PBB nafi dakwaan 'dana siber RM10 juta'

NONEParti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) menafikan bahawa BN Sarawak menyediakan dana sebesar RM10 juta untuk usaha pengkaderan penulis blog bagi menyerang pembangkang.

ADUN Asajaya Karim Hamzah (kiri) dan ahli parlimen Petra Jaya Fadilah Yusof, yang dinamakan di lamanweb, menafikan kewujudan dana seperti itu.

"Tiada perkara sebegitu. Semua ini bohong," demikian respons senada mereka apabila dihubungi hari ini.

Fadilah malah mencabar pemberi maklumat itu mendedahkan nama semua penulis blog yang telah dilatih.

Beberapa lamanweb Sarawak baru-baru ini menerbitkan laporan mendakwa Karim dan Fadilah menawarkan RM5,000 sebulan kepada "rakyat Sarawak yang mempunyai jiwa kewartawanan' untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Menurutnya, sesiapa yang disenaraipendek akan dilatih oleh New Straits Times, The Malay Mail dan Utusan Melayu di Pusat Latihan Umno di Janda Baik, Pahang.

"Setiap penulis blog berpeluang mendapat geran RM30,000 untuk memulakan blog...," dakwa laman terbabit.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:09 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III