Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.
Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.
"Saya dapati PW1 (saksi pertama pihak pendakwaan, Mohd Saiful) adalah saksi benar dan mahkamah menerima keterangannya bagi membuktikan kes terhadap tertuduh (Anwar).
"Saya dapati menerusi keterangan oleh saksi-saksi, pihak pendakwaan telah mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh, oleh itu saya memerintahkan tertuduh membela diri," kata beliau.
"Saya dapati menerusi keterangan oleh saksi-saksi, pihak pendakwaan telah mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh, oleh itu saya memerintahkan tertuduh membela diri," kata beliau.

"Dengan segala rasa hormat kepada pihak pembela, semua faktor ini tidak relevan dalam menentukan kebolehpercayaan PW1 (Mohd Saiful)," kata Zabidin ketika membaca penghakimannya itu.

Mohamad Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.
Beliau kemudiannya menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lalu.

Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.
Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.
Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.
0 comments:
Post a Comment