Bukti DAP semakin memahami Islam




Nampaknya Kerjasama antara PAS dan DAP sudah menunjukkan tanda-tanda positif. Niat PAS sperti kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk mendekatkan diri kepada orang bukan Islam bagi memberikan kefahaman tentang Islam semakin jelas apabila Parti yang dikatakan anti Islam itu semakin terbuka penerimaannya terhadap Islam.

Ini dibuktikan dengan sejarah yang dicipta buat julung-julung kalinya apabila doa dibacakan pada konvensyen DAP seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini.

Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti yang berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membaca doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 6:45 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III