada pun Umno jaga (kebajikan) kita. Kita berlari memperjuangkan hak sendiri."

"Kalau betul Umno jaga kita dan (bila) dianggap Utusan ini milik Umno, tentulah Umno jaga kita," katanya mengulas isu kegagalan rundingan perjanjian bersama antara NUJ dan pentadbiran Utusan yang tertunggak kira-kira dua tahun.
Hata - wartawan kanan 15 tahun di Utusan - berkata, sekiranya setiap ahli Umno melangganggan senaskhah akhbar itu setiap hari, tentulah jualannya tidak jatuh merosot teruk seperti sekarang.

Begitu juga dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dilihat mendapat liputan 'istimewa' daripada akhbar itu, tambah Hata.

"Kita (wartawan Utusan) sokong orang yang salah ke? Atau kita hanya digunapakai untuk kepentingan masing-masing?" soalnya ketika diwawancara Malaysiakini kelmarin.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:49 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III