PAS bedah siasat gagal pertahan Galas

PAS akan melakukan bedah siasat terhadap kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.
Biar pun begitu jentera pilihan raya PAS Kelantan berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dijalankan dan bantuan jentera dari luar serta rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, kesungguhan ditunjukkan jentera kempen begitu memberangsangkan sekali sehingga ramai tenaga dari luar datang membantu.
“Namun kita juga mengesan ada penyokong di peringkat Unit Peti Undi (UPU) tidak keluar mengundi mungkin berpunca dari masalah tertentu.
“Kegagalan mereka keluar mengundi menyebabkan prestasi pilihan raya umum lalu gagal dipertahankan,” katanya di sini.

Pada pilihan raya kecil hari ini calon Barisan Nasional (BN),  Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 undi, manakala calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed memperolehi 4,134 undi.
BN mendapat majoriti sebanyak 1,190 undi. Dan peratusan keluar mengundi sebanyak 83 peratus.
Keputusan rasmi pilihan raya tersebut diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Galas, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.
Abdul Fatah yang juga Adun Bukit Tuku berkata, faktor peningkatan ketara pengundi Orang Asal kepada BN kerana  penglibatan secara langsung agensi kerajaan terutamanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela di penempatan mereka.
Katanya, penglibatan secara langsung agensi kerajaan terbabit dengan mengawal sepenuhnya masyarakat Orang Asal menyebabkan mereka tidak berani memberi sokongan kepada calon PAS.
“Biar apa pun PAS akan melakukan post mortem bagi mengenal pasti punca sebenar kemerosotan undi pada pilihan raya kecil ini. Selain jentera kerajaan pusat kita perlu lihat ada faktor sampingan lain,” ujarnya.                                                         

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:09 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III