Penyembahan Kubur di Melaka - Mufti Tidur?

Pengamal-pengamal syirik dan penyembah-penyembah kubur dajjal bagaikan aman dan tenteram di bawah naungan Kerajaan Melaka. Aksi-aksi kesesatan mereka amatlah berani dan bagai telah diiktiraf Kerajaan Melaka.

Sesuatu yang Terjah pelik, kemana perginya penguatkuasa Agama Melaka? Kemana perginya mufti Melaka? Makan gaji butakah? Mengapa wartawan dari luar Melaka boleh datang dan buat shooting disana, tapi pihak agamawan di Melaka hanya berdungkur?



Memang pihak-pihak menyembah kubur ini pernah diambil tindakan satu ketika dulu dan bangunan-bangunan dikuburan telah dirobohkan, tetapi ianya tumbuh semula dengan cepat. Mungkin sejak dulu lagi sudah ada beberapa siri pencegahan dibuat Kerajaan Melaka, tetapi kerana aktiviti ajaran sesat ini teramat-amat-mata-amat degilnya, menyebabkan para penguatkuasa agama mungkin putus asa.

Terjah fahamkan, selepas pendedahan Akhbar, satu serbuan di buat di waktu malam. Yang pelik serbuan dibuat tidak kena masa dan tempat. Akibatnya hanya beberapa kerat sahaja yag ada disana dan diambil tindakan. Beberapa tindakan akan dibuat untuk megatasi masalah syirik ini. Antaranya memindahkan kubur atau memagar kubur2. Pelik, dah berpuluh2 tahu bersyirik, baru bertindak. Dan tidak tahulah tindakan itu akan dibuat atau tidak. atau syirik akan berulang lagi dan kubur-kubur wali terus dicemari.

Tidakkah ada lagi cara-cara pencegahan yang lebih efektif yang boleh difikirkan? Mana perginya kuasa kerajaan yang memerintah jika undang-undang yang dijunjung tidak dapat dikuatkuasakan?

Bagi terjah, jika mahu seribu daya, jika malas seribu dalih, tambahan anda dipihak orang yang mengawal dan membuat undang-undang. Andai kata telah putus asa atau sudah mati akal untuk membenterasnya, lebih baiklah ‘beliau-beliau’ di atas dan mengawal bahagian agama tu letak jawatan. Mungkin seluruh umat islam sedih, kerana ada jabatan agama di Malaysia ni yang senggal dan mudah putus asa untuk membenteras ajaran sesat. Atau mungkinkan seorang ketua agama berjiwa Wahabi tulin perlu dilantik di Melaka dan semua kubur-kubur keramat tersebut diratakan.

Kita fikir-fikirkan lah...

Di bawah ialah laporan Kosmo Ahad, pendedahan aktiviti syirik penyembahan kubur-kubur wali di Pulau Besar Melaka yang amat menggerikan kita.

Kebanyakan pe­ngunjung di Pulau Besar de­kat sini percaya sebarang doa dan hajat yang ‘dimak­bulkan’ di pulau itu perlu dibayar dengan bernazar mengorbankan sekurang-ku­rangnya seekor kambing. Pembayaran nazar itu di­dakwa lambang terima ka­sih atau kesyukuran kepada makam yang dianggap se­bagai wali serta simbol upa­cara penutup selepas usaha memuja tempat yang didak­wa keramat itu.



Sebelum upacara nazar dilaksanakan, individu ber­kenaan perlu menyatakan niat kepada wakil penduduk di situ sama ada kepada wakil di Wakaf Bonda atau di satu wakaf berhampiran yang diselia oleh sekumpu­lan lelaki berketurunan In­dia Muslim.

