PAS BUKAN BERUBAH TETAPI SEMAKIN JUMUD?


Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak telah MENGHARAMKAN media-media arus perdana daripada membuat liputan tentang pembentangan bajet negeri hari ini. Larangan tersebut telah dikuatkuasakan menyebabkan pembentangan bajet tersebut hanya disiarkan oleh media-media tradisional dan media-media baru yang kelihatan menyokong PAS dan Pakatan Rakyat sahaja.

Semuanya bermula daripada wartawan-wartawan daripada media-media arus perdana mendesak Menteri Besar itu untuk menjawab soalan tentang sikap lepas tangan Kerajaan PAS Kedah dalam menangani masalah banjir di negeri tersebut. Kedah dikatakan dilanda banjir terburuk dalam tempoh satu abad sehingga menyebabkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara, selain terputusnya bekalan makanan dan bekalan air bersih, memaksa Menteri Besar meminta bantuan daripada negeri-negeri jiran seperti Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Pembentangan bajet negeri merupakan antara perkara terpenting yang perlu dihebahkan dan diterangkan kepada sekalian rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka. Pembentangan bajet negeri Kedah tidak hanya khusus kepada para pengikut PAS dan pengkagum Azizan Abdul Razak semata-mata, memandangkan peruntukan yang digunakan sepanjang 2011 nanti melibatkan duit rakyat yang tidak ada cop parti atau fahaman politik, mahupun agama dan bangsa.
Apabila Azizan Abdul Razak mengambil keputusan untuk menghalang wakil-wakil media arus perdana daripada membuat liputan pembentangan tersebut, Menteri Besar Kedah itu sebenarnya mengambil langkah ke belakang. Tidak guna mengeluarkan artikel-artikel yang memuji usaha-usaha Menteri Besar dan Kerajaan PAS Kedah seperti yang dihasilkan oleh WARTA KEDAH untuk melindungi kelemahan ketara pentadbiran negeri tersebut. Titah Ke bawah Duli Tuanku Sultan Kedah sesungguhnya menjelaskan tentang pelbagai kelemahan yang perlu diatasi oleh Kerajaan PAS pimpinan Azizan Abdul Razak, bukannya berseronok dengan pujian dan angan-angan melambung.
Sepatutnya kesempatan inilah digunakan sebaik-baiknya oleh Azizan Abdul Razak bahawa Kerajaan PAS jauh lebih baik daripada Kerajaan UMNO yang menerajui Kedah sebelum ini. Kerajaan PAS Kedah seharusnya mempamerkan sikap kematangan terutama dalam menangani masalah wartawan dan media-media yang adakalanya sangat berat sebelah dalam memberi laporan terutama yang membabitkan media-media milik parti tertentu.
Perlu diingat, kebanyakan media di negara ini dimiliki oleh parti-parti politik. Namun berbanding media-media yang dimiliki oleh PAS khususnya, media-media milik UMNO seperti Kumpulan Utusan, Kumpulan NST dan Kumpulan Media Prima, jauh lebih telus dalam memberikan laporan terhadap pembangkang. Dan sekalipun secara dasarnya ianya bertentangan dengan aspirasi UMNO untuk menjatuhkan PAS dan sentiasa merendah-rendahkan parti tersebut, media-media UMNO masih lagi memberikan ruang yang luas dalam mempromosikan PAS walaupun dengan cara yang tidak disenangi oleh PAS.
Bandingkan sahaja berita-berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dengan Harakah, Suara Keadilan mahupun Rocket. Utusan Malaysia setidak-tidaknya menyiarkan tentang kelemahan parti yang memiliki mereka, sedangkan Harakah, Suara Keadilan dan Rocket tidak pernah BERANI MENYIARKAN kemelut dan perebutan kuasa yang berlaku di dalam parti masing-masing.
Begitu juga dengan pembentangan Bajet negara setiap tahun. Utusan dan media-media UMNO memberikan penilaian yang lebih seimbang iaitu antara pro dan kontra, berbanding media-media Pakatan Rakyat yang tidak ada pro sebaliknya semuanya kontra namun tidak memberikan sebarang idea pembaikan.
PAS Kedah bukan lagi pembangkang yang membangkang segala-galanya. Sedangkan NEGARA HARAM ISRAEL pun membenarkan media-media yang menghentam serta mengutuk mereka, mengapa pula Kerajaan PAS yang berjenamakan Islam, terlalu takut dengan kutukan, kritikan, mahupun rungutan tentang kelemahan mereka. Apa yang ditakuti oleh Azizan tentang berita yang diputarbelitkan oleh media-media arus perdana milik UMNO sekiranya media-media utama milik Pakatan Rakyat tidak pernah berhenti langsung daripada memutarbelit, menfitnah, dan mengada-adakan cerita tentang kerajaan BN sama ada negeri mahupun Pusat?
Para penyokong PAS Kedah boleh memadankan muka media-media arus perdana berikutan tindakan BETINA Azizan Abdul Razak. Namun persepsi terhadap Kerajaan PAS Kedah sememangnya semakin bertambah buruk. Permusuhan yang dicipta oleh Azizan Abdul Razak dengan para wartawan sekalipun wartawan-wartawan berkenaan bekerja dengan UMNO hanya akan menyusahkan Azizan Abdul Razak untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif di Kedah.
Apa-apa pun, larangan tersebut telah pun berlaku. Azizan Abdul Razak dan Kerajaan PAS hanya akan menuai hasil daripada ‘tanaman’ yang mereka lakukan.
PENULIS: ANON00

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:51 PM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III