Ulama Umno: Raja Melayu, Majlis Fatwa perlu kaji ‘fatwa’ Nik Aziz

Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengkaji kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

Pengerusinya Prof Mohd Noor Deris berkata kenyataan Nik Abdul Aziz seperti mengundi PAS masuk syurga dan tidak mengundi PAS disifatkan golongan jahiliyah dilihat bercanggah dengan syarak kerana boleh menjejaskan kestabilan politik dan keselamatan negara.


Sehubungan itu beliau mencabar Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara itu.

“Kalau dibiarkan perkara ini ramai orang mati kerana murtad, atau keluar dari Islam,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong baru-baru ini, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor.

Prof Mohd Noor berkata telah banyak perkara Nik Aziz melakukan fitnah antaranya Malaysia bukan negara Islam, Umno tidak mahu Islam dan imam Umno tidak sah diikuti dan menurutnya Nik Abdul Aziz perlu meminta maaf terhadap kenyataannya itu.

Beliau berkata asas politik Islam ialah membentuk masyarakat menjadi satu ummah sedangkan PAS tidak ke arah penyatuan ummah.

“PAS hari ini memporak-perandakan ummah kepada beberapa jemaah atau parti dan akhir-akhir ini semakin sesat daripada politik Islam,” dakwanya.

Malahan beliau berkata Nik Aziz tidak menepati ciri-ciri seorang ulama mengikut al-Quran berikutan tindakannya yang memecah-belahkan umat Islam dan perkara itu dilarang oleh Allah.

Katanya pada masa sama Nik Aziz sanggup bermusuh sesama Islam dan berkawan dengan musuh Islam iaitu parti DAP, yang menentang hudud.

Berdasarkan penelitian itu, katanya Nik Aziz dilihat tidak memperjuangkan Islam tetapi lebih bersifat politik “Assobiyah” iaitu sanggup menyelewengkan agama untuk melindungi individu tertentu di dalam parti dan menggunakan agama untuk kepentingan parti bagi meraih kepercayaan.

Katanya biro akan membuat laporan polis terhadap Nik Aziz dalam tempoh terdekat dan sedang merangka satu memorandum untuk diserahkan kepada Majlis Raja-Raja

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:03 PM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III