Kunjungan selama empat hari tiga malam Kosmo! Ahad di pulau itu baru-baru ini menyaksikan empat ekor kambing dikorbankan iaitu dua hari berturut-tu­rut bermula pada hari Ju­maat dan Sabtu. Keempat-empat ekor kambing itu yang harganya mencecah RM500 seekor dibawa satu persatu dengan menaiki bot dan akan di­sambut oleh wakil dari ma­na-mana wakaf yang dipi­lih. Sementara itu, kerja-ker­ja penyembelihan pula di­lakukan secara tradisi oleh lelaki yang dikenali sebagai Tok Wan, 40-an, yang telah bertahun-tahun menjalan­kan kerja itu.



Korban pertama dilaku­kan pukul 8.30 pagi me­nyaksikan nazar ‘dibayar’ oleh seseorang di Pulau Be­sar yang sebelum itu di­tuduh sebagai suspek uta­ma yang mencuri telefon bimbit seorang warga Si­ngapura tidak lama dulu.

“Orang Singapura itu buat laporan polis pasal ke­hilangan telefon bimbitnya di sini dan mengaitkan orang pulau ini dan orang yang dikaitkan itu berdoa di makam.



“Namun, bila disiasat, ternyata kehilangannya bukan berpunca daripada se­siapa di sini dan kemudi­annya orang yang kena tu­duh bayar nazar dengan mengorbankan kambing untuk menjamu semua pe­ngunjung di pulau ini,” ce­rita Tok Wan.

Seorang lagi pembayar nazar ketika ditemui berkata, beliau berbuat demi­kian kerana isterinya hamil setelah sekian lama men­dirikan rumah tangga. “Ini semua berkat ber­hajat di makam,” dakwa le­laki berkenaan kepada Kos­mo! Ahad baru-baru ini.

Setelah disembelih, uru­san masak-memasak pula dilakukan oleh wakil yang telah dipilih dan sekiranya memilih Wakaf Bonda, se­galanya akan dikerjakan oleh seorang penduduk yang berusia 75 tahun yang dikenali sebagai Bonda dan wanita itu dibantu oleh sua­mi, anak-anak dan cucu­nya. Wakaf Bonda hanya di­buka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja dan ia ber­makna hanya pada hari ber­kenaan saja, makanan se­cara percuma disediakan. Berlainan pula dengan wakaf yang diselia oleh be­berapa sukarelawan India Muslim kerana wakaf itu akan menyediakan maka­nan secara percuma pada setiap hari.



Menu istimewa iaitu kam­bing hanya akan dihidang­kan pada hujung minggu kerana pada ketika itu, per­mintaan untuk membayar nazar sangat tinggi.

“Hari-hari lain selain ma­sak nasi putih, kita akan masak kari ayam atau sayur goreng, ikutlah apa yang di­sedekahkan oleh orang ra­mai. Kadang-kadang, dua menu sudah memadai,” ka­ta wakil di kedua-dua wakaf berkenaan.

Tidak seperti Bonda yang lebih senang melakukan kerja bersama ahli keluar­ganya, wakaf India Muslim dilihat akan melakukan ker­ja masak-memasak secara bergotong-royong dengan sukarelawan di kalangan pengunjung pulau yang menghulurkan bantuan.

Seawal pukul 12.30 te­ngah hari, wakil di setiap wakaf akan memanggil se­mua pengunjung menikma­ti hidangan yang disediakan clan duduk beramai-ramai di khemah yang disedia­kan. Pada satu ketika, keme­riahan Pulau Besar begitu dirasai kerana suasana be­gitu meriah ibarat sebuah kenduri kahwin sedang ber­langsung.

Keyakinan:


Bukan setakat bertapa tetapi kebanyakan pengunjung Pulau Besar di sini juga seolah-olah ‘dirasuk’ dengan kepercayaan berzikir di hadapan makam di pulau itu mempunyai `kuasa ajaib’.

Lebih-lebih lagi ramai mendakwa kebanyakan kubur dan makam di pulau tersebut adalah jasad wali Allah dan atas faktor itu, segenap makam di situ menjadi tumpuan kepada mereka yang datang dari dalam dan luar negara. Setiap mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan dan mereka mengadakan amalan berzikir atau meratib dengan cara masing-masing di sekeliling makam.

