Khidmat Rundingan Guaman Percuma Dari SUKAGUAM

Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) telah ditubuhkan, sebagaimana yang telah diwar-warkan di MHI terbitan TV3 pagi tadi. Tujuan penubuhan SUKAGUAM adalah untuk :-
  1. Bagi memberi bantuan golongan yang tidak berkemampuan bagi memperolehi khidmat rundingan dan nasihat berkaitan perundangan.
  2. Memberi pendedahan dan maklumat kepada orang ramai mengenai perkara yang berkaitan perundangan yang tidak diketahui oleh mereka.
  3. Menyahut seruan kerajaan dan Majlis Peguam Malaysia agar dapat menganjurkan khidmat masyarakat kepada umum.
Dengan kenaikan yuran guaman yang dahulunya serendah RM2,000 akan meningkat naik sehingga RM 10,000 bergantung kepada kes berkaitan yang disebabkan perubahan kepada wujud sistem baru yang telah diperkenalkan oleh mahkamah, diharap penubuhan SUKAGUAM bertepatan pada masanya.

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar bin Rahmat menyatakan, ia juga mendapat sokongan dari Pengerusi Rangkaian Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan yang berperanan menyediakan tempat pertemuan permulaan di Restoran Ali Maju, Sri Rampai, Setapak. Ia akan dikembangkan ke cawangannya yang lain jika mendapat sambutan daripada masyarakat.

Program ini akan diadakan sebulan 2 kali iaitu pada hari Jumaat (minggu ke-2 dan ke-3) setiap bulan. Masanya adalah bermula pada pukul 3 petang hingga 6 petang (durasi 3 jam). Tujuh orang peguam berpengalaman akan hadir pada sessi tersebut bagi membantu dan memberi khidmat nasihat guaman kepada orang ramai.

Makanan dan minuman akan diberikan secara percuma kepada orang ramai yang hadir di kaunter SUKAGUAM tersebut.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 4:00 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III