Ketua hakim kini stabil di IJN

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi kini dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) setelah dilaporkan terjatuh di Hospital Putrajaya pagi ini.

Menurut sumber, beliau kini dalam keadaan stabil.

NONESebelum ini, Zaki yang dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung dilaporkan kritikal.

Malaysiakini difahamkan, keluarganya kini mahukan privasi dan tidak mahu ditemubual dengan pihak media buat masa ini.

Zaki, 66, dilantik sebagai ketua hakim negara yang keenam pada 21 Oktober 2008, menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamed.


Beliau juga berkhidmat sebagai hakim mahkamah persekutuan dan presiden mahkamah rayuan.

Zaki memulakan kerjanya di Pejabat Peguam Negara pada tahun 1969 dan menjadi peguam kanan persekutuan di Kementerian Dalam Negeri pada 1976, sebelum menjadi pengamal undang-undang sebagai peguam bela dan peguam cara.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 3:04 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III