Dana Soros: Anuar, Ezam didakwa berbohong

Anuar Shaari Anuar Shaari (gambar) dan Ezam Mohd Noor, dua tokoh yang melompat keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) didakwa memperoleh wang dari tokoh penderma global untuk tujuan yang bukan sepatutnya.

Mereka merupakan dari sekumpulan empat orang yang pergi ke Amerika Syarikat pada tahun “2003 atau sekitarnya” menggunakan platform Kempen Membebaskan Anwar (Free Anwar Campaign) dan memohon dana dari George Soros.


Demikian menurut Raja Petra Kamarudin, yang pernah terlibat dengan FAC dan kini menjadi pelarian di luar negara dan menulis untuk website Malaysia Today.

Dalam satu artikel bertajuk “Anuar Shaari dan George Soros”, Raja Petra berkata wang itu sepatutnya digunakan untuk membantu parti-parti pembangkang pada pilihan raya umum tahun 2004, tetapi tidak sampai pada waktu yang dikehendakki.ezam_pc1

“Berjuta-juta wang untuk dana pilihan raya katanya, dihantar ke Hong Kong.” Pilihan raya umum 2004 berlangsung sebelum wang itu dapat disalurkan dari Hong Kong ke Malaysia.  Selepas itu, kita tidak mendengar lagi tentang wang itu.

Sejurus selepas itu, Ezam (gambar) dan konco-konconya termasuk Anuar Shaari, meninggalkan KEADILAN dan menyertai Umno. Setengah daripada mereka meninggalkan parti itu sebelum pilihan raya umum 2004.

Walaupun artikel itu telah berada di laman web hampir seminggu yang lalu dan disebarkan ke laman-laman web yang lain, tetapi tidak ada sebarang reaksi, sama ada daripada Anuar atau Ezam.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:05 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III