Kosmo!. Ahad difahamkan, ada di kalangan umat Islam pula mengadakan upacara suluk atau uzlah dengan menghabiskan zikir tertentu berhari-hari di kawasan makam sebagai satu proses mencapai taraf wali. Waktu afdal amalan menyembah makam pula dikatakan adalah pada malam Jumaat dan pada sebarang waktu pada hari Jumaat atau Sabtu. Malah ada di kalangan mereka menganggap menaburkan bunga dan menyiram air mawar di atas makam menjadikan permintaan dan amaIan mereka lebih berkat.

Wartawan Kosmo! Ahad yang berada di sana melihat sendiri sekumpulan penganut Islam dan bukan Islam sedang meratap dan berzikir di ha­dapan Makam Sultan Al-Ari­fin. Lebih daripada 12 individu itu termasuk sebuah keluarga berketurunan Cina yang ter­diri daripada 10 orang, seorang berketurunan Melayu dan se­lebihnya India Muslim berada di situ.

Bagi yang Muslim, mereka berpakaian lengkap baju Me­layu dan bersongkok semen­tara bagi yang berketurunan Cina, mereka datang dengan pakaian santai, berseluar pen­dek dan memakai baju T. Mereka juga berzikir dengan cara tersendiri. Bagi yang bu­kan Islam, ia diketuai oleh ke­tua keluarga yang membaca ayat-ayat mantera dan al-Qur­an sambil dihayati oleh ah­li-ahli yang lain.

Sebelum zikir dimulakan, kelihatan antara mereka mem­bakar colok dengan bau se­merbak. Penganut Islam pula berku­mat-kamit berzikir sambil membilang tasbih di tangan masing-masing clan di satu su­dut lain, kelihatan beberapa orang bergelimpangan tidur tanpa memakai baju dengan selamba di hadapan makam kononnya bagi mendapat ber­kat. Difahamkan, ada banyak tu­juan zikir dilakukan di ma­kam-makam di pulau ini dan ada antaranya bagi menurun mendapatkan nombor ekor, berdoa memperoleh anak, ce­pat jodoh, maju dalam per­niagaan dan tidak kurang pula yang mahu dapatkan sema­ngat setelah gagal bercinta.

Mereka kebanyakannya ber­zikir selama berjam jam lama­nya dan kira-kira pada pukul 3 pagi, barulah makam itu di­kosongkan.

“Saya sudah banyak kali me­nang, datang mahu minta lagi, Makam Sultan Al-Arifin ba­nyak berjasa pada saya,” kata salah seorang keturunan Cina kepada wartawan Kosmo! Ahad ketika ditanya tujuannya ke pulau berkenaan.

Kosmo! Ahad juga bertemu dengan Maria, 20-an yang me­ngakui sudah lima tahun ber­ulang-alik pada setiap malam Jumaat ke Pulau Besar dengan berzikir di Makam Sultan Al-Arifin ekoran gagal dalam percintaan.

“Saya mohon depan makam agar kembalikan kekasih saya dan tak pernah rasa penat wa­laupun sudah bertahun-tahun menaiki bas dari Kuala Lum­pur ke Melaka,” akui penganut Hindu itu.

Di Makam Tujuh Beradik dan Makam Nenek Kebayan yang terletak kira-kira 500 meter jaraknya dari Makam Al-Arifin lain pula halnya. Di situ duduk seorang bo­moh India Muslim yang sedia menilik nasib pengunjungnya.

Suasana pemujaan di setiap makam begitu menggerunkan apabila setiap daripada me­reka akan mengelilingi makam sebanyak tiga kali dengan co­lok yang dibakar dan seka­li-sekala air mawar disiram di­akhiri dengan berzikir depan makam. Amalan terakhir memperli­hatkan mereka akan berjumpa seorang bomoh berkenaan yang setia menunggu di bawah pokok berdekatan bagi menilik nasib masing-masing.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:23 PM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III