ADUN mahu Utusan dilarang masuk Dewan


penang state assembly 201108 jagdeep singhSeorang ADUN DAP Pulau Pinang menggesa supaya akhbar milik Umno - Utusan Malaysia dilarang membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu hari ini.

Beliau membuat gesaan itu, sehari selepas kerajaan negeri, dengan
kerjasama dengan NGO, meraikan ulangtahun pertama penubuhan Sudut Pidato - untuk kebebasan bersuara - di Esplanade.



Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein nampaknya tidak mampu melakukan tugasnya untuk mengambil tindakan terhadap Utusan yang didakwanya meniupkan sentimen perkauman yang serius.

Oleh itu, tegasnya, biarkan DUN Pulau Pinang menunjukkan kepada Hishammuddin bahawa ia mampu melaksanakan tugas menteri berkenaan, dengan meminta Utusan keluar dari sidang dewan.

Jagdeep mendakwa, akhbar itu telah terlalu banyak memutarbelitkan (berita) dan beliau amat bimbang "apa yang bakal mereka lakukan dengan persidangan dewan tersebut".
ADUN Datuk Keramat itu membuat gesaaan itu dalam responnya kepada ucapan Exco Kesihatan, Kebajikan, dan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, yang bercakap mengenai kerelevanan Klinik 1Malaysia sewaktu menggulung ucapan Yang di-Pertua Negeri di DUN hari ini.

JaNONEgdeep yang juga seorang peguam merujuk kepada kontroversi
laporan berita muka depan Utusan Jumaat lalu, yang membayangkan DAP berpakat dengan sekumpulan pastor untuk meminda agama rasmi negara ini, bagi memberi laluan kepada orang Kristian menjadi perdana menteri.

Berita tersebut dibuat berdasarkan kepada tulisan dalam dua blog pro-Umno - Bigdog.wordpress.com and Marah ku - yang mendakwa bahawa seorang pemimpin DAP yang juga ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi, telah menghadiri satu pertemuan sulit dengan sekumpulan pastor untuk tujuan tersebut di Pulau Pinang.

Hishammuddin telah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'satu perkara yang serius' sekiranya ianya benar.

Manakala menteri Penerangan, kebudayaan dan komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim pula berkata tulisan tersebut perlu disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Ekoran itu, banyak laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Ooi yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP, oleh pertubuhan Melayu seperti Pembela dan PERKASA.

Ooi telah menafikan dakwaan tersebut dan turut membuat laporan polis, mendesak polis menyiasat akhbar tersebut serta blog terbabit.

Jagdeep mendakwa Utusan Malaysia belum puas hati dengannya cadangan '1Melayu 1Bumi' dan kini mendakwa pula yang partinya mempunyai rancangan sebuah negara Kristian.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 4:55 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III